Public Gold Bijak Simpan Emas
184 subscribers
1.14K photos
87 videos
26 files
402 links
Saya kongsi tips mudah simpan goldbar/barang kemas.
1 family,1 KG Emas.
Jom share channel ni dgn kwn2 anda

website : https://publicgold.me/izzatiismail

WA : https://bijaksimpanemas.wasap.my/
Download Telegram
Lawa tak dinar emas ini?. Mestilah lawa.

Har ga pun dah lawa. Yela, semalam saja dah turun banyak. Memang peluang baik untuk mula atau tambah gram.

Bagi yang berhajat nak lekatkan dividen ASB, I-Lestari, I-Sinar dan sebagainya; lekas mula sekarang. Masa itu emas. Lambat melepas pula.

Jadikan sebagai tabung persaraan, tabung kecemasan atau tabung umrah/haji.

Izzati

#AmazingJE24K #emasviral #wanitabijaksimpanemas #publicgold
Bagi penyimpan dan pelabur emas, kalian perlu tahu apa itu Public Gold. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, pasti suka.

1. Public Gold adalah syarikat jual beli emas dan perak terbesar di Malaysia dan sudah berkembang di Singapura dan Indonesia.

2. Sudah lebih 12 tahun beroperasi dengan 17 cawangan di setiap negeri dalam Malaysia, 1 di Singapura dan 1 di Indonesia.

3. Syarikat emas (bukan institusi kewangan) pertama yang dapat sijil patuh shariah untuk semua transaksi jual beli emas dan perak.

4. Public Gold bekerjasama dengan GLC Pos Malaysia dan emas keluaran Public Gold juga dijual di lebih 72 cawangan Pos ArRahnu.

5. Public Gold bukan sekadar membekalkan emas dan perak tetapi juga memberi pendidikan emas dan perak kepada masyarakat dengan menyediakan seminar percuma setiap bulan. Sekarang guna FB Live atau Zoom Webinar saja. Lagi mudah dan ramai ramai bileh join.

6. Ada Muzium Emas Pertama di Asia Tenggara terletak di Penang untuk tujuan pembelajaran. Boleh datang cari ilmu di sini. Ada 50kg emas dan boleh cuba mendulang emas.

7. Tiada yuran dikenakan untuk beli emas Public Gold. Bayar emas dapat kod ahli secara percuma.

8. Harga Public Gold sama untuk semua. Ahli, bukan ahli ataupun dealer. Malah harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.

9. Beli emas serendah RM100 mengikut kesesuaian bajet pembeli. 3 kaedah pembayaran dan boleh pilih cash & carry, easy payment purchase (bayar 4x / 10x), gold/silver accumulation program (GSAP).

10. Dengan pembelian emas tertentu akan diberi dealership secara percuma dan diberi training dengan sistem yang betul untuk membina empayar bisnes bersama Public Gold.

11. Pelbagai design yang menarik sesuai dengan tema boleh dijadikan pilihan.

Cukup la dulu yang itu. Kalau nak cerita lagi banyak sangat kelebihan Public Gold yang buat saya jatuh cinta berkali-kali ❤️

Owh..Public Gold jamin beli balik emas Public Gold walaupun dah rosak, kemek, patah ataupun terbuka seal.

Izzati Ismail
Simpan emas dengan ilmu. Jom belajar

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral #wanitabijaksimpanemas
Ketahui cara terbaik untuk simpan 1gram 1bulan.

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan.

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas.

Izzati
Simpan biar konsisten, baru ada hasil

#wanitabijaksimpanemas #publicgold
#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Analisa harga emas minggu ini. Menarik untuk dibaca kerana ada peluang baik untuk mula atau tambah gram emas masing-masing. Bismilllah...

Harga emas ditutup rendah pada USD1826/Oz.

Antara sebab yang mempengaruhi penurunan harga emas adalah data ekonomi US yang teruk.

Ekonomi yang menguncup akibat covid19, data inflasi yang rendah di US dan data pekerjaan yang kurang memberangsangkan. Semua sebab ini dilihat menjadikan pelabur takut lalu menjual saham dan emas dan perak untuk memegang tunai.

