Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
520 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
537 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Masa buka booth di Masjid, ada van jenazah datang dari masjid di Batu Kawa.

Terkesima kejap apabila jenazah dibawa masuk ke ruangan solat untuk disembahyangkan.

Kira-kira 15 minit kemudian salah seorang pekerja pengurusan jenazah datang ke booth saya.

Katanya dah lama nak menabung emas tapi tiada masa nak tanya dan singgah branch Kuching.

Rezeki jumpa di masjid, beliau terus menabung emas dengan akaun GAP RM100. Register tak sampai 5 minit dah selesai.

Syukur dengan platform ni, semakin ramai yang boleh menyimpan emas. Sedikit demi sedikit kita menabung. Paling penting tetapkan matlamat dan sentiasa tambah ilmu.

Bisnes Public Gold boleh jadi ladang pahala, kalau kita benar-benar sebarkan kebaikan tentang emas dan kewangan.

Amanina,
FMD Public Gold Kuching.

#motivasi
#PublicGoldKuching
#publicgoldsarawak
#publicgold
πŸ‘2
Sekarang dah bulan Disember 2024.
Kalau kita target menabung RM100 sebulan, sepatutnya saving kita ada sekurang-kurangnya RM1200.

Betul tak?
Kalau dah capai, tahniah saya ucapkan.πŸ‘πŸ‘

Kalau belum, maksudnya saving kita tengah bocor. Kalau tak di’tampal’ awal,simpanan kita akan bocor lebih banyak.

Sama macam atap bocor. Kalau dibiarkan, bocor tu akan membesar, merosakkan siling dan rumah kita.

Nasihat saya, alihkan simpanan tu ke dalam bentuk emas. Ia akan jadi forgotten saving. Iaitu simpanan untuk dilupakan.

Jom saya guide. Buka akaun emas free je, swipe status ni for info😊
UNTUNG SIMPAN DUIT HAJI DALAM BENTUK EMAS.

Ni nak cerita pengalaman saya sendiri.
Saya beli emas 10 Dinar ni (42.5gm) pada tahun 2019 dengan harga RM7812.

Masa tu, mak yang paksa saya tutup mata dan beliπŸ˜…

Kalau diikutkan masa tu, emas 10 Dinar ni belum cukup lagi untuk biaya kos Haji (RM9980)

Selepas 6 tahun (2024) kalau saya jual emas ni saya akan dapat RM16,251. Dah naik 2x kali ganda.
Untung RM8378.

Sekiranya saya direzekikan pergi Haji tahun 2025, insyaAllah kalau saya jual 10 Dinar ni, ia dapat membiayai kos untuk B40 (RM15,000)

Tapi apa yang berlaku kalau saya simpan je RM7812 tu dalam Tabung Haji atau cash savings yang lain?

Berdasarkan purata dividen Tabung Haji selama 8 tahun ke belakang iaitu 3.3%, nilai itu hanya akan menjadi RM9492. Beza hanya RM1680.
(Semak info ni menggunakan Compounding Calculator)

Malah saya perlu tambah RM5,500 lagi untuk mencukupkan kos Haji B40.

Dana Haji adalah dalam kategori simpanan jangka masa panjang, dalam keadaan kita pun tak tahu bila kita akan dapat menunaikan ibadah ini.

Tuntasnya, hijrahkan sebahagian dana Haji ke dalam bentuk emas. Emas adalah aset kalis inflasi yang insyaAllah mampu menampung Kos Haji di masa akan datang.

Simpan emas dengan ilmu
#belajardengannina
#1hari1ilmuemas

TIP PILIH ITEM EMAS YANG TERBAIK

Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau

gold bar 100 gram sekeping?

Saranan saya;

Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.

Pilih;

πŸ›’ Gold bar 5 gram x 20 keping, atau
πŸ›’ Gold bar 10 gram x 10 keping

Dua-dua pun total 100 gram.

βœ… Mudah jual / pajak sikit-sikit
βœ… Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan

Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.

Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.

Pilih;

πŸ›’ Gold bar 100 gram sekeping, atau
πŸ›’ Gold bar 50 gram x 2 keping.

