Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Apa itu Public Gold?

Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak (jongkong, dinar, dirham) aka Industrial Precious Metal.

Public Gold tak ada kena mengena dengan Public Bank, Public Toilet dan mana-mana nama yang ada tulisan Public.

Syarikat ini telah bertapak di Malaysia seawal tahun 2008 dan diasaskan oleh Dato Wira Louis Ng.

HQ Public Gold ni di mana? Ada cawangan tak?

HQ Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Public Gold ada 18 cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis), dan 1 di Indonesia.

Produk Public Gold ni dari mana?

Produk emas Public Gold LBMA didatangkan khas dari Turki. Public Gold telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar emas terkenal Nadir Metal Refinery Group dan diberi kepercayaan serta dilantik menjadi pengedar tunggal produk Industrial Precious Metal (IPM) yang bertaraf London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia.

Bagi produk Bungamas, Dinar (tanpa seal), Tai Fook ia adalah keluaran tempatan yang ditempa sendiri di Malaysia dan disahkan oleh Assayer Abdul Shukor Anuar.

Produk Public Gold ni kena SST tak?

Tak. Produk Public Gold (jongkong, dinar, dirham) tidak ada caj SST.

Di mana boleh saya tengok harga produk Public Gold?

Harga produk Public Gold boleh dilihat di laman web www.publicgold.com.my Untuk info atau promosi boleh juga lihat di Facebook Public Gold International Bhd.

Nak beli produk Public Gold perlu jadi ahli tak?

Tak perlu. Pembelian mana-mana produk Public Gold secara automatik kita menjadi pelanggan berdaftar.

Jadi tak ada la harga istimewa untuk ahli ye?

Tak ada. Harga yang tertera di laman web Public Gold adalah sama untuk semua. “Satu Harga Untuk Semua” dan sememangnya antara harga yang 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔!

Simpan emas Public Gold ni dapat bonus bulanan atau tahunan tak?

Tak dapat. Syarikat ini tidak menjalankan perniagaan bermodus operandi skim cepat kaya. Keuntungan dari emas secara asasnya adalah “Buy Low, Sell High” atau dengan meniagakannya.

Emas Public Gold ni mudah dipajak tak?

Sangat mudah. Emas jenama Public Gold diterima tanpa ragu di Pos ArRahnu seluruh Malaysia dan di Koperasi Dagang Emas (KDE). Antara institusi lain yang menerima pajakan emas Public Gold adalah Bank Rakyat, Bank Pertanian dan ArRahnu Exchange (bergantung pada terma & syarat).

Apa pilihan produk yang ditawarkan oleh Public Gold?

Produk Public Gold yang utama adalah jongkong emas dan perak, syiling dinar dan dirham.

• Jongkong emas dengan variasi berat 0.5gm hingga 1kilo.
• Jongkong perak dengan variasi berat 100gm hingga 1kilo.
• Dinar dengan variasi berat 1/2dinar hingga 10dinar.
• Dirham dengan berat 10dirham.

Ada tak produk lain yang ada kaitan dengan Public Gold?

Ada. Selain jual beli produk jongkong emas dan perak, Public Gold juga ada produk emas perhiasan dibawah PG Jewel, produk perhiasan dan jongkong emas eksklusif dibawah Aurora, Muzium Emas dibawah PG Museum, dan juga platform jual beli online PGMall. Kesemua ini berada dibawah naungan PG Group.

Urusniaga dengan Public Gold ni patuh syariah tak?

Ya. Public Gold telah mendapatkan sijil patuh syariah. Panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia.

Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Kredit:
Khaja Nazimudeen
Dari Mentor Emas saya, En Syukor Hashim...

Gais,

Quick update.

Harga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Jawapan: Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN untuk program bantuan Covid-19 us.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD yakni cetakan duit yang terlalu tinggi. Tambah pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk kedalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang spend duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Gais. Ini adalah contoh bagaimana news boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut nak suruh tambah duit bantuan, emas dah naik.

Tapi kita kat Malaysia nie, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mind.

