Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Perkongsian dari Puan Marliya Ramli

PERSONALITI KEWANGAN.

Bank Negara simpan emas.

Bank Dunia simpan emas.

US, Jerman, IMF, Itali dan Perancis - pemilik rizab emas terbesar di dunia.

Kita?

Jangan simpan emas... Nanti tak cukup makan. Walaupun boros namatey, simpan duit. Terguna? Cuba simpan lagi. Bocor? Paksa simpan lagi.

Akak senyum.

Ramai sifu memaksa penyimpan simpan wang tunai sebelum simpan emas. Akak setuju. Sebab emas rugi dijual dalam tempoh yang singkat. Kecairan wang lebih cepat berbanding emas.

Tapi sifu lupa... Lebih 70% rakyat Malaysia simpan wang RM1,000 pun tak ada. Simpan wang bocor, simpan wang bocor? #apeni?

Nak paksa golongan begini terus menyimpan wang? Lupakan... Mereka memang pantang nampak digit dan angka.

Golongan begini lebih sesuai simpan emas. Kebocoran lebih minima. Sebab emas melatih pemilik untuk menambah gram bukan mencairkan gram.

Ramai yang takut. Pajak (baca : arrahnu) emas rugi. Tapi kalau simpan wang asyik bocor jauh lebih rugi.

Ada orang guna wang tak rasa bersalah. Bila pajak emas dia menggelupur tebus sebab rasa berdosa melepaskan kekayaan kepada sesiapa.

Tuan Puan...

Dengar nasihat berdasarkan PERSONALITI KEWANGAN anda. Jangan main ikut membabi buta. Ramai akan bagi nasihat percuma. Diakhir kisah? Anda perlu faham, apa yang anda perlu dalam mengagih kekayaan anda.

#kongsiilmu