Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Program GAP Public gold ialah program simpanan emas fizikal pertama di Malaysia yang memudahkan para penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimun RM100 atau membeli emas 1g 24K dan terkumpul emas dalam akaun GAP.
Secara asasnya program GAP adalah seperti akaun Emas bank seperti akaun emas Passbook Maybank atau Gold Investment Account (GIA) Public Bank.
Bezanya, program GAP membolehkan pengumpul emas dalam akaun GAP mengeluarkan emas fizikal seperti gold bar atau emas dinar termurah yang diiktiraf dunia, LBMA tanpa cukai GST atau cukai barang kemas bila-bila masa di cawangan Public Gold berdekatan di seluruh Malaysia.
Selain itu, emas yang terkumpul dalam akaun GAP boleh dijual secara online, boleh digunakan untuk mengerjakan umrah atau boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP melalui PG MALL.
Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma dan tiada tarikh luput iaitu penyimpan emas boleh menambah belian emas GAP bila-bila masa dan di mana sahaja secara online
5 Perbezaan Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan

Sekarang kita dah faham maksud simpanan emas fizikal dan akaun simpanan. Mana lebih baik, jom bandingkan.

Emas Fizikal Public Gold

Harga berubah setiap 20 minit

Harga per gram berubah. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih jimat per gram

Emas simpan sendiri

Sesuai jika bajet besar, recommended minimum 1 dinar. Small bars tak recommended sebab harga per gram tinggi

Kelebihan emas fizikal

Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Harga berubah setiap hari pada jam 12am+

Harga per gram sama

Emas simpan dalam bentuk akaun

Sesuai bajet kecil, boleh simpan menabung sikit2 serendah RM100

Kelebihan akaun GAP
8 kelebihan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.

1. Emas Penyimpan Nilai
2. Emas Elak Kebocoran Wang Ringgit
3. Emas Pelaburan Yang Tiada Pergantungan
4. Emas Diterima Seluruh Dunia
5. Emas Mengekal Kekayaan
6. Jumlah Emas Tidak Berkurangan
7. Emas Kalis Inflasi
8. Emas Boleh Dipajak Untuk Mendapat Pinjaman
Kelebihan Program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold

20 KELEBIHAN GAP GOLD ACCUMULATION PROGRAM PUBLIC GOLD :

1. PENYIMPANAN EMAS MODAL RENDAH
2. HARGA EMAS MURAH
3. BELIAN EMAS BOLEH DILAKUKAN SECARA ONLINE
4. DISOKONG JONGKONG EMAS 24K LBMA
5. KEAHLIAN PERCUMA TANPA YURAN
6. PENYIMPANAN EMAS SECARA PERCUMA
7. PENGELUARAN JONGKONG EMAS FIZIKAL PADA BILA-BILA MASA
8. PENGELUARAN EMAS FIZIKAL YANG FLEKSIBAL
9. KEMUDAHAN JUAL EMAS GAP ONLINE
10. AKAUN EMAS GAP UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
11. PEMBELIAN BARANGAN DENGAN AKAUN GAP MELALUI PG MALL
12. AKAUN GAP TANPA HAD MASA ATAU JUMLAH
13. EMAS GAP BOLEH DILETAKKAN PENAMA WARIS DAN AKAUN BERSAMA ANAK
14. PENAMBAHAN BELIAN EMAS GAP FLEKSIBAL
15. PENGAKTIFAN BAKI MINIMA HANYA 1 GRAM DALAM AKAUN GAP
16. PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL PERTAMA DI MALAYSIA DAN ASIA
17. PENYIMPANAN EMAS SELAMAT DI MANA SAJA BERADA
18. PENGELUARAN EMAS SERENDAH GOLD BAR 1 GRAM
19. PENYEDIAAN ARAHAN BULANAN BANK
20. KEMUDAHAN PAJAK JONGKONG EMAS LBMA
21. AKAUN EMAS GAP TELAH MENDAPAT SIJIL PATUH SYARIAH

Alhamdulillah, akaun emas GAP telah mendapat sijil patuh syariah dari panel syariah Amanie Advisor. Semua emas dalam akaun emas GAP Public Gold, semuanya 100% emas fizikal.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Februari 2021)

