Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Gais,

Antara orang yang boleh menceritakan kelebihan emas adalah mak anda.

Cuba try tanya emak anda. Bagus tak simpan emas?
Macam kes saya. Mak saya sangat menyokong bila saya cakap nak beli emas.

Sebab mak saya ada pengalaman membeli emas ketika dia muda-muda. Kemudian bila dia simpan lama maka dia dapati harganya semakin naik.

Mak saya juga ada pengalaman menggadaikan emas untuk membeli tanah di Langkawi. Jadi bagi mak saya, emas adalah harta yang boleh membantu kita waktu memerlukan tunai segera.

Nak dijadikan cerita, saya dapat satu lagi kisah bagaimana seorang mak menasihatkan anaknya untuk simpan emas.

Hal ini diceritakan oleh cikgu Lowoyon Elod Jiviol dari Sabah.
Satu hari, cikgu Lowoyon nak belikan maknya hadiah. Jadi beliau tanya mak dia "Mak, mau hadiah barang xyz atau nak emas?"

Mak dia reply "Mak mahu emas"

Cikgu Lowoyon Elod Jiviol tanya mak dia "Kenapa mahu emas?"

Maknya menjawab.

"Emas nie bagus bah... kalau kau tiada wang, kau mahu pinjam kat orang (kawan-kawan atau ahli keluarga), nanti mereka akan cakap-cakap belakang kau"

"Kalau kau mahu pinjam wang dari along, nanti kau boleh jatuh susah bah"

"Kalau kau ada emas, kau boleh gadai dan dapat duit... kau tak perlu pinjam dengan siapa-siapa"

Mendengar jawapan maknya, barulah cikgu Lowoyon sedar bahawa emas nie bukan sekadar boleh jadi hadiah untuk, namun ia berguna pada saat-saat memerlukan.

Kemudian saya cakap kat Cikgu Lowoyon "Cikgu, biasanya kalau mak cerita macam itu, biasanya dia mesti ada pengalaman. Samada pengalaman sendiri atau tengok pengalaman orang"

Saya sambung "Cikgu sudah ada kisah yang unik. Bukan semua orang ada pengalaman seperti ini"

"Apatah lagi orang yang cuma tahu emas nie sebagai simpanan dan pelaburan. Harga naik jual dan dapat untung"

"Mereka tak faham yang emas nie boleh jadi harta. Kalau pakai barang kemas, itu ibarat harta yang dipakai di badan"

"Emas juga juga diwariskan kepada orang tersayang. Nanti ia ada sentimental value. Kalau sesak-sesak nak pakai duit, emas boleh jadi talian hayat" sambung saya.

Guru emas saya ada berkata.

"Beli dan simpan emas sebagai harta.
Jika berlaku malapetaka, ia boleh diguna. Jika tiada malapetaka, maka wariskan emas tersebut kepada keturunan awak"

#NotaEmasSyukorHashim
Salah satu sebab saya suka emas ialah ia aset fizikal yang mudah diurus.

Ia tak perlukan penyelenggaraan bulanan atau tahunan, tak perlukan geran pemilikan, tak perlu dimasukkan dalam pengistiharan harta, dan tiada bersangkut paut dengan sesiapa.

Kekayaan tu SOLID berada di tangan kita dan ia aset fizikal yang paling senang diwariskan bila berlaku kematian.
.
Ia juga lebih peace of mind sebab emas tak terjejas dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Pendek kata, kalau ekonomi dan politik negara tonggang terbalik sekalipun, simpanan emas kita tak akan jejas.
.
Yang kita hanya perlu fikir ialah aspek penyimpanannya sahaja.

Bila dah disimpan di tempat yang selamat, dah tak perlu risau apa-apa dah. Biarkan emas tu duduk diam-diam di situ sehinggalah kita memerlukannya.

Dah fahamkan antara kelebihan aset emas?

Bagi yang berminat simpan emas? Klik link ni www.wasap.my/60177307520/NakSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya.
Hari ni agak meriah, membantu yang tambah simpanan emas. Sebab harga emas masih rendah.

Selain beli emas cash and carry dan top up emas GAP, ramai yang ambil kesempatan untuk buat EPP.

EPP ni maksudnya Easy Payment Purchase.

Yang mana kita boleh pilih emas yang kita nak dan bayar secara bulanan sama ada 4 atau 10 bulan.

Selesai, boleh ambil di branch Public Gold yang berdekatan atau nak pos berinsurans ke rumah pun boleh.

Kenapa ramai yang guna kaedah ni?

Sebab kita boleh mengunci harga emas rendah hari ini untuk 4 atau 10 bulan akan datang.

Andai kata emas naik semula selepas ni, kita tak perlu resah. Kita tetap membayar harga yang murah pada hari ni sampai habis.

Bestkan? Ambil peluang hari ni untuk simpan emas guna kaedah EPP sebelum naik semula. Kalau 10gram hanya sekitar RM 248 sebuIan.

Bagi yang berminat, klik link ni www.wasap.my/60177307520/10gramEPP10. Saya bantu sebaiknya.
Gais,

Jangan buat 10 kesilapan di bawah jika kalian mahu menjadi penyimpan emas yang berjaya.

