Public Gold Bijak Simpan Emas
183 subscribers
1.14K photos
88 videos
26 files
404 links
Saya kongsi tips mudah simpan goldbar/barang kemas.
1 family,1 KG Emas.
Jom share channel ni dgn kwn2 anda

website : https://publicgold.me/izzatiismail

WA : https://bijaksimpanemas.wasap.my/
Download Telegram
Harga emas 6 tahun lepas. Murah ke murah gais?
Fungsikan Emas...

Emas adalah duit sejak beribu tahun dahulu, sejarah telah membuktikan bahawa emas bernilai dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Hari ini ramai yang anggap emas adalah aset pelaburan, ianya disebabkan oleh faktor duit kertas yang telah menggantikan fungsi emas dalam transaksi jual beli seharian kita.

Saya kongsikan beberapa fungsi emas dalam kehidupan kita seharian;

1. Duit simpanan; simpan duit di bank susah tapi jika simpan duit dalam bentuk emas sangat senang. Nak kumpul RM10,000 duit tunai susah tapi nak kumpul 40 gram emas sangat senang.

2. Aset pelaburan; harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas pada masa akan datang. Diantaranya adalah ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang MYR.

3. Dana kecemasan; duit yang disimpan dalam bentuk emas susah untuk bocor (dibelanjakan), ramai yang simpan duit gagal disebabkan oleh godaan banyak nombor dalam akaun bank. Nafsu belanja terus hilang bila simpan emas sebab semua nombor dalam akaun bank tersebut dah jadi gram emas.

4. Modal perniagaan; emas boleh dijadikan aset syarikat dan modal pusingan bila diperlukan. Bila harga emas naik, nilai aset syarikat pun bertambah. Bila syarikat perlukan dana untuk kembangkan perniagaan, emas boleh dijual atau digadai untuk dapatkan duit tunai segera.

5. Dana persaraan; emas adalah simpanan untuk jangkamasa panjang. Statistik membuktikan harga emas boleh naik sehingga 700% dalam masa 20 tahun, purata 35% setahun. Satu simpanan yang menjadi pelaburan dalam masa yang sama.

6. Dana pendidikan anak-anak; emas juga boleh dijadikan dana pendidikan anak bermula dari umur 1 bulan. Ibu bapa boleh mula simpan #satugramsatubulan emas sehingga anak berumur 18 tahun, jumlah simpanan boleh mencecah 216 gram bersamaan dengan ±RM57,000 hari ini.

Diatas adalah fungsi emas yang kita boleh tulis diatas kertas, ada juga fungsi emas yang kita tak sedar ianya banyak membantu kita dalam membina kewangan kita pada masa depan.

Fungsi emas yang ramai tak sedar adalah ianya memupuk tabiat menyimpan secara berdisiplin dan membuang penyakit boros. Sedar tak sedar kita mampu menilai setiap sen perbelanjaan kita kepada perkara keperluan sahaja.

Jadikan emas sebagai alat untuk mencapai matlamat kewangan kita pada masa depan. Mulakan dengan 1 gram pertama, insyaallah gram yang seterusnya akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba guys!😉
SUSUT NILAI

Susut nilai hanya berlaku kepada emas perhiasan (cincin, gelang, rantai, dsb); Susut nilai tidak wujud dalam emas pelaburan seperti dinar, goldbar dan coins. Ini adalah satu sebab mengapa kita patut pilih emas pelaburan jika hendak melabur dalam emas.

Jika awak nak melabur dalam emas, maka emas pelaburan seperti dinar, goldbar dan coins merupakan pilihan yang lebih baik kerana ianya tidak susut nilai seperti yang berlaku kepada emas perhiasan (cincin, gelang, rantai, dsb).

Ofkoz, jika awak nak beli emas perhiasan sebagai perhiasan diri, go ahead sajalah.
Gais.

Hari ini, seorang suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan tanpa income yang tetap telah menghubungi saya.

Katanya dia nak beli 100gram emas.

Yang lawaknya adalah dialog beliau sebelum beli emas.

“Dik.. berapa harga gold bar 100g sekarang?”

“Dalam RM27,500++ macam tu kak” balas saya.

“Fuh! Mahal juga harga emas sekarang nie ye. Dulu akak beli kat awak murah lagi kan? (Merujuk kepada belian dia tahun lepas 100g).

“Mahal pun akak nak beli lah seketul 100g” cakap kakak tersebut.

“Boleh… boleh… nanti kita jumpa” balas saya.

