Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
#TabungEmas

"Berapa lama nak simpan emas bang?"

"Ikut tujuan kita beli emas tu"

"Kalau saja saja beli?"

"Boleh saja, jadikan tabungan masa depan. Sebaiknya ada tujuan".

"Contoh bang?"

"Saya beli emas nie nak hadiahkan buat isteri dan anak anak bila saya tiada nanti".

Kawan kawan,

Duit yang kita dapat kita ada pilihan.

Belanjakan atau buat simpanan.

Ada orang dia suka belanja, silakan sahaja. Ada orang dia suka menyimpan silakan sahaja.

Jangan saling memburukkan. Hanya masa akan tentukan siapa ada simpanan atau tidak nanti.

Belajarlah Menabung Emas

#Kongsikan agar adik kita faham mengapa perlu beli dan simpan emas ini berapa lama.

#Kami bantu didik anda menyimpan emas dengan baik dan jana pendapatan dari emas agar tak lemas disini

wasap.my/60177307520/BimbingBeliEmas
𝗚𝗼𝗹𝗱 𝗔𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺

Program Akumulasi Emas (Gold Accumulation Program) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal dan patuh syariah.

Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Konsepnya sama sahaja seperti akaun simpanan bank. Kita simpan RM pada bila-bila masa dan keluarkan RM pada bila-bila masa. Tetapi akaun simpanan emas GAP ini, kita simpan RM yang ditukarkan menjadi GRAM emas, dan keluarkan emas pada bila-bila masa.

#DealerAktifPublicGold
#TabungEmas
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Jangan tukar semua simpanan duit kita menjadi emas. Tukar antara 10%-20% sahaja simpanan bersih menjadi emas. Beli emas dengan duit yang dalam tempoh 3-5 tahun kita tak akan usik dan guna.

12. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas
#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.