Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Saya doakan semua penyimpan emas bimbingan saya dapat capai simpanan sehingga 1kilo.

1 keluarga 1 kilo emas 🔥
Jika kita asyik fikir tentang harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Jika kita asyik bertanya tentang harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Jika kita asyik lihat harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Cara yang betul miliki emas ialah :

Beli dan tunggu harga emas naik. Elakkan tunggu untuk beli emas kerana selalunya pengakhiran tidak beli beli emas.

Dulu biar papa asal bergaya, kini biar tiada apa asalkan berharta.
SAYA TIDAK TAHU.

Harga emas bulan ni akan turun ke naik?
Harga emas tahun depan akan turun ke naik?

Jom! Kita belajar asas mudah mengenai emas :

1) Jangankan tanya akak, tanya pakar level global Robert Kiyosaki pun beliau tidak akan bagitau “harga emas pasti naik atau pasti turun” bulan ini atau tahun depan.

2) Kenapa tidak? Sebab pakar tahu bahawa movement factor harga emas dipengaruhi pelbagai contohnya : peperangan, unemployment rate di US, inflasi, kejatuhan matawang, korupsi pemimpin, ancaman wabak malah peperangan.

3) Malah… Bagi pakar yang memegang prinsip kepatuhan syariah, kita tidak sepatutnya menjanjikan harga emas pasti naik atau pasti turun. Ini tidak betul. Mana-mana sifu menjanjikan pasti naik atau pasti turun, run far-far. #apeni?

4) Bagi penyimpan emas yang berilmu, 100% mereka berharap harga emas turun. Mereka ini selalunya memiliki lebih 200gram emas dan menyasarkan simpanan emas berkilogram. Mereka faham permainan emas bukan tentang harga bulan depan tetapi tentang bertahun-tahun ke hadapan.

5) Kenapa penyimpan berilmu nak harapkan harga emas turun? Kerana bagi penyimpan tegar yang berilmu, mereka mahu dapatkan lebih banyak gram pada kadar wang yang sama. Emas adalah duit. Dalam bentuk yang lebih stabil.

6) Selalunya yang harapkan harga emas naik? Mereka tidak memiliki mindset “gold saver”. Golongan ini melihat emas seperti saham. Hakikatnya emas bukan saham. Saham boleh menjadi sifar malah negatif.

7) Tetapi emas? Mustahil emas boleh menjadi sifar malah mustahil menjadi negatif. Nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya.

2019 - harga emas RM186
2020 - harga emas RM219
2022 - harga emas RM280

8 ) Walaupun sejak 2019 hingga hari ini kenaikan emas mencecah 50.60%, jika tanya akak berapa harga emas bulan depan, AKAK CAKAP TAK TAHU.

9) Kenapa tak tahu? Again, sebab movement harga emas sangat volatile. Bergerak setiap masa disebabkan pelbagai unexpected factor cam perang, wabak, perubahan polisi kuasa besar dan sebagainya.

10) Semakin berilmu seseorang dalam cabang pelaburan semakin berani dia bagitau bahawa : SAYA TIDAK TAHU. Kerana apa? Kerana komennya memiliki pemberat. Yang dipertanggungjawabkan dunia akhirat.

Kredit Perkongsian Puan Marlia Ramli
🍯 Untung Ke Simpan Emas? 🍯

1. Untung bila ada kenaikan harga emas

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 20 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30. Sekarang ini pula, harga emas ialah sekitar RM 270 - RM 285 segram.

2. Untung pertambahan gram emas bila harga menurun

Emas kan harta. Bila harga turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Pemurataan kos pun boleh berlaku.

3. Untung bila duit tidak habis

Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Kita bukan beli barang habis pakai buang. Emas kekal di tangan kita dan tiada tarikh luput.

4. Untung bila naluri berbelanja dapat dirawat

Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas. InsyaAllah, sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita.

5. Untung bila terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan

Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan & memiliki tahap kecairan paling tinggi.

6. Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi

Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan. Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali.

Semoga bermanfaat 🤗
Emas Pelaburan yg Low Risk , High Return 🥰
**"Sampai bila nak simpan emas?** Asyik menyimpan je bila nak guna?

