Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
518 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di cawangan Public Gold adalah:

Sijil Kematian

Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

Salinan IC pewaris

Surat mahkamah – pindah milik/tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Serahkan semua dokumen berkenaan yang telah dilengkapkan ke mana² cawangan Public Gold berhampiran untuk proses selanjutnya.

Jika si mati mempunyai belian secara EPP yang belum selesai, waris boleh membuat pilihan samada :

Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa atau
Selesaikan baki bayaran EPP dan keluarkan emas tersebut.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad

#pg1m #skriptuntutanemas #skripnorazlia