Belajar Asas Blog Penulisan dan E-book
17 subscribers
30 photos
7 files
7 links
Kelas Online Asas Blog Penulisan | Modul Tulis dan Terbit E-book Sendiri | Khidmat Penyuntingan Naskhah
Download Telegram
*Penyuntingan Manual dan Pada Skrin*

Manuskrip yang bertulisan tangan, ditulis menggunakan mesin taip atau yang dicetak dalam bentuk salinan keras (hard copy) akan disunting secara manual melalui penggunaan tanda pruf. Manuskrip berbentuk salinan lembut (soft copy) biasanya akan disunting langsung pada skrin (on screen). Suntingan pada skrin boleh dilakukan dengan bantuan fungsi Track Changes pada Microsoft Words.
*Pantang Larang Sebelum Menghantar Manuskrip Kepada Editor/Penerbit*

• Manuskrip yang terlalu banyak kesalahan ketara seperti ejaan dan tatabahasa asas. Keadaan ini menunjukkan penulis tidak membaca semula selepas siap menulis.
• Sesuatu perenggan terlalu panjang. Hadkan satu perenggan kepada 7 ke 10 baris sahaja untuk beri keselesaan membaca, sebagai contoh.
• Penggunaan tanda seru, tanda soal dan koma yang berlebihan. Mohon elakkan (!!!), (???), (,,,).
• Menggunakan petikan teks tanpa memberi kredit kepada penulis asal. Lebih buruk lagi jika menyalin sebahagian besar teks seolah-olah ditulis sendiri. Keadaan ini biasa berlaku apabila memetik puisi. Mohon elakkan. Editor yang senior biasanya tahu walaupun penulis tidak mengaku. Elakkan plagiat, jadilah penulis yang beretika.
• Penggunaan huruf kecil dan huruf besar yang tidak konsisten.
• Menulis melebihi jumlah perkataan atau bilangan halaman yang dibenarkan. Mohon patuhi spesifikasi yang diberi oleh penerbit kerana hal ini berkaitan dengan masa yang diambil untuk memproses manuskrip dan proses mencetak.
• Menghantar manuskrip yang tidak menepati tema atau genre penerbit. Kaji dahulu latar belakang penerbit sebelum menghantar karya.
• Meminta editor menulis semula teks. Kalau sedikit, itu sebahagian tugas editor untuk menambah baik manuskrip. Jika terlalu banyak, lebih baik letakkan nama editor sebagai penulis bersama!
• Editor biasanya menyunting beberapa manuskrip dalam satu masa. Elakkan bertanya tentang manuskrip terlalu kerap. Lazimnya manuskrip mengambil masa 2 bulan peringkat penilaian. Usah terlalu mendesak.
_Yang disenaraikan adalah pemerhatian dan pendapat peribadi penulis sahaja berdasarkan pengalaman kerja. Ia mungkin berbeza daripada editor/penerbit lain._
*Format Manuskrip*
Saiz: A4
Rupa taip (font type): Times New Roman/Arial
Saiz rupa taip (font size): 12 pt
Jarak: Langkau 2 baris (Double spacing)
Persembahan manuskrip yang mengikut format yang ditetapkan penerbit, dan manuskrip yang kemas dan bersih mampu meningkatkan peluang buku diterbitkan. Jika penerbit ada menggariskan kriteria yang tertentu, mohon patuhi untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Yang dinyatakan di atas adalah panduan asas sahaja. Spesifikasi manuskrip boleh berubah mengikut penerbit.
*Alat Bantu dalam Penyuntingan*

Untuk memudahkan proses penulisan dan sunting kendiri.

1. Kamus utama seperti Kamus Dewan, Kamus Dwibahasa, Oxford Dictionary atau Websters Dictionary. Terkini, Kamus Dewan Perdana (2020).
2. Buku berkenaan penggunaan bahasa seperti Daftar Ejaan, daftar istilah, Tatabahasa Dewan, daftar tentang peribahasa, kosa kata dan sebagainya.
3. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk dan bidang yang ditulis.
4. Ensiklopedia utama.
5. Buku panduan gaya seperti Gaya Dewan, The Chicago Manual of Style, The American Official Publication Manual dan yang berkaitan.
6. Senarai pakar bidang jika memerlukan ulasan atau pembaca kedua.

Secara dalam talian

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
www.prpm.dbp.gov.my

Dictionary.com
www.dictionary.com

Dewan Bahasa dan Pustaka
www.lamanweb.dbp.gov.my

DBP Sah Bahasa
www.dbpsahbahasa.my

Merriam-Webster's Learner's Dictionary
www.learnersdictionary.com

Gerbang Kata
www.ekamus.dbp.gov.my
Tanda pruf ini adalah mengikut buku Gaya Dewan terbitan DBP. Secara umumnya, kebanyakan editor menggunakan simbol begini untuk menanda manuskrip. Penulis tak wajib tahu, cuma untuk pengetahuan sahaja.
*Reka Letak, Atur Huruf*

Reka letak (layout) adalah susun atur bahan bertulis, fotograf atau hasil seni dalam buku dan sebagainya.
Atur huruf (setting) adalah penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan utk tujuan percetakan.

