Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
511 subscribers
980 photos
70 videos
29 files
527 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Meriah office Public Gold 2,3 hari ini.

Mana tidaknya, pembelian (buyback) besar-besaran barang kemas dan goldbar dinar sempena harga emas tinggi di pasaran dunia.

Antara ciri-ciri emas pelaburan yang baik ialah syarat jual beli yang mudah dan tidak cerewet.

Dan nak tahu syarikat emas tu kukuh atau tidak ialah kemampuannya membuat pembelian semula emas walaupun harga tengah tinggi.

Sebab itulah saya menjadi penyimpan emas tegar sejak 2017 dan terus berkongsi manfaatnya kepada anda semua tanpa putus asa.

Ps: kalau anda simpan masa zaman RM220/gram masa awal mula dulu, cuba kira berapa untung kalau jual pada RM282/gram.

#AkaunEmasGAP
#5gassociates
#1gram1bulan
#belajardengannina
Dua program berbeza di lokasi yang sama ESOK!

Saya telah menerima jemputan dari Faculty of Economics and Business UNIMAS untuk berkongsi tentang Personal Branding di media sosial.

Slot ini khas untuk non-business student maksudnya pelajar dari Fakulti Sains, Perubatan, Kejuruteraan, Sastera dan Sains Politik.

Event kedua pada sebelah petang saya akan berkongsi tentang Emas sebagai Aset Gen-Z untuk pelajar Kelab Usahawan UNIMAS yang juga merupakan pelajar Faculty of Economics and Business UNIMAS.

Rasa berdebar nak jumpa pelajar mantap dan hebat di UNIMAS esok.

Doakan agar dilancarkan segala urusan dan semoga pelajar mendapat manfaat dari penyampaian saya.

#belajardengannina #PublicGoldMalaysia #PublicGoldKuching #publicgoldsarawak
Tahniah anak muda!

Miss @⁨Eljoy ⁩ni rajin orangnya dan sentiasa komited☺️

Sebenarnya ramai lepasan siswazah di luar sana masih lagi menanggung hutang dan hidup dalam gaji minimum kerana kos sara hidup yang tinggi.

Jadi, pesan saya kepada anak muda yang belum ada komitmen yang besar, alihkan duit itu kepada forgotten savings iaitu simpanan emas.

Bina tabungan dan pendapatan sejak awal usia, anda akan dapat hasilnya kemudian hari.

Amanina Active Master Dealer Public Gold #dealerpublicgoldsarawak #belajardengannina
Ayo temen-temen warga Indonesia!

Seminar ini eksklusif untuk kalian yang berada di sekitar Kuching.

Dalam sesi seminar kali ini, saya akan kongsikan gimana untuk kaya dengan logam mulia dan menjana penghasilan sambil nabungin emas.

Tarikh: 8 Oktober 2023, Ahad
Waktu: 10.30 pagi – 12.00 tghri
Lokasi : Branch Public Gold , Kuching, Sarawak.

Sila share kepada kenalan warga Indonesia ya.


#pastibisa
#kalianhebat
#belajardengannina
Siapa nak bina kekayaan bermula 1 gram?

Eh, betul ke boleh kaya?
Jawapannya, emas adalah alat untuk melindungi nilai aset kita dan paling penting, mengelakkan simpanan kita bocor!

Nilai emas naik dalam jangka masa yang panjang. Contohnya emas 10gram ni

2008: 10gm= RM950
2016: 10gm= RM1550
2018: 10gm= RM1800
2022: 10gm= RM 2700
2023: 10gm= RM3300

Apa akan jadi kalau kita simpan RM950 sejak 2008, mesti nilainya makin turun. RM1000 tahun 2028 tak sama tau dengan RM1000 tahun 2023. duit kita hilang nilainya akibat inflasi (kenaikan harga barang).

Jadi simpanlah emas 1 gram 1 bulan, bermula RM300, kalau tak dapat, mulakan dengan RM100 dengan akaun GAP, paling penting, KONSISTEN!