Saya lihat terlalu ramai sahabat saya kecundang dalam simpanan emas terutama apabila ada pihak tertentu yang menawarkan pulangan bulanan dengan emas.

Tidak betul tu kawan!

Emas tiada pulangan bulanan atau dividen tahunan. Keuntungan emas hanyalah berdasarkan pergerakan harga emas semasa saja.

"Buy low sell high" hanyalah salah satu keuntungan daripada menyimpan emas.

Banyak lagi keuntungan selain daripada keuntungan tersebut.

Secara peribadi, saya tidak fokus sangat keuntungan profit kenaikkan harga. Saya lebih fokus berapa banyak gram emas yang saya boleh simpan dalam masa setahun.

Jika tahun ini berjaya mengumpul 20gram, tahun depan azam simpan 50gram.

Keuntungan sebenar seorang penyimpan emas bukan terletak pada turun naik harga emas tetapi berapa gram emas yang mampu disimpan dalam jangka masa setahun.

Semakin banyak kepingan emas yang kalian simpan semakin kalian kaya!

Wow! Bestkan.

Harga turun atau naik itu perkara biasa yang penting fokus pertambahan gram, itu lebih menguntungkan.

Kalau harga beras boleh naik inikan pula emas. Confirm harga emas akan naik dalam jangka panjang.

Fokus pertambahan gram, jangan pening kepala memikirkan soal harga emas.

Jadi penyimpan emas "zombie mood".
Beli dan beli sehingga 1 kilo.

Apabila kalian sudah ada 1kilo emas, boleh tidur lena, kewangan kalian sudah tahap selamat.

Insya-Allah

#PGG100Network

Kredit : Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.4049 gram
MYR 247 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 240 (9 March 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 16 March 2021
Assalamualaikum dan selamat pagi

Melihat kejayaan yang paling hampir adalah cara paling mudah kita mencapai kejayaan.

Contohnya kita berada di tangga ke-15, maka sasaran kita adalah untuk berada di tangga ke 10,9,atau pun 8.

Ia nampak lebih mudah dicapai. Kita juga akan rasa mampu untuk mencapainya.

Semoga lebih banyak kejayaan yang kita mampu ciptakan.

Farizah Hamid
Active Priority Dealer Public Gold
Harga emas GAP hari ni hanya RM 247 segram. Kalau nak bermula dengan RM 100 pun boleh, dapat 0.4049gram.

Bagi yang nak bermula, klik link ni www.wasap.my/60177307520/SimpanEmasGAP. Saya bantu sebaiknya.
Di negara Jepun, pelan pengumpulan emas atau Gold Accumulation Plan (GAP) sudah diperkenalkan sejak tahun 1980. Sudah 40 tahun usianya.

Maksudnya masyarakat di negara maju tersebut sudah amalkan tabiat menabung emas lebih 40 tahun yang lepas.

Muzium emas terbesar di dunia juga berada di negara matahari terbit itu, iaitu Toi Gold Museum, yang mempamerkan jongkong emas terbesar di dunia seberat 250 kilogram (bernilai anggaran RM45 juta).

Kalau di Malaysia, kita ada program pengumpulan emas, singkatannya GAP juga.

GAP atau nama gelarannya akaun emas GAP, dibawah syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia Public Gold ini mula diperkenalkan sejak tahun 2012.

Dengan akaun emas GAP, kita boleh mula mengumpul emas dengan modal serendah RM100.

Siapa yang tak ada modal besar, GAP lah kaedah menabung emas paling mudah dan murah di Malaysia buat masa ni.

Pendek kata, semua orang hatta student IPT pun sudah boleh mula kumpul aset kecil bernilai besar ini. 🙂
Channel name was changed to «Nota Emas dan Kewangan - Farizah Hamid»
Cabutan Bertuah Bulan Mac 2021

1 gram emas untuk dimiliki!

Untuk sertai mudah sahaja. Hanya perlu:

1. Buka Akaun Emas GAP, atau
2. Beli Emas secara Tunai atau EPP

Sepanjang bulan Mac ini bermula 1 Mac 2021 - 31 Mac 2021.

Untuk anda yang belum ada akaun Public Gold, boleh WhatsApp saya untuk daftar akaun secara percuma dan layak ikut serta cabutan bertuah ini secara automatik.

www.wasap.my/+60177307520/GAP+LuckydrawMac
Apabila berlaku kenaikan mendadak pada harga emas nanti akan muncullah syarikat - syarikat pelaburan emas yang menawarkan skim pelaburan emas.

Modus operandi scammer hampir semuanya sama: Beli emas dan emas itu dilaburkan. Pelabur kemudian akan mendapat keuntungan 20% setiap bulan.

Maknanya dalam masa 5 bulan dah balik modal. Masa tu pelabur tak rasa ditipu kerana duit masuk. Apa dia buat? 'keuntungan' tadi reinvest. Mereka mula sedar ditipu apabila keuntungan yang dijanjikan tidak masuk-masuk, call agen tidak berjawab. Malah agen pun baru sedar dia ditipu. Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali report polis.

