Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Gais,


Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

𝟏. 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.
Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚: 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐬𝐞𝐭
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.
Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

#NotaEmasSyukorHashim
Promosi malam ini sehingga 12 tgh esok
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.4098 gram
MYR 244 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 244 (Today)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 4 March 2021
Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang. Bila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli oleh setiap ringgit akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi.

Inflasi akan mengurangkan kuasa beli pengguna. RM50 pada hari hari ini tidak dapat membeli barang yang sama seperti 30 tahun yang lepas.

Bagaimana kita nak kekalkan kuasa beli duit ini?

Masuk pelaburan yang memberikan pulangan tahunan minima 4-5% setiap tahun. Seperti? ASB. Unit Trust.

Atau, alih ke dalam bentuk aset fizikal seperti emas, rumah dan tanah.

Boleh?

Kalau nak kekalkan kuasa membeli dalam bentuk emas, boleh WhatsApp saya di bawah.

Sebarang pertanyaan bole klik http://wasap.my/60177307520
Berbahagialah menambah gram dengan melihat harga yang murah😍

Jom mulakan tabung emas anda hari ini.
www.wasap.my/60177307520/NakBukaTabungEMas
Alhamdulillah.

Harga emas turun lagi.

Kawan-kawan, harga paling tinggi tahun ini adalah pada 6 Januari iaitu RM277.

Dan hari ini adalah harga terendah iaitu RM244.

Beza sebanyak RM33 bersamaan dengan 12%.

Adakah kita rugi beli semasa harga tinggi? Tidak.

Kenapa tidak? Sebab kita masih ada lagi emas dalam simpanan.

Adakah takut nak beli lagi? Tidak.

Kenapa tidak? Sebab masa harga turun la kita beli.

Selagi kita tak beli, selagi itu kita tidak ada benchmark harga peribadi.

Macam saya sendiri pernah beli pada harga RM288. Haha. Tenang je.

Thats why saya cakap harga sekarang ini murah. Dan rasa geram je nak beli lagi dan lagi.

Macam tu kata.

#CgFH
👩🏻‍🌾 Penyimpan Emas VS Pelabur Emas👩🏼‍🔬

No 1
===
👩🏻‍🌾 Penyimpan emas fokus kepada pertambahan gram

👩🏼‍🔬 Pelabur emas fokus kepada pertambahan RM

No 2
===
👩🏻‍🌾 Penyimpan emas akan pastikan dia konsisten simpan emas walaupun 1 gram supaya dia nak gram emas dia semakin bertambah.

👩🏼‍🔬Pelabur emas biasanya beli emas minimum 100 gram supaya dia nak nilai spread tu lebih rendah untuk dia dapat keuntungan dalam masa singkat.

No 3
===
👩🏻‍🌾Penyimpan emas dia akan jual apabila tercapai matlamat dia untuk simpan emas. Biasa mereka simpan lebih 3 tahun juga.

👩🏼‍🔬Pelabur emas aktif jual beli emas banyak kali dalam masa satu 1 tahun dan biasanya mereka ini pakar analisis teknikal harga emas terutamanya macam support, resistance, trend dan momentum.

Tak kisah kita yang mana 1 janji wajib ada simpanan emas.
Kata-kata mentor emas kami di Public Gold.
Satu tips untuk kita cepat belajar tentang emas adalah mula dulu, adjust kemudian.

Bila kita dah tau sikit-sikit tentang emas, terus mula walaupun 1 gram.

Selagi tak mula, banyak mana pun kita tanya, pasti susah nak faham. Sebab tak ada pengalaman simpan emas dan belum ada benchmark.

Lagipun 1 gram emas pertama tu bukan belanja hangus macam kita beli barang.

Kita hanya tukarkan bentuk duit kita pada emas, ianya masih bernilai dan makin bernilai.
Satu perkara saya belajar dari guru emas saya, jika mahu kaya, anda kena kumpul aset.

Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpulkan iaitu:

1. Tunai/matawang
2. Ekuiti
3. Aset yang menjana pendapatan tetap
4. Hartanah
5. Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, bagi orang kita pula, emas boleh dilabelkan sebagai matawang komoditi.

Matawang komoditi adalah matawang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham.

Emas tidak perlu dengan dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai.

Manusia terpaksa cetak nilai keatasnya.Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset maka anda kumpullah ia.

Dalam jangka masa panjang. Ia akan membina kekayaan untuk anda.

Nak mula simpan aset emas, klik link ni www.wasap.my/60177307520/NakSimpanEmas.

Saya bantu.
Sejarah Ayat 1000 Dinar‎ dan Kelebihannya

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎

Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan.

Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat.

Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.

Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎

Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‌‎1000 dinar.