βœ… Lebih jimat caj premium, dan
βœ… Spread lebih nipis (lebih cepat untung)

Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.

Supaya lebih mudah dicairkan (dijual atau dipajak) bila nak pakai duit sikit-sikit.

Item kecil yang saya maksudkan ialah item 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram ke atas. Ini item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Item lebih kecil dari itu bukan item pelaburan. Tapi item koleksi.

Kos dapatkannya lebih tinggi, dan tempoh menunggu nak dapatkan keuntungan lebih lama.

Kredit: Tuan Mohd Zulkifli Shafie
#BukuWangEmas
πŸ‘1
Untuk simpanan jangka panjang, lebih baik simpan dekat emas berbanding ASB.

Apa buktinya yang emas ini lebih menguntungkan daripada ASB? Ini pengalaman peribadi saya. Saya beli emas 10 gram pada tahun 2018 berjumlah RM1800.

Kalau saya plan untuk jual 10 gram ini pada hari ini, harga yang saya akan dapat jual adalah RM3752.

Tolak dengan harga yang saya beli dulu, RM1800, saya akan dapat cash untung RM1952. Kalau saya peram, 10 gram ini daripada 2018 sampailah 2024.

Tapi katakanlah saya simpan RM1800 itu dengan ASB, selepas enam tahun, saya akan dapat sekitar RM2412. Jadi saya dapat RM612 saja (compounding calculator)

So, mana lagi besar? RM1900 dengan RM612? Percayalah untuk long-term saving. Of course, insya Allah, emas 999 jauh lebih menguntungkan.

Sebab apa? ASB pulangannya sekitar 5% setahun, emas pula sejarah membuktikan pulangannya sekitar 10% setahun.

Jom saya guide hijrahkan sebahagian untung ASB anda dalam bentuk emas dan saya akan masukkan dalam support group saya.

#belajardengannina
πŸ‘1
Ramai yang tanya, mana lagi berbaloi: emas atau ASB?
Jawapan saya kena tengok tujuan dan berapa lama kita nak simpan.
Apa yang kita perlu faham ialah;

1)ASB adalah pelaburan yang memberikan dividen setiap tahun.
ASB hanyalah aset kertas yang direkodkan dalam sistem, bukan aset fizikal.

Sebab itu ia terdedah kepada susut nilai inflasi dan sesuai untuk simpanan jangka pendek, kecairan mudah untuk perbelanjaan bulanan.

2. Emas tidak memberikan dividen, tetapi nilainya meningkat dalam jangka panjang dan ia adalah kekayaan nyata, bukan sekadar angka dalam sistem.

Sebab itu emas adalah simpanan jangka panjang untuk melindungi nilai kekayaan, terutama ketika ekonomi tidak stabil.

Apa Pelajaran Di Sini?
1. Jangan letak semua kekayaan dalam satu bakul. Pakar seperti Tuan Azizi Ali menyarankan 10% kekayaan dalam emas untuk perlindungan nilai.

Nak saya bantu buat simpanan emas?
Swipe status ni untuk saya guide
πŸ‘1
Teringat kisah yang diceritakan kawan saya seorang ex Banker.

Dia didatangi seorang pesara guru (seorang pakcik) yang merayu untuk duit dia dikeluarkan dari akaun.

Apabila diselidiki, pakcik tersebut telah disyaki terlibat dalam sindiket keldai akaun. Apa kesannya?

Beliau belum dibuktikan bersalah, tapi semua duit dalam mana-mana bank telah dibekukan!
Ia akan kekal dibekukan minimum 6 bulan!
Bank Harimau, bank sotong semua tak boleh keluar duit.

Pakcik merayu sambil menangis-nangis sebab duit pencen bulanan dah tak boleh dikeluarkan.
Apakan daya, masih dalam siasatan.

Di sini saya dapat melihat dua perspektif berbeza.

1. Tuan Puan yang bakal atau dah bersara, tak payah sibuk-sibuk nak buat duit segera dengan merelakan akaun anda untuk ditumpangkan scammer di luar sana.