Situasi ini pernah berlaku pada bulan 3 tahun 2020 di mana ketakutan terhadap covid-19 begitu tinggi sehingga menyebabkan seluruh pasaran jatuh.

Kita melihat situasi ini bakal berulang.

Analisa:

Sekarang emas berada pada harga support USD1826. Ini adalah harga support yang kuat (tengok gambar 1)

Jika diukur gunakan Fibonacci Retracement, ini adalah penurunan di bawah level 61.8 (tengok gambar 2)

Secara teknikal, ini adalah harga yang cantik. Membeli emas pada harga support adalah idaman setiap pelabur :)

Bagaimana prestasi emas minggu depan?

Kita kena tengok news news besar perjalanan angkat sumpah Joe Biden.

Kemudian reaksi president Trump dalam tempoh 4 hari ini. Adakah akan wujud drama yang tak masuk akal pada minggu terakhir beliau menjadi presiden?

Ikhlas cakap. Minggu depan adalah minggu yang mencabar :)

Tapi kalau nak tambah stok emas. Beli aja. Harga bagus. 1kilo pun ada kalau nak. Hihi!.

Izzati
Buy Low Sell High

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral #wanitabijaksimpanemas
Alhamdulilllah. Empayar bisnes kami #emasviral semakin berkembang dengan bimbingan padu dari mentorship #AmazingJE24K. Ibarat kecil-kecil cili padi. Hihi!.

Setiap bulan semakin bertambah kawan-kawan yang mula himpun emas. Sebulan 300 orang, setahun leh dapat 3600 orang. Wow!.

Semua orang boleh himpun emas. Ada doktor, peguam, jurutera dan berniaga sendiri. Ada juga suri rumah, makcik cleaner dan pakcik tukang kebun.

Apa pun kerja kita, himpunlah emas. Himpun emas sikit sikit, lama lama jadi bukit kawan. Terus mula sekarang atau tahun depan kita akan menyesal.

Mulakan sekarang agar tahun depan kita boleh nampak perbezaan.

Beli emas jangan sampai lemas. Kita beli emas yang betul. Kami sedia bantu dan bimbing.

Nak join team kami?. Calling calling la...

Izzati
Priority Dealer Public Gold
Saya mencari mahasiswa/mahasiswi di IPTA/IPTA/Kolej yang ingin menyimpan emas sambil berniaga. Diploma, Degree, Master dan sebagainya boleh ya.

Pastikan ada kad pelajar dan masih valid. Latihan dan bimbingan akan diberikan. InsyaAllah.

Ada daya usaha sendiri dan rajin. Sertai kami di #amazingje24k dan team #emasviral.

Ibu bapa yang ingin sponsor anak-anak mereka pun dialu-alukan. Kami ada proven dan usahawan berjaya.

Dulunya seorang pelajar. Habis belajar tiada kerja dan dia buat bisnes Public Gold ini. Alhamdulillah berjaya.

Izzati
Nak bantu adik-adik berjaya

Klik https://bijaksimpanemas.wasap.my/dealerstudent
Gais,

Antara orang yang boleh menceritakan kelebihan emas adalah mak anda.

Cuba try tanya emak anda. Bagus tak simpan emas?
Macam kes saya. Mak saya sangat menyokong bila saya cakap nak beli emas.

Sebab mak saya ada pengalaman membeli emas ketika dia muda-muda. Kemudian bila dia simpan lama maka dia dapati harganya semakin naik.

Mak saya juga ada pengalaman menggadaikan emas untuk membeli tanah di Langkawi. Jadi bagi mak saya, emas adalah harta yang boleh membantu kita waktu memerlukan tunai segera.

Nak dijadikan cerita, saya dapat satu lagi kisah bagaimana seorang mak menasihatkan anaknya untuk simpan emas.

Hal ini diceritakan oleh cikgu Lowoyon Elod Jiviol dari Sabah.
Satu hari, cikgu Lowoyon nak belikan maknya hadiah. Jadi beliau tanya mak dia "Mak, mau hadiah barang xyz atau nak emas?"

Mak dia reply "Mak mahu emas"

Cikgu Lowoyon Elod Jiviol tanya mak dia "Kenapa mahu emas?"