Tertinggi: RM265
Terendah: RM253
Purata: RM257.71
28-Feb: RM248⬆️
27-Feb: RM247⬇️
26-Feb: RM253⬇️
25-Feb: RM255⬇️
24-Feb: RM258
23-Feb: RM258⬆️
22-Feb: RM254
21-Feb: RM254
20-Feb: RM254⬆️
19-Feb: RM253
18-Feb: RM253⬇️
17-Feb: RM258⬇️
16-Feb: RM259⬇️
15-Feb: RM260
14-Feb: RM260
13-Feb: RM260⬇️
12-Feb: RM262
11-Feb: RM262⬇️
10-Feb: RM263⬆️
09-Feb: RM262⬆️
08-Feb: RM259
07-Feb: RM259⬆️
06-Feb: RM258⬆️
05-Feb: RM255⬇️
04-Feb: RM261⬇️
03-Feb: RM262⬇️
02-Feb: RM265⬆️🔝
01-Feb: RM264

Analisa Februari 2021

Harga bulan Februari 2021 terus menyaksikan penurunan harga yang bermula sejak bulan November 2020 lepas. Ia dilihat lebih rendah berbanding bulan Januari 2021, di mana harga tertinggi hanya RM265 per gram. Harga mulai turun ke paras terendah pada 18 dan 27 Februari 2021.

Purata harga pada bulan Februari 2021 juga turun secara purata RM8.59 per gram kepada RM257.71 per gram berbanding RM266.30 per gram pada Januari 2021, berkadar hampir 3.2%. Agak tinggi tu!
Harga Emas GAP 999.9 June 2021
1 June RM276/gram
2 June RM275/gram
3 June RM276/ gram
4 June RM270/gram
5 June RM274/gram
6 June RM274/gram
7 June RM274/gram
8 June RM274/gram
9 June RM274/gram
10 June RM274/gram
11 June RM274/gram
12 June RM272/gram
13 June RM272/gram
14 June RM272/gram
15 June RM270/gram
16 June RM269/gram
17 June RM264/gram
18 June RM257/gram
19 June RM258/gram
20 June RM257/gram
21 June RM257/gram
22 June RM260/gram
23 June RM 261/gram

Masa terbaik mulakan simpanan ..min RM 100

My GAP ACC

FREE REGISTER

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00284438&is_dealer=1
Saat bermula mengenali emas tahun 2010.
Bermula dengan Uk Gold ..
Koleksi pandant UkGokd 5 gram dan 10 gram ..
Masih kekal tersimpan . Keluar masuk Arrahnu saat perlukan modal ..

Teknik beli gadai emas beli emas dulu permulaan aku mengumpul emas .. modal ciput beli 5gram 2 keping masuk arrahnu beli tambah.. masuk arrahnu beli tambah.. . 6 bulan tak dhak duit tebus pergi bayar upah sambung lagi enam bulan .. sampai 6 bulan tak dhak duit gi bayar upah .. bila harga emas naik hingga masa tu la aku guna teknik tukar surat , nilaikan semula emas .. gabungkan surat surat gadaian untuk aku keluarkan emas gadaian .. alhamdulillah dapag keluarkan 5g x 2 keping hanya dengan teknik tebus gadaikan semula ..

Teknik ini untuk orang yang tak dhak duit tapi nak simpan emas . Kena tahu cara dan teknik arrahnu. Lama jugak aku buat hingga 2015 .. alhamdulillah perniagaan mula berkembang .. aku mula megejar emas emas lelong arrahnu.. masa itu ramai yang gadai emas terlelong sebab beli emas dengan cara gadaian di arrahnu.. ni zaman tok belagak .. atas apa yang nampak ketika itu . Ada yang membeli emas hingga 20k .. pergi arrahnu gadaikan emas itu dapat pinjaman 70% . Bayar pada agent . Dan baki pinjaman. Emas dipajak di arrahnu .. tak dapag tebus selepas 6 bulan .. ramai tam faham teknik arrahnu ni
. Selepas 3 bulan arrahnu buat lelong ..akulah antara pengejar emas emas emas lelong ini ..

Sebenarnya teknik arrahnu ni mudah .. mudahnya kerana ada cara untuk emas tidak dilelong.. caranya tebus bila sampai matang .