Ramai tanya soalan sebegini. Adakah simpan emas ni tiada penghujung?

Baik, perkara pertama ialah kita perlu ada matlamat dalam menyimpan emas.

Contoh,

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3-6 bulan perbelanjaan.

2. Kita nak pergi umrah, kita penuhkan tabungan emas sehingga cukup nilai untuk pergi umrah.

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak. Paling paling 100 gram seorang dengan kos pendidikan yang semakin meningkat.

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan.

5. Kita simpan emas dan tukarkan kepada aset lebih besar seperti rumah

6. Kita simpan emas dan selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan emas secara konsisten.
Beli Emas Secara Atas talian. Mana Akad?

Kisah Di Sebalik Akad Jual Beli Zaman Moden

Itu soalan selalu orang tanya. Mungkin bagi orang yang belajar muamalat, tiada masalah, tapi bagi yang baru-baru nak belajar, memang sedikit keliru. Tapi bagi yang tak kisah langsung soal akad, tak jadi isu pun bagi mereka.

Akad sebenarnya bentuk hubungan ikatan jual beli antara dua individu. Bila orang tanya kat mana akadnya? Maksud soalan ini ialah kt mana "lafaz akad" jual beli.

Dalam jual beli, TIDAK SEMESTINYA ada lafaz akad. Dia tak macam akad nikah yang lebih serius dan sepatutnya lebih tertib dan protokol.

Tak ada lafaz akad, tidak semestinya tak ada akad. Kerana akad jual beli boleh berlaku sama ada secara:

Lisan - ini yang biasa orang faham lafaz akad. Saya jual saya beli.

Tulisan - Biasanya akad dengan tulisan untuk jual beli yang besar-besar. atau yang melibatkan hutang. Kena ada akad / kontrak bertulis baru sah. Kalau tak, susah nak bawa bincang atau nak ke mahkamah kalau ada apa-apa.

Isyarat - Biasanya untuk mereka yang tidak mampu bercakap. Atau malas nak cakap. Angguk kira setuju.

Perbuatan diam tanda setuju. Contohnya pergi ke tesco tengok tanda harga, ambil barang dan bayar.
Ok, untuk part yang last ni, saya nak tunjukkan kt mana berlaku ijab dan kabul. Contohnya pergi ke tesco, tengok tanda harga (tanda harga ini ijab, iaitu tawaran oleh pihak kedai, sifat barangan boleh tengok sendiri, tak perlu sebut. Boleh belek dan pilih), bila bayar itu tanda terima (kabul).

Sama juga dengan kes akad dengan jual beli vending machine.

Barang akad diletak dalam mesin, ia adalah salah satu bentuk ijab (offer/tawaran). Bila kita masukkan duit dalam tu dan tekan mana-mana air yang nak, tanda setuju (kabul/acceptance). Maka akad berlaku.

Penjual tak ada? Sedangkan salah satu rukun akad ialah kena ada penjual.

Hukum asal memang kena ada penjual, tapi dengan adanya kemudahan mesin, dan uruf dan undang-undang mengiktiraf, maka mesin boleh menjadi alat untuk mengganti penjual (wasilah). Mesin bukanlah wakil penjual, tapi pengganti penerima wang sahaja.

Jika uruf masyarakat atau undang-undang tidak menerima mesin sebagai ganti, maka akad tetap tidak sah.

Ada banyak faktor yang menyebabkan masyarakat menerima; antaranya perkembangan teknologi, kaedah mengatasi masalah yang timbul (risik mitigation), undang-undang dan lain-lain. Semua ini mempengaruhi penerimaan masyarakat, atau nama dalam usul fiqh adalah 'uruf.

Zaman sekarang, bukan sekadar air, macam-macam perkara dijual guna mesin. Emas pun ada. Bayar parking, mesin, beli snek, mesin, beli nasi lemak kat McD pun mesin.

Apa yang boleh disimpulkan? Akad ialah proses ijab kabul (offer and acceptence) antara dua pihak, proses ini boleh berubah ikut keadaan yang penting, Kedua-dua belah pihak faham dan rela dan masyarakat mengiktiraf kefahaman itu. Juga paling penting syariah mengikraf transaksi itu, sebagai jual beli.