Saya nak cari 100 orang bulan ni untuk saya bimbing simpan emas, percuma saja.
Terus follow saya untuk ilmu emas dan kewangan #belajardengannina.
Alhamdulillah! Its official!

Buat semua kakitangan UNIMAS, jom bersama dengan saya dan Dealer di bawah bimbingan saya iaitu Encik Muhammad Muslihuddin akan berkongsi dua topik menarik!

Emas harta Ketika Senang, Penyelamat Ketika Gawat dan
Jana Pendapatan Pasif Dengan Bisnes Public Gold

🗓️: 24 Julai 2024 (Rabu)
9-1130pagi
Lokasi: Dewan Kristal, Level G, Bangunan HEPA

Terbuka kepada semua STAFF UNIMAS.

‼️Hadiah Cabutan Bertuah ‼️
Emas 0.5gram
Buku Travelog Emas

e-certificate disediakan
Early bird doorgift

Daftar percuma di link di bawah 👇 dan jumpa anda di sana!

https://forms.gle/vsbU9LwHKkWpNgxi9

UNIMAS Entrepreneurship Centre (UEC)
REthink. REimagine. Beyond.

#unimas
#unimasofficial
#publicgoldsarawak
#belajardengannina
Stage kamekorang kosong lepas jam 5, Puan mok berik talk kah?
(Stage kami kosong lepas jam 5, Puan nak bagi talk tak?)

Tanpa membuang masa, saya atur masa dan slide.
Present macam ada beratus orang tengok padahal berapa orang saja yang ada.
Tapi Alhamdulillah ada yang stay sampai habis.

Saya ambil peluang untuk berkongsi ilmu ni kerana

1. Saya nak sampaikan ilmu yang betul tentang simpanan emas
2. Saya nak cerita platform terbaik simpanan emas sesuai dengan poket orang awam iaitu Public Gold
3. Saya nak masyarakat tahu simpan emas ni lebih baik dari simpan paper asset (wang kertas)
4. Saya nak bimbing orang ramai menyimpan emas dengan matlamat.

Amanina,
Juh simpan emas dengan ilmu

📍The Hills, Kuching
Sarawak Book Fair and Authors Festival

#sarawakbookfair
#belajardengannina #publicgold #publicgoldmalaysia #publicgoldsarawak #PublicGoldKuching
Siapa bersama saya dalam bisnes Public Gold?

Sebenarnya ramai golongan professional yang menjadi Public Gold Business Owner yang buat bisnes PG secara separuh masa.

Pin Leader saya sendiri seorang Jurutera Kanan.

Dalam gambar ni, mereka datang dari pelbagai latar belakang.

Ada yang bekerja sebagai Guru, Juruteknologi Makmal Perubatan, Jurutera Oil and Gas, Trainer, Pakar IT, Dietician, Banker,
Doktor Pakar Obstetric dan Gynaecology (OBGYN), Pesara Guru, Surirumah berjaya dan Bisnes sendiri.

Panjang nak tulis semua.
Tapi itulah hakikatnya.

Sebenarnya model bisnes PG ni sangat sesuai dengan semua golongan . Malahan golongan professional pun boleh berjaya.

Ramai yang pilih bersama PG sebagai salah satu cara mencapai Financial Freedom suatu hari insyaAllah.

Semua keperluan, latihan kita sediakan. Tinggal nak komit dan rajin je lagi.

Jadi kalau anda pun menjadi sebahagian dari Team #PG1M di bawah bimbingan Nina, jomlah sama-sama sertai circle positif ini.

#belajardengannina
Gaji masuk, bonus pun masuk.
Hati girang seperti cuaca dan keindahan di Gunung Kinabalu kan?

Pegang kata-kata ini

Ada duit tiada ilmu, duit akan habis
Ada ilmu tiada duit, duit boleh dicari
Ada ilmu, ada duit, duit akan berkembang.

hashtag#belajardengannina
hashtag#moneymanagement hashtag#publicgoldmalaysia hashtag#emas hashtag#dinar
#1hari1ilmuemas
#belajardengannina

Apa beza emas dan ASB?