Reka bentuk adalah susunan keseluruhan buku bermula daripada bahagian awalan, bahagian kandungan dan bahagian akhiran. Manakala reka letak halaman adalah cara pereka letak halaman menyusun kandungan buku berasaskan manuskrip yang disediakan.

Secara umumnya manuskrip mengandungi 2 komponen utama iatu teks dan bahan grafik. Teks dan bahan grafik adalah nadi kepada kandungan buku. Konstrak bahagian kandungan buku dibina berasaskan bab. Sesuatu buku akan mengandungi beberapa bab. Dan di dalam bab itu pula mengandungi sub bab atau sub sub bab.

Hujah kandungan dibuat disokong oleh bahan grafik yang terdiri daripada gambar, ilustrasi, rajah, peta, jadual dan sebagainya.

Tugas designer atau pereka bentuk untuk menjadikan semua yang ada dalam manuskrip dalam bentuk halaman buku yang menarik. Disinilah pengalaman dan pengetahuan berkaitan rekaan dan reka bentuk halaman berprofil tinggi diperlukan. Buku yang direka bentuk dengan kemas dan menarik dapat bantu pembaca membaca dengan selesa.
*Gambar, Foto, Imej Grafik, Ilustrasi*
Sekiranya naskhah tersebut memerlukan carta atau gambar yang dilukis, editor boleh berhubung dengan pereka grafik untuk menghasilkan gambar yang diingini, dengan nasihat daripada penulis.

Setiap gambar, carta, imej, ilustrasi akan dilabel untuk memudahkan rujukan. Sumber gambar juga perlu dinyatakan sebagai menghargai tuan punya gambar. Berikan kredit kepada setiap ilustrasi yang digunakan.
*Pembacaan Pruf*

Pembacaan pruf (proofreading) ialah proses menyemak dan membaca pruf yang diberikan oleh pencetak sebelum buku tersebut dihantar untuk cetakan sebenar.

Pembaca pruf tugasnya untuk membaca dan meneliti pruf serta membetulkan sebarang kesilapan yang didapati.

Pruf ialah salinan percubaan (karangan dan sebagainya) yang perlu dibandingkan dengan manuskrip asal untuk meneliti sebarang kesalahan cetak.
*Percetakan*

Sebelum buku mula dicetak, pihak pencetak perlu dimaklumkan perkara-perkara berikut:
• Jumlah buku yang ingin dicetak
• Bilangan halaman buku
• Saiz buku
• Bilangan halaman berwarna
• Jenis kertas
• Jenis jilidan
• Tempoh masa untuk mencetak (jika perlu)

Semua perkara ini, jika ada penambahan, memerlukan kos dan masa tambahan. Atas sebab itu, penulis/penerbit tidak boleh sewenang-wenangnya mahu buat pindaan. Jika ingin memasukkan halaman berwarna, kos akan bertambah.
*Penyuntingan Bahasa*

1. Utamakan padanan perkataan dalam BM jika ada.
Contoh:
application = aplikasi (boleh diganti dengan penggunaan, penerapan)
argument = argumen (boleh diganti dengan perbalahan, pertikaian)
audience = audiens (boleh diganti dengan penonton, hadirin)
complex = kompleks (boleh diganti dengan rumit, sukar)
2. Penggunaan Kata Nama Khas
Kata nama khas seperti nama individu, nama jalan, nama tempat, nama organisasi atau pertubuhan perlu dipastikan ejaan yang betul.
Nama jalan juga perlu dipastikan nama yang terkini kerana ada sesetengah nama jalan telah ditukar. Begitu juga nama sesetengah bandar atau kampung. Sebagai contoh, nama Kg Kerinchi digunakan kembali menggantikan Bangsar South.
Antara rujukan yang boleh digunakan dalam memastikan penggunaan kata nama khas yang tepat ialah terbitan terkini surat khabar, majalah atau buku yang berkaitan.
3. Penggunaan Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanya atau menyoal sesuatu. Contoh kata tanya ialah mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Bentuk kata ganti nama yang turut digunakan sebagai kata tanya ialah apa, siapa dan mana.

Apabila meletakkan kata tanya di hadapan ayat, kata tanya itu perlu ditambah
partikel -kah.

Contohnya:
Berapakah bilangan pisang di dalam bakul itu?
Di manakah kemalangan itu berlaku?
Siapakah yang memanggil nama saya tadi?
Bagaimanakah cara untuk menghidupkan komputer ini?
4. Kata Nama Majmuk Bentuk Mantap
Kata majmuk menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu pengertian. Contohnya bumiputera, papan hitam, Raja Muda dan kerusi malas.
15 bentuk kata majmuk mantap tersebut adalah seperti berikut (dua perkataan dieja bercantum).
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
matahari
setiausaha
sukarela
5. Tanda Baca
Antara kesalahan yang biasa ditemui adalah penggunaan tanda soal atau tanda seru yang berlebihan, contohnya (???) atau (!!!). Kesalahan ini sangat perlu dielakkan.

