Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
#TabungRumah

CIPTAKAN DEPOSIT RUMAH

1. Bagi menghasilkan simpanan RM15 000 untuk deposit rumah berharga RM100 000 bukanlah mudah.

2. Ciptakan matlamat kewangan 3 tahun dari sekarang.

3. Pecahkan jumlah tersebut kepada 3 tahun. Setahun mesti ada RM5000 simpanan.

4. Setiap bulan kita mesti ada simpanan RM 417 sahaja

5. Setiap minggu simpanan kita sekurangnya RM107 sahaja.

6. Setiap hari kita harus menyimpan atau berjimat RM14 sahaja.

7. Jika telah berkahwin, kongsikan dengan pasangan kita. Suami kacak RM10, isteri jelita RM4. Kan bahagia.

Pecahkan matlamat kewangan kita jadi kecil kecil agar mudah dilaksanakan.

Berusahalah, kita bukan anak orang yang kaya raya itu.

Credit : Azizul Azli Ahmad

#BeliDariPasaranSubsaleLebihMurah.
#BelianUnderCondMahalHariIni.
#TabungRumah

PANDUAN CIPTA DEPOSIT RUMAH

1. Bagi menghasilkan simpanan RM15 000 untuk deposit rumah berharga RM100 000 bukanlah mudah. Jika nak beli rumah RM200,000 dan RM300,000 gandakan sahaja

2. Ciptakan matlamat kewangan 3 tahun dari sekarang.

3. Pecahkan jumlah tersebut kepada 3 tahun. Setahun mesti ada RM5000 simpanan.

4. Setiap bulan kita mesti ada simpanan RM 417 sahaja

5. Setiap minggu simpanan kita sekurangnya RM107 sahaja.

6. Setiap hari kita harus menyimpan atau berjimat RM14 sahaja.

7. Jika telah berkahwin, kongsikan dengan pasangan kita. Suami kacak RM10, isteri jelita RM4. Kan bahagia.

8. Pecahkan matlamat kewangan kita jadi kecil kecil agar mudah dilaksanakan.

9. Berusahalah, kita bukan Dato' alif yang kaya raya itu. Kita rakyat biasa yang kacak bergaya.

Kredit : Dr Azizul Azli

Bonus : Cara Gunakan Emas Untuk Ciptakan Deposit Rumah.

1. Contoh kita perlukan jumlah sekitar RM 30,000 untuk deposit rumah idaman kita.

Kita cuba tukar daripada ringgit ke gram emas.

Kita ambil harga emas hari ini, RM 252 :

RM 30,000 / RM 252 = 120 gram.

Target 3 tahun , jadi setahun 120gram /3 = 40 gram.

40 gram / 12 bulan = sebulan sekitar 3.3 gram emas perlu kita beli.

Fokus kita ialah tambah gram. Harga berapa pun kita beli untuk cukupkan target gram kita.

Mengikut pengalaman saya sendiri, mula-mula mungkin target 3 gram sebulan, tapi lama-lama kita sebagai gold saver akan tambah gram tersebut tanpa kita sedar.

Lagi awal kita bermula, lagi bahagia kita nanti masuk rumah baru.

Moga bermanfaat.