Sejam kemudian, saya pun jumpa dia… lepas tu kitorang borak borak…

“Syukor… akak nie teringin nak bebas hutanglah… sekarang akak ada hutang rumah RM190k lebih dan hutang kereta RMxx lebih”

“Boleh tak akak simpan emas… pastu kalau harga dah naik banyak, akak jual emas dan bayar hutang?”

Saya cakap.. “ya boleh. Kalau akak ada untung bisnes, simpan sebahagian dalam bentuk emas.

Kemudian bila harga naik, akak jual emas tu dan settlekan hutang. Takde masalah”

Kalau harga emas belum naik dan akak nak pakai duit sementara, maka akak boleh gadaikan sekejap di Arrahnu” balas saya.

“ Saya ada pengalaman gadaikan 1kg emas sebab nak pakai duit (100g x 10 keping)”

“Saya juga ada pengalaman gadaikan emas sehari sahaja sebab nak pakai cash kejap” balas saya.

“Perlu ke akak tukar semua duit simpanan akak jadi emas?” Tanya akak.

“Eh.. tak perlu… akak pun kena standby cash jugak. Kot-kot ada emergency malam-malam buta” balas saya.

“Oklah… nanti harga emas naik, akak contact awak semula ya” balas akak.

“Haah.. boleh-boleh… jual ajer balik kat saya semua tu. Saya beli”. Balas saya.

“Ok, bak sini 100gram tu. Akak transfer duit sekarang” balas akak.

Lepas tu saya pun bagi 100gram BungaMas kat dia. Happy member 🥰

Gais.

Sebenarnya, saya pun terkejut dengan kemampuan akak yang buat bisnes kecil-kecilan kat rumah, tapi mampu beli 200g emas (100g tahun lepas dan 100g hari ini).

Akak nie sangat low profile.

Dia pakai beg tangan As-salihin, bukan beg tangan ribu riban masa jumpa saya (syarikat As-salihin yang buat wasiat dan perancangan harta pusaka tu) Itu pun saya rasa dia dapat beg free, sebab dia tak promote As-salihin kat saya 🤣

Semasa kami jumpa, dia cakap yang dia mai dengan grab car ajer.

Dia sangat simple.. sangat low profile.

Tetapi emas dia beratus gram gais 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Buka wasap. Ramai pula tanya bila masa sesuai nak simpan emas.

Okay. Nak simpan emas ni, mula je terus. Ada duit kat tangan atau dalam bank, terus alihkan pada emas.

Alihkan 5%-10% saja. Bukan semuanya. Atau mula je dari 100. Simpan dalam akaun emas GAP Public Gold.

Jangan tunggu lama-lama ya. Takut nanti terpakai atau terguna je duit tu. Hihi!.

Izzati
Selamat tengahari all,

Menara we bought has been OFFICIALLY renamed to Menara Public Gold
PG dah beli bangunan di jalan tun razak ya. Now dah offficially renamed as Menara Public Gold.

New corporate office di sini.
Dulu dikenali sebagai Menara JCorp
Gais.

Malam nie harga emas naik mendadak daripada 1955 usd /oz kepada 1972usd/Oz dalam tempoh 2 jam.

Apa sebabnya?

Jawapannya data inflasi US yang dikeluarkan pada malam ini menunjukkan inflasi di US bulan lepas (Mac 2022) meningkat kepada 8.5%.

Kadar ini adalah yang tertinggi sejak tahun 1981 iaitu 41 tahun yang lalu.

Perang di Ukraine menyumbang kepada peningkatan harga minyak menyebabkan kadar inflasi melonjak di US.

Selain itu, peningkatan kasar sewa, gas dan makanan turut menyumbang kepada inflasi.

Gais,

Dalam situasi inflasi yang tinggi, harga emas dan perak akan melonjak naik. Ini kerana kedua-dua logam ini dianggap sebagai perlindungan daripada inflasi.

Namun untuk kita di Malaysia, kita simpan emas sebagai pelaburan jangka panjang. Tambahkan gram dari masa ke semasa.

InsyaAllah anda akan tersenyum 😃
Hi Semua. EPP10 is back.

1dinar bayar 10x
10gram bayar 10x.

Apa lagi. Boleh Lock gais.
Lemah betul MYR jika dibandingkan dengan USD. Simpan cash & emas gais. Tangguhkan hajat kalau nak beli apa2 yang baru. Duit yang ada guna sebaiknya. Jangan joli.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

*Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin*

Ikhlas dari Izzati dan Keluarga.
Hi semua. Selamat Hari Raya. Harga emas murah, hari ini rm281/gram.

Pls buy min rm100 ya. Aktifkan acc semula jika sudah lama x buat belian.

Simpanan yang telah kita bina selama beberapa tahun ini, jangan biarkan begitu saja. Rugi gais.