Gold Saving by Cg Farizah
504 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
[ APA ITU GAP PUBLIC GOLD? ]
.
🌟1 . Apakah itu GAP ?
••••••••••••••••••••
GAP merupakan singkatan dari ‘Gold Accumulation Program’ yang merupakan akaun Emas mampu dimiliki oleh setiap pelanggan.

Konsep GAP,sama macam kita simpan duit dalam bank. Kita boleh keluarkan duit dari bank kan? Jadi,sama juga dengan GAP. Kita simpan emas dalam GAP & kita boleh ambil/keluarkan emas fizikal dari GAP.

Ibarat akaun duit tetapi akaun duit dalam bentuk gram emas ( Tukar RM jadi Gram emas).
.
🌟2. Berapakah modal yang diperlukan untuk membuka akaun GAP ini ?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Hanya pembelian emas serendah RM100 atau harga 1g GAP mengikut harga emas semasa di website Public Gold (https://www.publicgold.com.my/).
.
🌟3. Apakah kelebihan membeli Emas melalui GAP ini ?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kita dapat membeli emas dengan harga mampu milik iaitu serendah RM100 atau 1gram harga semasa.
Tiada komitmen bulanan. Ada duit lebih, boleh tambah simpanan emas di GAP. Ikut keselesaan diri sendiri.
Kita tidak perlu risau nak simpan emas sendiri kerana emas kita disimpankan oleh Public Gold secara PERCUMA serta dijamin keselamatannya.
Kita boleh keluarkan emas fizikal pelbagai jenis dari GAP seperti 1g, 1 Dinar, 10g, 100g dan sebagai nya di pejabat Public Gold berdekatan.
🌟4. Siapa yang boleh membuka akaun GAP ?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Orang yang mempunyai bajet sekitar RM100 atau lebih.
Orang yang mahu simpan emas tanpa komitmen. Ada duit lebih, tambah simpanan emas di GAP. Jika mahu konsisten simpan emas #1g1bulan pon boleh!
Orang yang takut nak simpan emas sendiri di rumah kerana takut terlupa simpan emas di mana atau hilang di curi.
.
🌟5. Bolehkah anak-anak di bawah umur 18 tahun membuka akaun GAP ?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Boleh dan sangat digalakkan.
Bagi kes ini, ibu bapa atau penjaga yang sah bersama anak-anak ini membuka akaun bersama / joint account yang mana segala urusan jual / beli diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga sehingga anak-anak ini berusia 18 tahun.
.
🌟6. Harga emas di GAP ikut harga emas dunia?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tentu sekali..! Harga GAP mengikut harga emas dunia & berubah sekali sehari iaitu setiap jam 12 tengah malam.
.
🌟7. Bagaimanakah cara mengeluarkan Emas Fizikal dari akaun GAP ini ?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sebelum itu, setiap pelanggan yang telah membuat belian emas akan mempunyai PG Code dan My GAP System untuk melihat statement terkini.
Kita perlu menghubungi mana-mana pejabat Public Gold ( https://www.publicgold.com.my/index.php/branch )dengan menyatakan PG Code kita.
Beritahu staff Public Gold gram gold bar dan kuantiti yang ingin kita keluarkan untuk staff Publif Gold reserved emas untuk kita.
Pembayaran Gold Premium serendah RM10 dikenakan mengikut jenis, berat dan kuantiti Emas yang ingin dikeluarkan.
WAJIB bawa IC kita semasa pengeluaran emas fizikal.
Jika pejabat Public Gold jauh dari rumah kita atau kita sibuk, Public Gold boleh hantarkan emas melalui pos terus ke rumah kita. Ianya sangat mudah dan recommended!
Emas fizikal keluaran Public Gold adalah berketulenan 999.9.
.
🌟8. Apakah caj Gold Premium ?
•••••••••••••••••••••••••••••
Premium adalah kos pengangkutan dan insuran emas yang di bawa dari cawangan utama Public Gold (Penang) ke cawangan Public Gold negeri.
Semua belian Emas Fizikal Public Gold dikenakan premium iaitu bermula dari RM10 sehingga RM200 mengikut berat dan kepingan Emas yang dikeluarkan.
Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui caj Gold Premium terkini.
.
🌟9. Boleh tak nak tengok emas yang kita beli di GAP??
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Boleh tengok item-item emas itu di pejabat Public Gold, tetapi pembelian GAP bukanlah membeli ITEM, tetapi kita membeli GRAM emas.
Emas yang kita beli itu disimpan dalam bentuk “pool” bersama dengan pembeli yang lain.
Katakanlah kita membeli 5 gram, dan kesemua pembeli GAP seluruh Malaysia berjumlah 100kg, maka Public Gold akan simpankan 100kg emas dalam pelbagai saiz