#NotaEmasSyukorHashim
📣📣 Promo 21 - 22 Jan 2021 :

📍📍 ALA CARTE SPECIAL :

🔑🔑 1 DINAR ( 4.25 gram ) :

- Free GIT (Pos berinsurans)
- RM 113 x 10 bulan

📍📍 NORMAL DEALER :

🔑🔑 Belian GAP RM 6,000

Atau

🔑🔑 Beli 30 gram emas ( full payment atau sepp4 / sepp10 )

2983 x 4 bulan
793 x 10 bulan

📍📍PRIORITY DEALER

🔑 Belian RM 11,000 GAP

Atau

🔑 Beli 50 gram emas ( full payment atau sepp4 / sepp10 )

RM 3287 x 4 bulan
RM 1312 x 10 bulan

** Remark : G100 SEMINAR

🎖 Setiap belian mesti disertakan dengan belian Wealth Card 0.5gram bernilai RM 200

🎖 Promo valid sehingga jam 12:00 pm ( tengah hari ) Khamis @ 21 Januari 2021..

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/Promo21-22Jan2021

Habis bayar collect di Public Gold terdekat atau guna servis pos GIT Public Gold berinsuran sampai ke rumah.
Saya pinjam kata-kata daripada mentor emas kita, En Syukor Hashim.

Semalam saya menonton majlis angkat sumpah presiden US ke 46, Joe Biden.

Kemudian saya jeling kat graf harga emas 😁

Di penghujung London market session, harga emas dilihat menurun.

Namun setelah pasaran New York dibuka, harga emas terus meroket 🚀

Kenapa?

Sebab Joe Biden angkat sumpah menjadi presiden US ke 46 menggantikan Donald Trump.

Kemudian, beliau akan melantik Janet Yellen sebagai setiausaha kewangan US.

Perlantikan Joe Biden berlaku pada zaman yang mencabar. Ini kerana dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat Covid-19. Amerika sendiri telah terjejas sehingga 400,000 rakyat mereka mati akibat Covid-19.

Dari segi polisi pemulihan ekonomi. Kedua mereka ini dilihat sebagai pro kepada pakej rangsangan ekonomi yang sangat besar.

Joe Biden telah mengemukakan pakej rangsangan ekonomi bernilai 1.9 trillion USD.

Yellen mencadangkan agar pakej rangsangan ini ditambah lagi.

Baik, apa kesannya kepada harga emas?

Gais. Apabila kerajaan mencetak duit yang terlalu banyak dan masukkan duit ini kedalam ekonomi, ia akan meggalakkan aktiviti perbelanjaan dan pelaburan. Sebab ramai orang ada duit.

Ekonomi akan terangsang. Bisnes akan bergerak, kilang akan bekerja, peluang pekerjaan akan tercipta. Itu adalah matlamat kerajaan.

Namun sekiranya terlalu ramai orang yang ada duit untuk berbelanja, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan risiko inflasi. Sebab banyak duit dalam pasaran berbanding barang-barang dan perkhidmatan.

Risiko inflasi menyebabkan nilai duit jadi rendah.

Sebagai contoh, jika inflasi adalah 5% setahun, Ini bermaksud duit Usd100 cuma boleh beli barang/perkhidmatan bernilai Usd95 tahun hadapan.

Jadi orang yang simpan Usd akan dapati, nilai duit makin kurang. Kalau pegang lama pun akan rugi.

Kalau simpan dalam bank pun, interest near zero. Jadi tak boleh lindung nilai duit.

Jadi, apakah cara pelabur melindung nilai duit?

Jawapannya: beli emas. Beli silver.

Kedua logam ini memainkan peranan sebagai pelindung nilai kerana kerajaan tidak boleh cetak kedua logam ini.

Kuantiti yang terhad emas dan perak menjadikan nilainya terpelihara.

Mat saleh cakap “gold and silver are hedging agains inflation”

dalam Bahasa Melayu, “Emas dan perak adalah pelindung daripada dimakan inflasi”

Apakah pandangan saya untuk harga emas dan perak selepas ini?

Saya berpendapat, bila Biden dan Yallen betul-betul melaksanakan program ransangan 1.9 trillion Usd ++ maka ia meningkatkan risiko inflasi kepada Us.

Harga emas dan silver akan berada dalam trend menaik pada zaman Joe Biden.

Ini pandangan saya.

