Ada orang beri pendapat, ASB lagi bagus dari emas. ASB jauh lagi untung.
Sebenarnya susah nak bandingkan emas dengan ASB. Umpama bandingkan nasi lemak dengan pizza. Tapi mungkin kiraan ini boleh membantu. Kalau simpan ASB, simpanlah, senang nak keluarkan duit. Tak perlu pun keluarkan ASB tukar kepada emas.
Antara alasan yang diberikan adalah ASB Compounded, emas tidak. Pertama sekali, saya tiada simpanam ASB. Jadi saya tiada pengalaman simpan sendiri, cuma mengambil maklumat dari website. Dan website yang boleh dipercayai sudah tentu website ASBN sendiri. Kalau mengikut website ASB, dengan kadar purata dividen 5.5% setahun, dengan modal permulaan RM50,000 pada tahun ke 13, jumlah pelaburan adalah hampir sekali ganda menjadi RM100,000.
Selepas 25 tahun, pelaburan tersebut akan menjadi RM190,000. Memang cukup banyak untuk tempoh 25 tahun.
Tapi syaratnya, wang keuntungan atau wang pokok tidak boleh diusik sama sekali. Apabila dikeluarkan, ia akan menjejaskan pengiraan dividen.
Sekarang berkenaan emas, kita akan bercakap tentang fakta dan sejarah. Kita tak boleh bercakap tentang andaian harga emas akan datang, kerana tiada siapa tahu apa berlaku akan datang. Tapi kita melihat dimana emas 20 tahun dulu.
Pada tahun 2000, emas berharga sekitar RM30 segram. Dengan RM50,000 kita akan dapat 1,667 gram emas. Selepas 13 tahun, harga emas menjadi RM145 segram (harga emas tahun 2013). Dengan 1,667 gram, harga emas kita pada masa itu adalah RM241,715.
Selepas 20 tahun (bukan 25 tahun ye), hari ini harga emas adalah RM263/gram. Harga tertinggi emas pada tahun ini adalah RM304/gram. Kalau kita ambil harga hari ini pun, 1,667 gram adalah bernilai RM438,451. Peningkatan hampir 900% berbanding ASB hanya hampir 400% untuk tempoh 25 tahun.
Ini bukan perbandingan siapa yang lebih bagus antara ASB dan emas. Dua-dua bagus dalam segmen masing-masing. Yang paling tak bagus adalah hari-hari nak ambil tahu, tapi satu pun tidak bermula. Orang lain dah tuai hasil, kita masih lagi termenung.
Nak mulakan tabungan emas? Tak perlu RM50,000. Cukup untuk 1 gram dengan harga RM263 hari ini atau RM100 untuk dapatkan 0.3802 gram. Apa yang lebih penting adalah bermula.
Gambar dari website ASNB
https://www.asnb.com.my/compound.php
#JomMenabung
#TeamCgFA
Kredit : Mohd. Nazim Bin Hj Badruddin

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) promotional activities.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus dana-dana unit amanah yang dilancarkan oleh PNB.