Kredit pada Muamalat.my
Gold Saving by Cg Farizah pinned «Beli Emas Secara Atas talian. Mana Akad? Kisah Di Sebalik Akad Jual Beli Zaman Moden Itu soalan selalu orang tanya. Mungkin bagi orang yang belajar muamalat, tiada masalah, tapi bagi yang baru-baru nak belajar, memang sedikit keliru. Tapi bagi yang tak kisah…»
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝟵𝟵𝟵 (𝟮𝟰𝗞) 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺 (𝗝𝗨𝗟𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮)

01/07/22 = *RM277/gram*🔻 -RM1
02/07/22 = *RM278/gram*🔼 +RM1
03/07/22 = *RM278/gram*

(Boleh semak harga di www.publicgold.com.my)
Cerita menarik hari ini 😍

Seorang customer yang baru pertama kali nak beli emas telah order 2kg emas sekali gus 🙀

Gais.

Duit dia banyak namun ilmu emas dia baru nak belajar.

Bila dia faham kepentingan emas (juga atas nasihat ibunya), terus dia order 2kg (buat 2 order sekilo setiap satu). Waktu dia beli harga memang cantik, sekitar RM274,598 sekilo.

Gais,

Ibu dia pernah jatuh susah teruk. Duit langsung takde. Suami tak bekerja. Namun komitmen dia banyak setiap bulan. Sehingga akhirnya terpaksa jual emas.

Nasib baik waktu tu ada emas dalam tangan.

Emas jadi penyelamat keluarga ibunya.

Sebab itu bila anaknya ada duit, ibunya suruh beli emas. Bekukan duit setengah juta tu jadi emas fizikal dan simpan elok-elok. Tak payah melabur sana sini. Beli emas ajer dan simpan.

Gais.

Kengkadang orang beli emas nie bukan sebab nak melabur, tetapi sebab ada pengalaman lampau.

Ini salah satu ceritanya.

Kisah yang unik 🥰😁

Semoga memberikan inspirasi kepada anda.

#NotaEmasSyukorHashim
Berbeza dengan emas, habuk emas pun masih bernilai.

Setuju tak setuju?
APA BEZA GOLDBAR VS DINAR?

Ramai confuse perbezaan goldbar dan dinar Public Gold
Sampaikan dilema, tak tahu nak beli goldbar atau dinar..

Jom kita lihat apa perbezaaannya 🥰

GOLDBAR

Goldbar ialah jongkong emas yang bentuknya petak.
Dari segi ketulenannya, goldbar ni emas 999 atau 24 karat.

Goldbar paling kecil di Public Gold ialah 0.5gram dan paling besar 1kilo.

Ada berapa jenis goldbar di Public Gold iaitu:

a. goldbar Bunga Mas,
b. goldbar Tai Fook.

Apa bezanya pula?
Sama je dari segi ketulenan..
Bezanya cuma pada design dan ukiran pada goldbar berkenaan.

DINAR

Dinar pula ialah syiling emas yang bentuknya bulat.

Ada 4 pilihan untuk dinar ;

a. 1/2 dinar (2.125g)
b. 1 dinar (4.25g)
c. 5 dinar (21.25g)
d. 10 dinar (42.5g)

ANTARA GOLDBAR DAN DINAR,
YANG MANA LEBIH BAIK DISIMPAN?

Dua-dua sesuai sebagai simpanan sebab ketulenannya sama iaitu emas 999.9 (24karat) dan potensi kenaikan harga juga tetap sama.

Yang membezakan kedua-dua emas ini ialah bentuk dan berat saja.

Nak tengok design goldbar & dinar public gold?
Rujuk di sini 👇
https://publicgold.me/farizahhamid/produk-emas

Dapat sesuatu hari ini?

Sama-sama kita belajar dan berkongsi ilmu emas☺️
Duit berjumlah RM2619 yg disimpan dalam 5 tahun, hanya akan bernilai RM2201 selepas mengambil kira kadar inflasi 3% setahun.