Ps: Nota untuk diri sendiri. Harga emas hari pertama Joe Biden angkat sumpah = us 1872.1 (waktu posting ini ditulis)

#NotaEmasSyukorHashim
KENAIKAN HARGA EMAS

Harga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN bagi program bantuan Covid-19 US.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD iaitu cetakan duit kertas yang terlalu tinggi. Tambahan pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk ke dalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang belanjakan duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Ini adalah contoh bagaimana berita boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut untuk suruh tambah duit bantuan, harga emas sudah naik.

Tapi kita di Malaysia, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mind.

Jom mulakan simpanan emas di akaun emas GAP dengan hanya RM100 sahaja. WhatsApp saya!
www.wasap.my/+60177307520
Harga GAP hari ini turun RM1 kepada RM266/g.

Pasaran US semalam:
Dow Jones -0.04%
Nasdaq +0.55%
S&P 500 +0.03
Pasaran hadapan emas -0.11%

Belum terlambat untuk mulakan tahun baru 2021 dengan simpanan emas di akaun emas GAP serendah RM100 sahaja. Hubungi saya: 👇
www.wasap.my/60177307520
By Azizi Ali Mentor Wang

😭35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN

1. Bergantung kepada satu mata pendapatan
2. Tak menyimpan wang
3. Menyimpan wang yang terlalu sedikit
4. Menyimpan wang hanya sekali sekala
5. Tak ada Dana Rizab/Kecemasan
6. Tak ada perlindungan insurans/takaful hayat
7. Tak ada perlindungan insurans/takaful perubatan (medical card)
8. Membeli polisi perlindungan insurans/takaful hayat yang salah
9. Perlindungan insurans/takaful hayat yang terlalu kecil
10. Membeli insurans yang tak penting
11. Tak melabur
12. Melabur terlalu sedikit
13. Melabur tanpa ilmu
14. Mempercayai kata-kata ejen pelaburan 100%
15. Tak memantau prestasi pelaburan setelah melabur
16. Melabur di instrumen yang salah
17. ‘Melabur’ dalam scam
18. Tak mahu menerima fakta apabila ‘pelaburan’ yang disertai dibuktikan sebagai scam
19. Tak cukup diversification
20. Over-diversification
21. Tak bayar zakat
22. Tak menderma
23. Tak buat wasiat
24. Membelanjakan wang ditempat yang kurang/tidak memberi manfaat
25. Boros
26. Berjudi
27. Memberi pinjaman wang
28. Meminjam wang untuk tujuan yang salah
29. Meminjam wang yang terlalu banyak
30. Menjadi penjamin
31. Memulakan bisnes tanpa ilmu yang cukup
32. Memulakan bisnes tanpa modal yang cukup
33. Tak mahu menambah ilmu kewangan dan pelaburan
34. Mengikut ‘nasihat’ kewangan dan pelaburan daripada sumber-sumber yang salah
35. Tak membaca kandungan agreement dengan teliti

Sila SHARE

Anda nak tambah senarai ini?
“Bro, aku tengok harga makin turun. Boleh dan sesuai ke aku simpan emas sebab takut rugi lah”

Ini merupakan soalan daripada salah seorang pelanggan saya.

Bila saya dengar soalan ini, saya cuba recall dan cari semula tarikh beliau menyimpan emas. Rupanya beliau baru sahaja menyimpan emas.

Jadi saya tenangkan beliau dan beri jawapan ringkas supaya beliau lebih faham tentang emas. **Basic perlu diperkemaskan.

1. Saya perhatikan penyimpan emas atau sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak menjadi penyimpan Emas mempunyai dua tabiat iaitu apabila harga NAIK berlaku situasi PANIK dan apabila harga TURUN juga berlaku situasi PANIK.

2. Sebenarnya harga emas naik dan turun itu adalah perkara biasa dan ianya adalah Normal dalam dunia Pelaburan emas.

2. Jika ada yang mengatakan harga emas sentiasa dalam keadaan naik, itu adalah ayat daripada peniaga yang kejar sales.

3. Emas Naik dalam tempoh jangkamasa panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan melihat harga emas Naik & Turun.

