Gold Saving by Cg Farizah
490 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Duit yang kita simpan hari ni walapun nilainya bertambah setiap tahun, namun kuasa belinya semakin berkurangan.

Duit tu hanya pada 'nombor' sahaja tapi nilainya dah tak sama.

Contoh mudah, RM 1 sekitar 80-an dulu boleh dapat banyak barang berbanding RM 1 sekarang.

Emas? Salah satu fungsi emas adalah kekalkan nilai duit kita dalam jangka masa panjang.

Sebab tu, simpan 1gram emas pada tahun 1990-an, kita cuma perlu beri R M 30 pada tauke kedai emas.

Sekarang 1 gram emas yang sama dah cecah RM 250 ±..

Emas tetap 1 gram tetapi kita mendapat manfaat dari segi nilai ringgit tersebut yang selari dengan keperluan semasa.

Dah nampak bagaimana emas menguntungkan kita untuk jangka masa panjang? Bermula sekarang simpan emas,ok.

Now or Never...
"𝗧𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀."

Ya, dulu saya pun tak faham.
Saya mula simpan emas tahun 2017. Waktu tu harga sekitar RM170-RM180 sahaja.

Bila dah bermula, baru saya faham.

Sebenarnya, tak perlu pun fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas. Mula sahaja walaupun 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas.Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas. Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit.

Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

Dah faham kan? Jom mula simpan emas hari ini ya.

💐Nak daftar Akaun Emas GAP secara percuma, klik di sini:
https://publicgold.me/farizahhamid
BRANCH TIADA STOK. BAGAIMANA PG BAGITAHU STOK TIADA HAD?

Public Gold mampu supply emas tanpa had. Hatta kalau nak beli emas 100 kilogram sekalipun, Public Gold mampu supply dan sediakan stok dalam tempoh yang munasabah, walaupun harga emas jatuh mendadak.

Public Gold akan buat promosi untuk menggalakkan orang membeli emas ketika harga rendah. Berbanding pengeluar emas yang lain, mereka tidak boleh jual bila harga rendah.

Kita boleh booking emas mengikut ‘real-time’ harga emas dunia. Kalau harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh booking pembelian mengikut harga pukul 12.00 malam itu.

Bayaran boleh dibuat dalam tempoh 7 hari selepas lock harga dan urusan ambil emas dibuat kemudian.

Fasiliti ini sangat mesra pelabur (investor-friendly) di mana ia membolehkan kita jana keuntungan maksimum daripada pelaburan emas.
𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗞𝗜𝗧... #𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗯𝗲𝗹𝗶𝗸𝗶𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗻𝗸𝗲𝗰𝗶𝗸

Masihkah kau ingat pada waktu itu…

Gambar menunjukkan sebentuk syiling RM1 yang pernah digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990-an.

Kemana menghilangnya syiling ini🤔

Syiling ni dah tak laku saudara sekalian. Kenapa? Sebab semua wang kertas dan syiling yang kita gunakan sekarang adalah wang fiat (wang yang boleh dicetak dan dipaksa untuk menjadi bernilai di sesebuah negara oleh sesebuah kerajaan.

Pada masa akan datang, mungkin sahaja semua wang kertas yang digunakan boleh hilang nilai kuasanya kerana tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan yang memerintah.

Perkara ini telah berlaku pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu, tentera Jepun telah mencetak duit Dollar Japan untuk digunakan di Tanah Melayu. Mereka cetak sesuka hati sehingga nilai duit itu sendiri makin susut dan tidak bernilai. Setelah kekalahan Jepun, duit yang mereka guna itu langsung tiada nilainya. Cetakan duit yang tidak terkawal ini kita boleh lihat contohnya yang berlaku di Zimbabwe sehingga ke hari ini.

Berbeza pula kepada orang yang menyimpan emas ketika itu. Emas yang disimpan tetap bernilai. Tidak pula sesebuah kerajaan boleh menghilangkan kuasa emas. Maka terbuktilah kuasa emas sebagai aset kekayaan kita yang kekal lama dan tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapa pon.

Ada seorang rakan bertanya kepada saya,

“Bukankah kalau kita simpan RM100, selepas 10 tahun ia tetap RM100?”

Ya benar. Duit itu tetap tidak berubah angkanya iaitu RM100. Yang berubah adalah kuasa duit itu untuk membeli sesuatu. Berbeza dengan kuasa belian Emas.

Ambil tindakan segera dan mulakan simpanan EMAS anda hari ini. 👍🏼😊👍🏼
KENAPA SIMPAN EMAS?

1. Salah satu masalah yang berlaku apabila membuat simpanan dalam bentuk cash ialah wang simpanan itu asyik bocor! For one reason or another, ada sahaja kebocoran yang berlaku. Jadi wang yang sepatutnya menjadi simpanan asyik hilang sahaja.

2. Jika ini masalah anda, saya mempunyai solution untuk anda! Ini solutionnya – instead of membuat simpanan dalam bentuk cash, awak beli emas fizikal. Ya, gunakan wang yang dahulunya disimpan dalam bentuk cash (termasuklah di savings account) untuk membeli emas fizikal seperti dinar atau goldbar.

3. Basically, semua orang yang mengambil step ini menceritakan masalah kebocoran wang simpanan itu terus hilang!

4. Jadi jika anda belum melakukkannya, cuba beli dinar atau goldbar, dan experience situasi indah ini sendiri!

Yes, indah!

# Do your own research
# Not financial advice
Tuan Azizi Ali
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Jangan tukar semua simpanan duit kita menjadi emas. Tukar antara 10%-20% sahaja simpanan bersih menjadi emas. Beli emas dengan duit yang dalam tempoh 3-5 tahun kita tak akan usik dan guna.

12. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas
#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
FAHAM KE FAHAM?

1. Tak simpan emas, tak salah pun. Yang salah adalah tidak menyimpan langsung.

2. Kita ada ASB, TH, UT, Emas, PRS, Wahed Invest, Raiz, etc. Ada banyak platform untuk menyimpan. Pilihlah yang mana anda selesa.

3. Saya takkan suruh anda guna duit belanja dapur untuk simpan emas.

4. Nak simpan emas? Guna duit yang anda tak nak sentuh minimum 3 tahun.

5. Nak beli emas hari ni dan jual esok, mahupun bulan depan? Lupakan saja, anda masih belum faham tentang simpanan emas.

6. Apa-apa bentuk simpanan atau pelaburan perlukan ilmu. Belajarlah dan terus belajar.

Untuk mulakan simpanan emas & memerlukan bimbingan meh wasap. In shaa Allah saya sudi membantu anda untuk mulakan 😊

http://www.wasap.my/60178058755/emasRM100
ANTARA 2 KETAKUTAN

Siapa tak tahu pasal emas, mereka takut nak beli emas. Mereka takut harga emas jatuh ataupun hilang dicuri orang. Ini hal biasa antara penyimpan dan pelabur emas amatur. Ketakutan ini boleh hilang dengan ilmu.

Sebaliknya siapa yang tahu pasal ilmu emas, mereka takut tak simpan emas. Bila ada emas barulah mereka rasa kekayaannya lebih 'selamat' dan terjamin. Ini kesan nya bila ada ilmu dan terus bertindak tanpa melihat ke belakang.