ASB adalah paper asset. Emas adalah aset fizikal.

Kalau nak simpan dalam jangka masa panjang, lebih baik asing dalam bentuk aset fizikal seperti emas atau hartanah.

Apa bagusnya simpanan emas ni?

Aset kalis inflasi

Nilai emas naik secara puratanya naik 10% setiap tahun berdasarkan *sejarah harga emas selama 10 tahun*

Wealth protection: Kalau muflis, bankrap, akaun dibekukan, kita masih ada emas

Saya tak kata ASB tak bagus.
Ia adalah pelaburan selamat dan masih mampu memberikan dividen.
Daripada gatal tangan nak melabur dengan scammer,baik labur dalam ASB.

Anda boleh asingkan UNTUNG dari dana aset kertas ke dalam bentuk emas kerana nilai jangka panjang terjamin.

Jom saya guide untuk saya bantu
UNTUNG SIMPAN DUIT HAJI DALAM BENTUK EMAS.

Ni nak cerita pengalaman saya sendiri.
Saya beli emas 10 Dinar ni (42.5gm) pada tahun 2019 dengan harga RM7812.

Masa tu, mak yang paksa saya tutup mata dan beli😅

Kalau diikutkan masa tu, emas 10 Dinar ni belum cukup lagi untuk biaya kos Haji (RM9980)

Selepas 6 tahun (2024) kalau saya jual emas ni saya akan dapat RM16,251. Dah naik 2x kali ganda.
Untung RM8378.

Sekiranya saya direzekikan pergi Haji tahun 2025, insyaAllah kalau saya jual 10 Dinar ni, ia dapat membiayai kos untuk B40 (RM15,000)

Tapi apa yang berlaku kalau saya simpan je RM7812 tu dalam Tabung Haji atau cash savings yang lain?

Berdasarkan purata dividen Tabung Haji selama 8 tahun ke belakang iaitu 3.3%, nilai itu hanya akan menjadi RM9492. Beza hanya RM1680.
(Semak info ni menggunakan Compounding Calculator)

Malah saya perlu tambah RM5,500 lagi untuk mencukupkan kos Haji B40.

Dana Haji adalah dalam kategori simpanan jangka masa panjang, dalam keadaan kita pun tak tahu bila kita akan dapat menunaikan ibadah ini.

Tuntasnya, hijrahkan sebahagian dana Haji ke dalam bentuk emas. Emas adalah aset kalis inflasi yang insyaAllah mampu menampung Kos Haji di masa akan datang.

Simpan emas dengan ilmu
#belajardengannina
Untuk simpanan jangka panjang, lebih baik simpan dekat emas berbanding ASB.

Apa buktinya yang emas ini lebih menguntungkan daripada ASB? Ini pengalaman peribadi saya. Saya beli emas 10 gram pada tahun 2018 berjumlah RM1800.

Kalau saya plan untuk jual 10 gram ini pada hari ini, harga yang saya akan dapat jual adalah RM3752.

Tolak dengan harga yang saya beli dulu, RM1800, saya akan dapat cash untung RM1952. Kalau saya peram, 10 gram ini daripada 2018 sampailah 2024.

Tapi katakanlah saya simpan RM1800 itu dengan ASB, selepas enam tahun, saya akan dapat sekitar RM2412. Jadi saya dapat RM612 saja (compounding calculator)

So, mana lagi besar? RM1900 dengan RM612? Percayalah untuk long-term saving. Of course, insya Allah, emas 999 jauh lebih menguntungkan.

Sebab apa? ASB pulangannya sekitar 5% setahun, emas pula sejarah membuktikan pulangannya sekitar 10% setahun.

Jom saya guide hijrahkan sebahagian untung ASB anda dalam bentuk emas dan saya akan masukkan dalam support group saya.

#belajardengannina