Itu yang ramai tahu .. tapi ramai tak faham yang arrahnu ada peluang untuk sambung tempoh hingga bulan ke 18 .. maknanya 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan .. janji cukup 6 bulan pi bayar upah .sambung surat

Iti satu teknik mudah .. sebab arrahnu akan hantar surat ingatan pertama , kedua , dan ketiga.. malah jika emas akan dilelong pun mereka akan call dan bagitahu yang emas akan dilelong dan kita diminta untuk datang bincang samada nak tukar surat atau tebus .. tukar surat maknanya bayar upah dan nilaikan dengan nilai semasa..
Tapi ramai yang tak faham .. jadi emas lelong itulah aku sebat...haaa.

Bagaimana teknik Arrahnu ni bagus terutama pada peniaga peniaga sendiri.. panjang cerita nya .. nak tahu lanjut nanti akunsambung ..

Tapi kalau nak tahu lanjut ..kena la belimemas simpan dulu .nanti aku ajar teknik macamana Arrahnu boleh bantu bagi modal pusingan bisnes.. modal sehingga rm 130k sekarang dengan system baru tawaruk..

Apa pun mula simpa emas ..hari ni harga masih RM.269

Aku mula dulu 2010.. rm 130 Beza banyak 11 tahun berlalu.. bulan sept 2020 . Emas cecah RM 312 .. Masa tu aku buat gadaiam semual suray surat gadaian aku .. cash yang aku dapat selepas bayar balik upah surat surat yang ada hampir 30k.. . Ada cara dan teknik tukar suray gadai semula .. ..itu semua rezeki Allah ..

Hanya yang faham akan nampaknpeluang EMAS MASA DEPAN

Mulkan dengan sedikit 2 tahun 5 tahun 10 tahun pasti anda akan senyum dengan aset emas anda ..

Ada emas sudah pasti ada duit. Ada duit belum.pasti ada emas.

https://t.me/AmeidOmar
Emas 999 yang ditebus dari Arrahnu .. nampak sikit tapi nilai hari ini jauh berbeza dari 2010..
Apa Itu Easy Payment Purchas (EPP) Public Gold?

# EPP ialah satu kaedah belian emas Public Gold dengan cara bayaran secara ansuran 4kali (tempoh 4 bulan) atau 10 kali (tempoh 10 bulan) bayar. Sama macam main kutu emas.

# EPP tidak melibatkan orang lain, hanya tuan badan dan Public Gold sahaja. (Kelebihan EPP)

# Kaedah beli EPP sudah mendapat sijil patuh shariah. Boleh rujuk di website Public Gold. Atau boleh klik DISINI untuk dapatkan copy sijil Patuh Shariah tersebut. (Kelebihan EPP)

# Setiap pelanggan yang buat ansuran akan disediakan jadual pembayaran khas. (Lebih Sistematik)
# Habis bayar, boleh ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia. (Kelebihan PG)
Apa Itu Easy Payment Purchas (EPP) Public Gold?

# EPP ialah satu kaedah belian emas Public Gold dengan cara bayaran secara ansuran 4kali (tempoh 4 bulan) atau 10 kali (tempoh 10 bulan) bayar. Sama macam main kutu emas.

# EPP tidak melibatkan orang lain, hanya tuan badan dan Public Gold sahaja. (Kelebihan EPP)

# Kaedah beli EPP sudah mendapat sijil patuh shariah. Boleh rujuk di website Public Gold. Atau boleh klik DISINI untuk dapatkan copy sijil Patuh Shariah tersebut. (Kelebihan EPP) https://amanieadvisors.com/new/dr-mohd-daud-bakar/

# Setiap pelanggan yang buat ansuran akan disediakan jadual pembayaran khas. (Lebih Sistematik)

# Habis bayar, boleh ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia. (Kelebihan PG)
SENARAI SYILING DAN WAFER YANG DITERIMA

BERKUATKUASA 30 Mei 2018 semua outlet ARX menerima wafer emas, jongkong emas, dan syiling emas dari semua tukang emas, institusi, syarikat pengeluar kecuali yang telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), “Consumer Alert”, “Fraud Alert” dan “SC Security Alert”
Sila layari link dibawah bagi informasi lebih lanjut:
http://www.bnm.gov.my/documents/2018/FCA_20180531_EN.pdf
https://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/
 