Maknya menjawab.

"Emas nie bagus bah... kalau kau tiada wang, kau mahu pinjam kat orang (kawan-kawan atau ahli keluarga), nanti mereka akan cakap-cakap belakang kau"

"Kalau kau mahu pinjam wang dari along, nanti kau boleh jatuh susah bah"

"Kalau kau ada emas, kau boleh gadai dan dapat duit... kau tak perlu pinjam dengan siapa-siapa"

Mendengar jawapan maknya, barulah cikgu Lowoyon sedar bahawa emas nie bukan sekadar boleh jadi hadiah untuk, namun ia berguna pada saat-saat memerlukan.

Kemudian saya cakap kat Cikgu Lowoyon "Cikgu, biasanya kalau mak cerita macam itu, biasanya dia mesti ada pengalaman. Samada pengalaman sendiri atau tengok pengalaman orang"

Saya sambung "Cikgu sudah ada kisah yang unik. Bukan semua orang ada pengalaman seperti ini"

"Apatah lagi orang yang cuma tahu emas nie sebagai simpanan dan pelaburan. Harga naik jual dan dapat untung"

"Mereka tak faham yang emas nie boleh jadi harta. Kalau pakai barang kemas, itu ibarat harta yang dipakai di badan"

"Emas juga juga diwariskan kepada orang tersayang. Nanti ia ada sentimental value. Kalau sesak-sesak nak pakai duit, emas boleh jadi talian hayat" sambung saya.

Guru emas saya ada berkata.

"Beli dan simpan emas sebagai harta.
Jika berlaku malapetaka, ia boleh diguna. Jika tiada malapetaka, maka wariskan emas tersebut kepada keturunan awak".

#wanitabijaksimpanemas #emasviral #amazingje24k
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU.

Minggu gaji semakin hampir. Hari paling gembira bagi yang mereka yang makan gaji. Haha!.

Untuk pastikan kegembiraan itu bertahan lama, nasihat guru-guru kewangan, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk simpan dalam bentuk emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Ianya akan jadi simpanan KALIS BOROS.

Cepat mula, cepatlah target simpanan tercapai.

#EmasViral
#AmazingJE24K
Al kisah pajak gadai.

Kelihatan masih ramai orang yang beratur di pajak gadai dan kadang-kadang sampai menunggu giliran diluar. Kedai emas penuh. Pajak gadai pun penuh.

Tujuannya ialah untuk memajak barang berharga (biasanya emas) untuk mendapatkan duit segera.

Di sini saya nak bagi sedikit tips.

Gunakan pajak gadai Islam (ArRahn). Ada 2 sebab.

Sebab pertama adalah untuk mengelakkan terlibat dengan riba.

Arrahn pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah/riba atas pinjaman sebaliknya mengenakan upah simpan keatas barang yang digadaikan. Riba adalah dosa besar dalam Islam. Jangan terlibat.

Kedua, yang penting penting penting (got it?) ialah bagi mengelakkan daripada penindasan.

Dah ler orang yang pergi gadai tu biasanya susah dan kesempitan duit, jika mereka tak boleh bayar dalam tempoh yang ditetapkan maka risiko penindasan sangat tinggi.

Contoh penindasan adalah jika anda gagal membayar pinjaman dan faedah, biasanya pajak gadai konvensional akan mengambil barangan anda menjadi milik mereka dan anda tidak mendapat sebarang pampasan. Zero.

Arrahn pula tidak sesekali berbuat demikian.

Jika anda gagal membayar pinjaman dan upah simpan, Arrahnu akan melelong emas anda.

Namun hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk menebus semula pinjaman dan upah simpan (serta kos-kos berkaitan lelongan) dan jika ada lebihan maka lebihan itu akan DIPULANGKAN kepada penggadai.

Arrahn tidak akan mengambil hak anda. Mereka cuma ambil hak mereka.

Namun malang sekali sebab masih ramai lagi orang di luar sana tak tahu menahu pasal pajak gadai Islam Arrahnu.

Mereka masih menggunakan pajak gadai konvensional untuk mendapatkan duit.