Gais,
Dalam bidang pelaburan emas original, tak ada isitilah dimana kita beli emas kemudian dapat income bulanan, tahunan mahupun harian. Kalau ada, dah lama syarikat gergasi negara turut buat macam tu.

Kalau anda nak income bulan-bulan dengan emas anda perlu menjadi peniaga emas. Ataupun jadilah agen emas macam saya ataupun anda bekerja makan gaji dengan syarikat jual beli emas. Emas ni evergreen. Ia laku sejak berabad lamanya. Tiada istilaj emas tak laku kecuali anda jual harga pelik.

Yang berleluasa membohongi orang ramai ialah skim ponzi bertopengkan emas namanya. Ada juga yang mempergunakan 'topeng' berbeza seperti kopi, rumah, kereta dan lain-lain lagi. Mereka mahir memberikan janji manis yang sukar ditolak oleh semua orang. Yang kena tidak mengenal peringkat B40 atau T20 semua terpedaya.

Padahal penganjur terbabit cuma pusing-pusing duit pelabur jer (money game). Memang tak pernah ada penganjur skim cepat kaya ini akan mengaku dia anjur skim cepat kaya. Tapi berdasarkan ciri-cirinya pun dah cukup mudah untuk kita buat penilaian.

Jadi ok tak kalau adik beradik atau sahabat sendiri yang ajak join skim macam tu?
Jangan join walaupun 1 sen! Kalau anda join juga anda bakal menanggung risiko 100% sebab duit dan emas penganjur yang pegang. Kalau penganjur lari atau BNM serbu, pelabur yang confirm tersontot dulu. Penganjur dah siap-siap dengan strategi "exit plan" mereka. Mereka dah ada 'penasihat undang-undang'. Anda pula terkulat-kulat kulat tunggu 'duit masuk' yang tak masuk-masuk

Mula-mula tunggu duit masuk, tak dapat.
Lepas tu redha dapat balik pokok pun jadilah katanya, tak dapat juga.
Akhirnya hati dah sakit, pokok tak dapat langsung report polis menjadi jalan terakhir dengan harapan penganjur menyerah diri dan memulangkan wang tadi. Hmm

Tak nak jadi mangsa? Jadikan link ini sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/01/778555/peguam-kena-tipu-sindiket-pelaburan-emas-tak-wujud

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/764102/lebih-rm440000-lesap-angkara-pelaburan-jual-beli-emas

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/764102/lebih-rm440000-lesap-angkara-pelaburan-jual-beli-emas

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/365233/pdrm-dedah-30-syarikat-tipu-pelabur
Harga emas ini turun dan naik. Sekejap dia kat atas. Sekejap dia kat bawah.

Untung beli masa harga di bawah. Untung jual masa harga di atas.

Beli emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Beli, simpan. Beli, simpan. Cukup masa, kita jual.

Berapa banyak emas yang kita nak kena simpan?

Dana Kecemasan - 30 Dinar
Dana Haji - 14 Dinar
Dana Pendidikan - 15 Dinar
Dana Perubatan - 30 Dinar
Dana Persaraan - 30 Dinar

1 Dinar bersamaan 4.25 gram.

Nak beli 1 dinar hari ini dalam RM1,000 ++.

Share semoga bermanfaat. Share semoga capai matlamat.

Begitu.

Farizah Hamid
Nak belajar cara simpan dinar emas untuk simpanan jangka masa panjang, boleh PM saya.
16 Mac 2021
Harga emas hari ini : RM247 segram

Berminat mulakan simpanan emas?

Jom daftar PERCUMA.

Nak buka akaun simpanan emas GAP ni sebenarnya percuma saja. Tapi, bila dah daftar akaun emas, kena aktifkan akaun dengan belian emas pertama serendah RM100 ataupun 1 gram.

Daftar di sini. https://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00266996/1

Jangan lupa, aktifkan akaun dengan pembelian emas minimum RM100 dalam masa 24jam selepas pendaftaran dibuat untuk mengelakkan akaun dibekukan.

Pertanyaan lanjut, klik disini :
http://wasap.my/60177307520/PublicGold
Ada duit tu bagus, tapi "rasa berduit itu bahaya".

Sebab apa? Bila ada duit, dalam otak kita memang ligat dah berfikir apa yang patut dan hendak dibeli.

Sebab itulah rasa berduit itu bahaya. Berbeza pula dengan emas.

Emas ini apabila kita simpan dia, kekayaan kita bertambah, tetapi.... Kita akan rasa tak berduit.

Inilah kelebihan emas yang dikurniakan kepada kita dari Allah S.W.T. Kalau emas ni tak bernilai atau tidak penting, takkan lah sehingga disebut beberapa kali dalam Al-Quran kan.

Bila kita simpan emas, automatik rasa "berduit" akan hilang. Jadi kita akan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Berduit itu penting, tetapi rasa "berduit" itu bahaya.

Kepuasan dengan duit adalah dengan membelanjakannya, manakala kepuasan dengan emas adalah menyimpan dan menambah gramnya.

Yang mana anda rasa akan membantu mengatur kewangan anda?
Tahniah En. Azri! Semoga berjaya mencapai target gram emas yang dihajati 💪