SENARAI SYILING DAN WAFER YANG DITERIMA AR-RAHNU X’CHANGE
Banks in Malaysia

Maybank – Kijang Emas manufactured by BNM

United Overseas Bank (UOB) – Maple Leaf and Australian Nuggets

CIMB

Kuwait Finance House

Al-Rajhi Bank

Public Bank

RHB Bank Berhad

Bursa Malaysia-listed Jewellers

Kedai Emas Sri Tanah Merah

Poh Kong Holding Bhd

Tomei Consolidated Bhd – Maple Leaf and Australian Nuggets

Wah Chan Consolidated Sdn Bhd

Habib Jewels Sdn Bhd

Public Gold Marketing Sdn Bhd

Emas Sri Pinang Sdn Bhd

Konsortium Kreatif Sdn Bhd (Puteri Jewels)

Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd

State Governments

Kelantan State Government – Gold Dinar

Their products are sold in Ar-Rahnu outlets under the Permodalan Kelantan Berhad (PKB)

Perak State Government – Gold Dinar which are sold through Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) and Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd)
Ketahui Apa Itu Ar-Rahnu, Dan Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pembiayaan Peribadi

byAdmin-May 07, 2020




oleh:Azharul Adha Bin Dzulkarnain,

Saya percaya, ramai yang pernah dengar akan Ar-Rahnu ini. Tapi tahukah anda maksud sebenar dan konsep di sebalik Ar-Rahnu ini?

Apa kita kita sama-sama belajar dan fahamkan apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu.

Apa Itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai.

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Ar-Rahnu Semakin Meluas

Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-Rahnu ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj yang minima. Surah al-Baqarah ayat 283 juga ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.

Konsep Ar-Rahnu ini boleh dikatakan situasi menang-menang di antara pembiaya dan peminjam, kerana pembiaya memegang emas milik peminjam manakala peminjam mendapat wang tunai.

Konsep Ar-Rahnu
Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:

1. Qardhul Hasan
Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj selain daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh diambil oleh pembiaya terhadap peminjam.

2. Wadiah Yad-Dhamanah
Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku sebarang kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan semula emas tersebut.

3. Al-Ujrah
Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai upah menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah upah simpan yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi
pembiaya.

Kenapa Ar-Rahnu?
Berikut adalah 4 sebab kita perlu memilih Ar-Rahnu:

1. Proses yang mudah dan cepat
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.

2. Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke 6 bulan.

Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut. Itupun setelah diberikan tiga kali notis.

Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.

3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga tempoh penebusan.

Ini memberikan kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang memperolehi keuntungan secara harian.

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum

Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai konvensional. Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.

Akhir kata, marilah kita manfaatkan kelebihan Ar-Rahnu ini jika kesempitan wang atau memerlukan tunai dengan kadar segera.

Wallahu’alam bisshawab.
Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain, Lulusan Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam, UiTM dan masih bekerja di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Penulisan adalah atas kapasiti individu dan tidak mewakili mana-mana pihak.
Pajak Gadai lambang kemiskinan?

by in-May 07, 2020

Mohd Nasir Abdullah
6 Mei 2020

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan keizinanNya, kita semakin dibukakan kembali kepada kehidupan biasa kita dahulu. Walaupun tidak seratus peratus, tetapi sedikit demi sedikit kelonggaran yang diberikan kepada rakyat oleh pemerintah, pastinya kerana keadaan wabak Covid 19 ini semakin pulih. Ekonomi mesti dirangsangkan disamping menjaga kesihatan rakyat. Ia memerlukan keputusan yang bijak.

Namun disebalik usaha keras kerajaan dalam menangani masalah rakyat, pembangkang tiba-tiba bersuara melaungkan bahawa rakyat negara ini sebenarnya adalah miskin. Antara tanda aras utama yang mereka guna pakai ialah keadaan rakyat yang berpusu-pusu menyerbu kedai pajak gadai samada bagi membayar upah atau faedah yang dikenakan syarikat pajak atau mahu menggadaikan sesuatu kerana keputusan wang, sebaik sahaja kelonggaran PKP diluluskan.

Bila disebut pajak atau gadai ini, bagi orang melayu, ia adalah satu lambang keaiban. Cerita P. Ramlee sering menyebut perkataan pajak gantung, bagi menggambarkan keadaan orang melayu yang suka bergadai dizamannya dahulu. Sehinggakan si bakhil Kasim Baba yang kaya dan kononnya banyak harta itu juga pergi ke pajak gantung kerana ‘sesak’ dan merasa amat malu apabila Ali Baba mengetahuinya.