Begitulah. Jika ada pandangan lain, sila komen. Sharing is caring.

Izzati
Ada pilihan, pilihlah yang lebih baik

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Al kisah pajak gadai.

Kelihatan masih ramai orang yang beratur di pajak gadai dan kadang-kadang sampai menunggu giliran diluar. Kedai emas penuh. Pajak gadai pun penuh.

Tujuannya ialah untuk memajak barang berharga (biasanya emas) untuk mendapatkan duit segera.

Di sini saya nak bagi sedikit tips.

Gunakan pajak gadai Islam (ArRahn). Ada 2 sebab.

Sebab pertama adalah untuk mengelakkan terlibat dengan riba.

Arrahn pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah/riba atas pinjaman sebaliknya mengenakan upah simpan keatas barang yang digadaikan. Riba adalah dosa besar dalam Islam. Jangan terlibat.

Kedua, yang penting penting penting (got it?) ialah bagi mengelakkan daripada penindasan.

Dah ler orang yang pergi gadai tu biasanya susah dan kesempitan duit, jika mereka tak boleh bayar dalam tempoh yang ditetapkan maka risiko penindasan sangat tinggi.

Contoh penindasan adalah jika anda gagal membayar pinjaman dan faedah, biasanya pajak gadai konvensional akan mengambil barangan anda menjadi milik mereka dan anda tidak mendapat sebarang pampasan. Zero.

Arrahn pula tidak sesekali berbuat demikian.

Jika anda gagal membayar pinjaman dan upah simpan, Arrahnu akan melelong emas anda.

Namun hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk menebus semula pinjaman dan upah simpan (serta kos-kos berkaitan lelongan) dan jika ada lebihan maka lebihan itu akan DIPULANGKAN kepada penggadai.

Arrahn tidak akan mengambil hak anda. Mereka cuma ambil hak mereka.

Namun malang sekali sebab masih ramai lagi orang di luar sana tak tahu menahu pasal pajak gadai Islam Arrahnu.

Mereka masih menggunakan pajak gadai konvensional untuk mendapatkan duit.

Begitulah. Jika ada pandangan lain, sila komen. Sharing is caring.

Izzati Is
Ada pilihan, pilihlah yang lebih baik

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
#AuraSimpanan

Jika anda seorang yang boros, simpanan terbaik untuk anda adalah simpanan paksa diri. Simpanan paksa diri pun kena simpan dalam bentuk yang susah untuk bocor. Sebab bagi orang yang boros, selalunya simpanan mereka pastinya mudah bocor. Simpan, simpan kemudian tekan balik untuk keluarkan dan akhirnya simpanan memang tak lekat.

Jadi simpanan yang terbaik untuk mereka adalah simpanan emas sebab emas memang susah untuk bocor. Selalunya yang boros ni bila mula dengan simpanan emas pastinya simpanan mereka lekat dan pastinya bertambah setiap bulan. Dengan emas, kita tak akan menjualnya semata-mata hanya untuk menukar sport rim atau shopping jubah atau tudung. Kita hanya akan jual atau pajak emas kita bila betul-betul terdesak sahaja. Kannn..

Nak simpan emas ni pun kita wajib tahu emas yang bagaimana kita nak simpan. Seeloknya bukalah "Akaun Simpanan Emas" atau dinamakan GAP oleh Public Gold. Kita boleh bermula hanya seminimum RM100 sahaja. Kita boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa, janji kena ada minimum balance 1gram. Boleh keluarkan dalam bentuk goldbar atau dinar, ikut pilihan hati.

Lagi cantik kalau dapat buat potongan gaji menerusi bank setiap bulan. Buat arahan sekali sahaja, akan dipotong setiap bulan untuk di masukkan dalam akaun GAP ni. Sangat mudah.

Dari emas tukarkan ianya menjadi sebagai deposit rumah, baru la si gadis terpikat dengan teruna yang ada wawasan dan si teruna pulak tergoda dengan gadis yang bijak.

Yang nak tahu lebih lanjut boleh la wasap saya

Saya bantu sampai berjaya.

#AmazingJE24K #emasviral #wanitabijaksimpanemas