Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Emas Sebagai Simpanan Kecemasan?

Secara teorinya, emas tidak sesuai untuk simpanan kecemasan. Sebab emas ni ada risiko naik turun harga. Sedangkan kecemasan tak kira waktu. Simpan sekejap, tiba-tiba ada kecemasan. Jual emas, mungkin rugi.

Itu secara teori.

Secara realiti pula, diberitakan bahawa masyarakat kita sukar untuk menyimpan walaupun RM1000 untuk tujuan kecemasan, bukan kerana gaji mereka kecil tapi kerana cara pengurusan wang yang tidak baik. Ada je yang gaji kecil yang mampu simpan kerana disiplin yang tinggi.

Jadi untuk mereka yang jenis ini, maka emas sesuai untuk jadi simpanan kecemasan. Biasanya mereka yang jenis ini mereka sendiri tahu yang mereka susah nak jaga perbelanjaan. Mereka sedar, cuma susah nak buat.

Untuk mereka yang sedar bahawa mereka sebenarnya mampu simpan duit, tapi gagal menyimpan wang kecemasan sekurangnya 3 kali gaji bulanan, emas sesuai untuk mereka mulakan.

Bagi golongan ini, mereka kena mulakan dengan simpanan emas fizikal, bukan simpanan emas akaun di bank. Beli emas daripada akaun tak apa, tapi terus keluarkan fizikal dan simpan fizikal.. daripada tak ada langsung simpanan kecemasan akhirnya ada juga 10 gram emas.... dan biasanya ia tak terhenti di situ.. akhirnya perbelanjaan tak perlu biasanya dipotong sebab sudah terbiasa simpan emas..

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
Tahniah kepada ahli baru dan pemegang pgcode PG00800000 (Pn. Aznom Binti Ishak) kerana berjaya miliki 1g emas secara percuma.

Psstttt... Berita baik untuk anda yang baru nak daftar sebagai ahli Public Gold.

Public Gold akan hadiahkan 5g Gold Bar kepada ahli baru yang berjaya memiliki pgcode PG00888888. Yang lagi best introducer bagi pgcode tersebut layak dapat 5g juga secara percuma.

Tunggu apa lagi?

Jom buka akaun emas Public Gold sekarang!

Boleh klik link di bawah untuk info lanjut👇👇👇
wasap.my/60178058755/naksimpanemas

Website ringkas/5 minit emas! Klik sini ok👇🏻
https://publicgold.me/farizahhamid
Salah satu strategi pelaburan emas adalah dengan membeli emas secara konsisten.

Ia membolehkan anda mendapat harga purata.

Di dalam jangka masa panjang (lebih 3 tahun) anda akan mendapati harga purata untuk emas anda akan berada di bawah harga emas semasa.

Satu lagi strategi pelaburan emas ialah dengan membeli ketika harga emas berada di support yang kuat (daily atau weekly support).

Yang nie agak panjang cerita, saya akan ceritakan di posting lain.

Saya mempunyai seorang customer, seorang cikgu yang bernama Kak Ita, yang konsisten membeli 1 gram emas setiap bulan untuk anaknya sejak tahun 2014.

Jadi dah 8 tahun kak Ita konsisten membeli emas. Waktu tu harga emas 999.9 segram hanyalah sekitar RM140.

Best kan jika mampu konsisten? 🥳 💪💪💪

#NotaEmasSyukorHashim
📌 BELAJAR KUMPUL ASET TIME MUDA 📌

Ramai yang tersedar lewat tentang pentingnya menguruskan kewangan yang betul.

Waktu terbaik nak mula belajar ilmu urus duit ni sebaiknya sebelum mula dapat gaji. Dari muda lagi belajar ilmu kewangan (personal finance)

Bila dah ada ilmu terus bertindak. Mula kumpul Aset untuk masa depan. Aset tak semestinya Rumah atau Hartanah ye.

Emas & Perak juga ASET bernilai untuk masa depan. Yang bestnya boleh kumpul sikit-sikit bermula serendah RM100

Nanti dah banyak gram EMAS dikumpul, boleh la beli ASET yg lebih mahal menggunakan emas

Kenapa anak muda perlu simpan emas?

Emas sangat bagus untuk matlamat masa panjang. Walaupun emas tiada dividen tapi nilainya naik berganda2 melebihi kadar dividen.

Sejarah dah buktikan emas naik 770% dlm 20 tahun yang lalu dan dijangka naik 600% pada 20 tahun akan dtg.

Apa kegunaan emas untuk anak muda?

Contoh:
1️⃣ Bina dana kawin dalam masa 3 tahun.
Simpan 1g sebulan selama 3 tahun, akan dapat 36g. Nilai 36g skg bersamaan RM9,478. Lagi 3 tahun, nilainya meningkat menjadi lebih RM10,000

2️⃣ Bina dana kecemasan 3-6 bulan gaji.
Sebenarnya lebih mudah mengumpul emas dari mengumpul RM. Sebab fitrah emas dan RM berbeza.

Fitrah RM adalah untuk dibelanjakan manakala fitrah emas adalah untuk disimpan. Dan mula beli emas memang akan ketagih nak beli emas lagi.

3️⃣ Kumpul emas untuk jadikan sebagai deposit kenderaan pertama.

Kalau kumpul RM mungkin susah, tapi kumpul emas senang sahaja sebenarnya dan yang paling utama, anda akan selamat dari ketirisan wang.
SOALAN: Mengapakah premium syiling yang kecil (contoh: 1 dinar) lebih tinggi daripada syiling 10 dinar?

JAWAPAN: Kos membuat syiling lebih kurang sama tanpa mengira saiznya. Jadi, premium yang dikenakan untuk syiling lebih besar (contoh: 10 dinar) lebih rendah kerana kos pembuatan boleh diratakan kepada jumlah emas yang lebih besar.

Secara amnya, premium untuk jongkong emas lebih rendah daripada syiling kerana ia kurangnya kos pengendalian. Sudah tentu, sebaliknya bagi barangan kemas kerana premiumnya lebih tinggi bagi menampung kos pembuatan dan pengendalian.

Cr: Tuan Azizi Ali Mentor Wang
SOALAN: Apakah itu emas putih?

JAWAPAN: Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).

SOALAN: Apakah itu bulion?

JAWAPAN: Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas adalah kedua-duanya bulion.
Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih 😃

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '𝒘𝒂'𝒂𝒅' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.