Dahulu, saya ada belajar sedikit cara-cara menyimpan wang, walaupun tak pernah berjaya mempraktikkannya. Tetapi ilmu tetap ilmu. Dalam menyimpan, nasihat sang pakar ekonomi, tidak semestinya hanya menyimpan di dalam satu cara sahaja seperti simpanan tunai biasa. Banyak kaedah menyimpan yang boleh diamalkan bergantung keadaan dan juga mungkin perangai kita sendiri.

Jika kita ini kaki boros, maka menyimpan tunai tidaklah sesuai dengan perangai kita itu. Jadi kaedah seperti membeli tanah adalah salah satu cara yang paling menguntungkan, apatah lagi jika tanah itu terletak di kawasan yang maju atau yang akan dimajukan. Membeli saham juga adalah antara cara yang baik. Tetapi kedua ini tertakluk kepada keadaan ekonomi, politik semasa dan masa yang lama untuk dijual. Jika berlaku perang contohnya, tanah dan saham itu akan hanya tinggal sijilnya sahaja, tiada laku untuk dijual beli.

Menyimpan emas adalah antara cara terbaik. Ia tidaklah memberikan keuntungan yang melampau jika kita bukan ahlinya. Tetapi ia memberikan suatu yang pasti, jaminan kestabilan nilai semasa. Sebab itu ketika rakyat Kemboja lari dari perang, datang ke Malaysia dahulu, mereka dalam masa yang singkat boleh berniaga kerana mereka membawa bersama mereka emas perak.

Rakyat Kelantan, pada kebiasaannya mempunyai barang kemas yang banyak. Samada dipakai atau disimpan. Sebenarnya ia juga adalah salah satu cara menyimpan. Sering didengari ayat-ayat seperti ‘Kalau susah takde duit nanti, kita gadailah barang kemas ni’ ‘Kalau anak nak sambung belajar, boleh guna barang kemas ni untuk bayar yuran’. Ternyata emas dan perak adalah aset untuk masa hadapan.

Apabila rakyat Malaysia memasuki kedai-kedai pajak, bermakna mereka masih mempunyai harta yang sah milik mereka. Mereka menggunakan emas perak mereka itu bagi ditukarkan kepada wang tunai segera. Nanti apabila mereka dapat kembali wang, akan ditebuslah harta mereka itu semula. Mereka mungkin mahu membuat modal pusingan atau menunggu gaji masuk dan mereka ada jaminan untuk mengambil wang gadaian itu dan boleh menuntut kembali barang mereka kemudian.

Jauh berbeza dengan hutang. Belum tentu hutang itu akan dibayar semula oleh peminjam, terutamanya pinjaman wang. Paling kuat kalau peminjam tidak mampu bayar, dia diisytihar muflis. Apatah lagi dipinjam dari kawan-kawan, banyak wang yang diberi pinjam itu, menjadi harta si peminjam, kekal selama-lamanya. Jumpa buat-buat tak kenal. Kalau minta juga, buat-buat berkelahi, putus kawan, duit hilang.

Hampir sama perangai dengan PH yang buat hutang tak perlu tu, seperti kata Menteri Kewangan kut? Dan bila PH berhutang dengan Terengganu, tak nak bayar lagi, tapi hutang Terengganu dengan Pusat, sampai 25 peratus dia minta bayar segera.
Dalam hadis diberitahu akan beratnya nasib orang yang berhutang, jika mereka tidak mahu membayarnya, ruh mereka akan tergantung, walaupun mereka adalah syuhada. Dalam hadis lain pula diceritakan rasulullah wafat dalam keadaan baju perang baginda digadaikan kepada seorang yahudi. Maaf mungkin saya tidak jumpa hadis lain, tetapi tiada kecaman dari agama ke atas orang yang bergadai secara sah.

Hanya ada beberapa perkara yang amat penting untuk diperbaiki iaitu rakyat perlulah pergi ke kedai gadaian Islam seperti ar-Rahnu walaupun jika nilainya lebih rendah. Janganlah ke kedai pajak konvensional yang secara terangan mengamalkan riba. Ianya haram, mencabar Allah dan rasul berperang, akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan seperti dirasuk syaitan.