2. Jangan biarkan semua wang anda di dalam akaun bank. Asingkan ke bentuk emas fizikal (yang ada dalam tangan anda). Mungkin pakcik tu tak tahu kesan perbuatan dia, dan tak bersalah pun tapi tak pasal-pasal SEMUA akaun bank dibekukan. Nak makan apa?

βœ…Ingat, harta sebenar adalah apa yang ada dalam tangan kita. Dan paling penting jangan mudah terpedaya dengan janji manis, untung cepat ditebar oleh scammer di luar sana.

Tips simpanan dan ilmu emas di sini.
https://publicgold.me/amaninamatali#
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang dah respon.

Tahniah kepada Tuan Puan yang dah capai target masing-masing.
Tahun 2025, kita kekalkan momentum dan konsistensi dalam menabung emas.

Kepada yang belum capai target simpanan, jom kita usahakan simpan emas bermula RM100 secara bulanan menggunakan kaedah AUTODEBIT.

Kelebihannya saya share di sini ye
https://publicgold.me/amaninamatali/auto-debit-gap
Permulaan tahun 2025🀲 Seorang usahawan, Puan M mengalihkan untung perniagaan ke dalam bentuk emas 150gram bernilai RM60,785.
Tuan M, penjawat awam negeri Sarawak mengalihkan sebahagian β€˜cash reserve’ ke dalam bentuk emas bernilai RM10k. Beliau menjadikan simpanan ini sebagai dana persaraan. Biar dalam bank, duit habis. Baik β€˜lekat’ dalam bentuk emas. Oh ya, Tuan M pun ada dalam group ni😊
Buat 3 perkara ni dan anda akan lebih baik dari semalam

1.Tindakan Kecil, Konsisten:
Fokus pada satu langkah kecil yang membawa anda lebih dekat dengan matlamat anda hari ini

2.Refleksi dan Pembelajaran:
Luangkan masa untuk merenung apa yang berlaku semalam, belajar daripada kesilapan, dan perbaiki cara anda menghadapi cabaran yang serupa.

3.Kebaikan kepada Orang Lain:
Lakukan satu kebaikan kecil, sama ada memberi pujian ikhlas atau membantu seseorang. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada mereka tetapi juga meningkatkan diri anda secara emosi.

Selamat Hari Khamis😊
ASB VS EMAS

Siapa nak bekukan duit dalam RM80,000 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni.

Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% - 6%).

Bahkan dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi.

Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

_________

Bagi yang ingin mulakan simpanan emas, klik link di bawah untuk saya bantu sebaiknya
Tahniah Puan S dah saving emas untuk diri sendiri dan topup untuk 3 orang anak beliau
Misi bantu 50 keluarga.

Tahniah kepada Hafizam Yazid, Sara Rose, Jamy Eila dan Nurul Razali kerana hadir sesi coaching semalam.

Kami fokus tentang 3 Powers dalam Bisnes dan juga sesi QA. Sesi coaching ni amat penting supaya segala persoalan asas seperti SOP Public Gold boleh diterangkan dengan lebih jelas.

Inilah wajah yang saya dan team Public Gold by PG1M akan bimbing tahun ini dan tahun-tahun mendatang untuk berjaya dengan bisnes Public Gold😊

Amanina,
Star FMD Public Gold.
Semalam Nina hadir ke forum khas untuk Master Dealer dan Founder Master Dealer.

Dalam meeting ni kami mendengar amanat dari Mentor iaitu Mahaguru Syukor Hashim dan Puan Jonaina Nordin.

Seterusnya kami mendapat bimbingan membuat laporan Dealer dan tips-tips kepemimpinan dari CikJun.

Banyak action plan nak buat lepas ni untuk improve diri saya sendiri dan Dealer di bawah bimbingan saya bersama team PG1M.

Terima kasih Mentor dan Team atas inisiatif ini. Together we fly high with Public Gold by PG1M!

Amanina,
Star FMD

#PublicGoldKuching #publicgold #publicgoldmalaysia