Emas 10 gram yang disimpan dalam masa 5 tahun akan bernilai RM4275 selepas mengambil kira kenaikan harga emas 10.3% setahun.
Harga Emas 1 Gram ACC GAP (JULAI 2022)

1/7/22 = RM277/gram ⬇️ -RM1
2/7/22 = RM278/gram ⬆️ +RM1
3/7/22 = RM278/gram ➡️
4/7/22 = RM278/gram ➡️
Sepanjang saya bercerita tentang kebaikan simpanan emas, belum ada yang cakap nasib baik saya beli emas sekarang, kalau beli tahun 2000, RM30 segram. Rata-rata cakap menyesal tak beli dulu waktu RM30 segram.

Dulu, harga emas RM30 segram pun orang kata mahal. Gelang emas nipis halus pun dalam RM300 seutas. Mahal betul.

Harga RM30 segram menjadi 'murah' apabila harga emas naik RM100 segram. Harga RM30 segram ini jadi 'murah sangat rugi tak beli' apabila harga emas menjadi RM250 segram.

Begitulah dengan harga emas RM278 segram. Hari ini rasa sangat mahal. Dan harga ini akan rasa 'murah' apabila emas menjadi RM300 segram. Harga RM278 segram ini akan jadi 'murah sangat rugi tak beli' apabila harga emas menjadi RM500 segram.

Harga emas pasti akan naik dalam jangka masa panjang. Karipap pun naik harga, inikan pula emas.

Beli emas bukan beli harini esok terus jutawan. Tapi beli dan simpan, tak mustahil boleh jadi jutawan. Tahun 2000 beli emas 4 kilogram dengan harga RM120,000. Hari ini 4 kilogram emas berharga RM1,000,000. Gram emas tetap sama, tapi nilainya telah berbeza.

Tak perlu terus beli 4 kilogram jika rasa terlalu mahal. Beli sahaja 1 gram untuk bermula. Dengan emas, sedikit demi sedikit pasti akan jadi banyak.

Nak mulakan simpanan emas boleh PM saya. Saya bantu untuk bermula. Boleh bermula serendah RM100 atau harga 1 gram.

Emas; Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.

Klik sini
http://www.wasap.my/60178058755/emasRM100
#pengumuman

Update Terbaru Bayaran EPP

Jika nak buat bayaran EPP menggunakan FPX melebihi sekali, terbaru pelanggan boleh tick ✔️ kotak yang disediakan.

Jika tick 2 kotak, amount akan bertambah 2 kali.

Jika tick 3 kotak, amount akan bertambah 3 kali.

Terbaik Public Gold sentiasa Upgrade.

Macam mana nak buat order emas secara bayaran ansuran / EPP?

https://publicgold.me/farizahhamid
Beli Jual, Beli Jual
Yang "Win" (Beli Simpan Je)

Beli Jual, Beli Jual bermaksud beli emas ketika harga rendah, jual emas ketika harga tinggi secara kerap.

Golongan ini lebih cenderung sebagai "Gold Investor" (pelabur emas).

Mereka lebih memikirkan duit berganda bukannya gram emas. Duit berganda tapi gram emas akhirnya tiada.

Bagi golongan penyimpan, mereka beli dan simpan. Mainan harga bukan jadi ukuran. Ada duit lebihan terus ditukarkan kepada emas.

Akhirnya emas berganda, nampak macam duit tiada, tapi hakikatnya emas tu lah duitnya.

Apapun posisi anda, semuanya betul apabila ada tujuan dan matlamat.

Yang tak betul ialah beli/simpan/labur emas ikut orang dan trend. Akhirnya, dia pon tak tahu tujuan beli/simpan/labur emas.

Bila nak guna duit kena jual emas (sebab takde ilmu pasal arrahnu). Bila jual ada susut nilai.

Sayangnya, waktu jual harga tengah downtrend.

Akhirnya dia ada pengalaman pahit dengan emas, bukan kerana emas itu sendiri tetapi kerana diri sendiri yang tiada matlamat.

Percayalah, nanti dia akan ulang hal yang sama apabila datang trend baru.

Kredit Syawal Ameron