Kemudiannya janganlah pula bergadai semata-mata mahu bergaya, berlagak walaupun hidup susah atau mengabaikan kewajipan. Ia juga haram. Dan juga ditakuti menjadi seperti PH dahulu ketika menjadi kerajaan, yang dikatakan suka menggadaikan aset negara sewenang-wenangnya. Bergadai cara itulah yang tak betul, bukan seperti rakyat lakukan sekarang.

Selain dari itu, insyaAllah bergadai itu adalah jauh lebih mulia daripada meminta-minta. Tangan mereka tidak berada di bawah. Adakala peminta bantuan itu mempunyai sesuatu yang bernilai untuk digadaikan tetapi berbohong mengaku mereka miskin, perlukan bantuan, kononnya tiada apa yang mereka miliki. Mereka juga mungkin merampas hak orang lain yang benar-benar miskin. Mereka menjadi hina atas penipuan itu.

Orang yang bergadai tidak menipu, mereka gunakan harta mereka sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dan inilah cara sebenar mereka menyimpan. Simpanan bukan untuk disimpan selama-lamanya, ia memang untuk digunakan ketika perlu. Habis, kenapa kita kata dia miskin bila mereka menggadaikan harta yang mereka ada? Asalkan bukan emas celup, boleh sahaja digadai.

#kredit
Pelaburan Emas Dalam Islam

Emas sering disebut dalam Al-Quran dan ia merupakan salah satu perhiasan syurga kelak yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Ianya boleh dikatakan menjadi kesukaan sesiapa sahaja dan amat bernilai harganya.
Namun, bagaimanakah konsep pelaburan emas dalam Islam yang sebenar?
Kini, pelaburan emas telah menjadi satu fenomena besar di kalangan masyarakat negara kita. Pelaburan emas ini dilakukan untuk mendapatkan keuntungan hasil dari peningkatan kadar nilai emas dari masa ke semasa.
Justeru, terdapat banyak pihak yang menawarkan pelbagai produk yang berasaskan emas.
Dalam agama Islam itu sendiri, wujud beberapa peraturan dan syarat yang harus kita patuhi bagi memenuhi syarat-syarat jual beli emas ini.

Bai’ al-Sharf, Transaksi Jual Beli Emas

Para ulama telah membahaskan isu transaksi jual beli emas yang dipanggil dengan nama Bai’ al-sharf. Ianya merupakan jual beli emas yang telah diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak berdasarkan sumber daripada Al-Quran dan Hadis.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Ubadah bin al-Samit bermaksud:
“Jual beli atau pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan) dan hendaklah berserta penyerahan bersama (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak).” – Hadis Riwayat Muslim


Syarat Jual Beli Emas Bagi Tujuan Pelaburan

Terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan transaksi jual beli emas dalam pelaburan atau simpanan emas tersebut walaupun nilainya tidaklah begitu besar.

Antara syarat-syaratnya adalah haruslah berlaku proses penyerahan emas tersebut sebelum berpisah. Selain itu juga, transaksi jual beli emas ini haruslah bebas daripada penangguhan, hutang dan sebagainya.
Yang penting sekali adalah, nilai emas tersebut haruslah dengan kadar harga yang telah ditetapkan oleh berat timbangan.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Akhir kata, walaupun pelaburan emas ini dibenarkan dalam Islam namun kita juga harus berhati-hati. Ini kerana emas tergolong sebagai barangan ribawi, maka mudah untuk ia terjerumus ke dalam aktiviti riba jika kaedah transaksi yang digunakan tidak menepati syariah.

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan PUBLIC GOLD MY GAP hari ini juga.

Dengan minimum pembelian emas serendah RM 100 (berdasarkan harga emas semasa ), semuanya boleh dilakukan secara online.

Harga emas PG www.publicgold.com.my

Prosesnya sangat mudah:

Lengkapkan borang pendaftaran
Datar percuma

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00284438&is_dealer=1

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

www.publicgold.com.my
HARGA EMAS AR-RAHNU DI MALAYSIA

Perbezaan harga emas setiap ar-rahnu

Jumlah pinjaman maksimum ar-rahnu

Pengiraan upah simpan ar-rahnu

Perbezaan ar-rahnu berbanding pajak gadai

Pengiraan nilai marhun ar-rahnu