4. Apabila beli emas, pastikan beli pada individu yang dapat bimbing kita dengan konsep yang betul.

5. Bukan sekadar kita beli emas pada individu berkenaan tetapi kita mahu dapatkan tips dan ilmu secara PERCUMA. Itu antara tips menyimpan atau melabur cara selamat.

6. Apabila berlaku situasi Harga emas Turun, pejam mata dan Mulakan simpanan emas. Ambil peluang ini. Jika sudah mula menyimpan emas, ambil peluang untuk tambahkan GRAM.

7. Peluang & Ruang bukan selalu terhidang. Harga emas Turun adalah Rezeki dan harga emas Naik juga Rezeki. Cuma kita memandang dari sudut Keuntungan & Kerugian semata-mata.

8. Ketika situasi harga emas Turun atau Naik, apa yang menariknya berat emas (GRAM) yang kita miliki tidak akan berkurang langsung.

9. Itu antara kelebihan menyimpan emas. Ianya bersandarkan Fizikal. Bukannya bersandarkan harga semata-mata. Kita boleh tidur lena tanpa memikirkan kurangnya GRAM emas kita.

10. Jangan Panik tetapi tenang-tenang ajaaaa. Orang yang tenang selalu menang.

Dapat sesuatu?
Salah satu sebab Public Gold merupakan syarikat emas yang dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi

PG pernah dilantik sebagai The Official Royal Minter untuk Pertabalan SPB YDPA ke-14 ..
KEISTIMEWAAN EMAS

Emas adalah aset yang paling istimewa bagi saya kalau mahu dibandingkan dengan aset yang lain seperti tanah mahupun rumah.

Kenapa saya cakap ia terlalu istimewa?
Hari ini saya tak mahu tulis panjang-panjang.
Boleh rujuk poster menarik dibawah atas. 👆

Percayalah, keistimewaan emas ini tiada pada aset-aset lain.

Dengan keadaan ekonomi dan politik yang sedang terumbang ambing sekarang ini kita wajib miliki minimum 1 kilogram emas 1 keluarga.

Amat rugi kalau kita miliki 100 buah rumah tetapi tidak memiliki minimum 1 kilogram emas.

Amat rugi kalau kita miliki 100 hektar tanah tetapi tidak memiliki minimum 1 kilogram emas.

Sebab emas terlalu istimewa dan merupakan logam mulia yang dicipta oleh ALLAH SWT yang tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan oleh manusia.

Jom saya bantu sahabat sekalian untuk mula menyimpan aset yang teristimewa ini iaitu emas dengan bermodalkan RM100 sahaja.

Farizah Hamid
Authorized Priority Dealer
Public Gold Marketing Sdn Bhd
www.wasap.my/60177307520
Kemaskini Harga Public Gold GAP 23 Januari 2021

MYR 100 = 0.3788 gram
MYR 264 = 1.0000 gram

Harga terendah 2021: MYR 261 (16,17&18Januari 2021)

Harga tertinggi 2021 : MYR 277 (6 Januari 2021)
#InfoEmas

Pelabur Emas vs Penyimpan Emas?

Ramai tersilap faham dirinya sebagai pelabur emas setelah mula membeli goldbar/dinar walaupun hanya seberat 1 gram.

Nak tau beza Pelabur vs Penyimpan emas?
————

Ciri-ciri pelabur emas:
1. Beli emas gram besar (minima 100 gram)
2. Beli emas yg rendah susut nilai
3. Beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
4. Ada ilmu teknikal & fundamental dlm menganalisis pasaran emas dunia
5. Jana keuntungan dgn aktiviti jual beli emas

Formula mudah seorang pelabur:
Harga murah -> beli dlm kuantiti besar
Harga naik -> jual = untung besar

————

Ini pula ciri-ciri Penyimpan Emas:
1. Beli dlm jumlah yg sedikit
2. Beli tanpa mengira harga naik atau turun
3. Matlamat nak tukar wang jadi emas utk jangka panjang
4. Emas sebagai backup kecemasan
5. Beli emas utk elak kebocoran simpanan

Formula penyimpan emas:
Harga murah -> beli lebih sikit
Harga mahal -> beli juga
Capai target -> jual tanpa mengira harga

————

Jadi anda Pelabur atau Penyimpan emas?