Tanda baca hanya perlu ditulis sekali sahaja melainkan elipsis (...), iaitu tanda noktah yang diulang tiga kali.

Dalam buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca oleh Ismail bin Dahaman, tanda baca adalah berhubung rapat dengan keutuhan tatabahasa, gaya penulisan dan intonasi dalam pembacaan.

Jika tanda baca tidak digunakan dengan betul, ia boleh mengganggu pembacaan dan pemahaman pembaca.
6. Jarak Antara Perkataan
Apabila menulis dua perkataan yang membawa satu maksud, pastikan ada jarak antara kedua-dua perkataan melainkan 15 kata majmuk mantap yang perlu dieja bercantum.
Contoh:
campur aduk
kapal terbang
suri rumah

Contoh:
Pilihan raya
Hari raya
Jalan raya
Pasar raya
Kerja raya

Contoh:
Panjang tangan
Buruk siku
7. Istilah Berkaitan IslamGELARAN PENUH SINGKATAN
Allah subhanahuwataala Allah swt / s.w.t / S.W.T SALAH
Allah SWT BETUL
Rasulullah sallallahualaihiwasallam Rasulullah s.a.w / saw / S.A.W SALAH
Rasulullah SAW BETUL
Sayidina Umar radiallahuanhu Sayidina Umar ra / RA / r.a / R.A SALAH
Sayidina Umar r.a. BETUL
EJAAN KURANG TEPAT EJAAN TEPAT
al-quran / alquran / Alquran al-Quran
Insya Allah/Insha Allah
Masya Allah Insya-Allah
Masya-Allah
Surah Alfatihah Surah al-Fatihah
Sayidina / Sayyidina Sayidina
Ka’bah Kaabah
Makkah Mekah
8. Ayat Lewah
Lewah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat).

Elakkan menganggap ayat lewah sebagai gaya menulis, berseni atau puitis, melainkan dalam penulisan puisi. Bagi manuskrip fiksyen atau bukan fiksyen, ayat yang straight to the point lebih memberi impak dan menonjolkan konten sebenar.
Bila menyunting ayat begini, beberapa perkataan perlu digugurkan dan ada perkataan yang perlu diganti. Kadangkala, penyuntingan melibatkan keseluruhan ayat atau sebahagian besar ayat dalam perenggan. Ini bermakna penyunting terpaksa membaiki struktur ayat atau menulis semula.
*PENYUNTINGAN KENDIRI (SELF EDITING)*
*Kelebihan:*
• Dapat meminimumkan kesalahan ketara seperti ejaan, penggunaan huruf kecil dan besar serta tanda baca.
• Manuskrip lebih kemas, bersih dan tersusun.
• Idea dapat disampaikan dengan lebih jelas.
• Menjadikan manuskrip lebih bersedia untuk penilaian.
• Menunjukkan personaliti penulis yang cermat dan teliti.
• Memudahkan urusan di editor/pihak penerbitan.
• Mengelakkan ayat yang berulang-ulang dan tanda baca serta ayat yang tidak perlu.
• Menjimatkan kos. Memberi manuskrip kepada editor bebas perlukan kos tambahan.
• Penulis menjadi lebih _familiar_ dengan manuskrip sendiri sebab membacanya lebih daripada sekali.
• Penulis dapat membetulkan apa-apa yang perlu berdasarkan pada penilaian dan pendapatnya.
*Pedoman Penting*

• Pendekkan ayat yang panjang. Pecahkan idea kepada ayat-ayat yang lebih ringkas supaya pembaca lebih mudah faham dan fokus.
• Penggunaan frasa 'sangat ...' dan 'amat ...' boleh diganti dengan 1 perkataan yang sepadan. Contoh: sangat cantik diganti dengan menawan. Penyampaian akan lebih berkesan.
• Buangkan tanda baca yang berulang-ulang untuk memberi lebih impak. Gunakan noktah, bina ayat baharu.
• Tukar ayat negatif kepada positif.
• Gantikan jargon kepada bahasa orang biasa (layman) bagi naskhah yang menyasarkan pembaca secara umum.
• Buang ayat atau perkataan yang diulang-ulang. Bina ayat yang straight to the point.
• Minimumkan penggunaan ayat pasif.
• Hati-hati dengan teks yang ditulis dalam bentuk poin. Pastikan tajuk selari dengan senarai poin tersebut.
• Pastikan teks disampaikan dalam perenggan untuk memudahkan pembacaan.
• Menambah baik teks dengan memastikan aliran idea/cerita berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bantuan kata hubung yang bersesuaian.
(Tandakan √)
Ejaan
Tiada kesalahan ketara.

Tanda baca
Noktah, koma, elipsis, tanda petik digunakan dengan betul.

Huruf besar
Pada permulaan ayat, kata nama khas.

Inden pada perenggan
Diselaraskan pada perenggan.

Singkatan
Telah disemak dengan PRPM dan laman web berkaitan.

Italic
Perkataan dalam bahasa asing.

Akronim
Disemak kesahihan.

Dialog
Penggunaan tanda petik.

Lampiran
Disertakan jika perlu.

Nombor halaman
Dilabel dengan betul pada setiap halaman.