TASMA Trader Saham
9.25K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
MARKET DEPTH

Market depth merupakan di antara faktor yang mempengaruhi liquidity dan pergerakan harga saham, selain daripada jumlah floating stock. Market depth merujuk kepada kemampuan harga saham untuk bertahan apabila mengalami tekanan jualan yang tinggi.

Ianya juga boleh menunjukkan minat terhadap sesuatu saham, jika orang nak beli lebih ramai daripada orang yang menjual, harga saham berkemungkinan besar akan naik. Asas kepada supply and demand, jika permintaan lebih tinggi daripada bekalan, harga akan naik.
πŸ“ŒJika anda lihat volume lot buyer melebihi seller, maka berkemungkinan price akan naik, manakala jika anda lihat volume lot seller melebihi buyer maka price mungkin turun. Selain itu, anda juga harus melihat kepada jumlah buyer atau seller. Sekiranya volume tinggi tetapi jumlah buyer atau seller sedikit, berkemungkinan adanya trader yang cuba speculate price kaunter tersebut.

πŸ“ŒSelain itu, anda boleh gunakan market depth sebagai immediate support and resistance (SNR). Anda boleh pilih tingkat harga mana yang paling tinggi volume lot dan jadikan ia sebagai SNR.

Masalah dengan market depth analisis adalah que dan vol ini sentiasa berubah-ubah sepanjang masa. Oleh itu, sebagai panduan untuk melihat data yang paling tepat adalah ketika pre opening market yang terjadi sebanyak dua kali iaitu pada 0830H dan 1400H.
Saya nak share salah 1 cara confirmation entry.

TRADING TIPS HARINIπŸ“

✍🏻ENTRY CONFIRMATION UPTREND

Ramai trader abaikan confirmation sebelum membuat entry atau masuk position dalam market.

Hari ni saya nak tunjuk contoh salah 1 confirmation entry ketika market dalam keadaan UPTREND/MENAIK.

Boleh play video diatas.

Kita boleh gabungkan candlestick pattern dan Support/Resistance dalam trading.

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk anda dan boleh cuba apply di dalam trading.
Selamat hari raya aidilfitri..
Cara Menganalisis Kaunter Menggunakan Moving Average dalam Saham.

Cara menggunakan MA adalah sangat mudah. Memandangkan indikator MA digunakan untuk membaca trend sesebuah kaunter maka ia membantu pelabur untuk melakukan keputusan sama ada Buy atau tidak kaunter tersebut.

πŸ“ˆJika price berada di atas garisan MA, ia bermaksud Uptrend dan pelabur harus mencari peluang Buy
πŸ“‰Jika price berada di bawah garisan MA, ia bermaksud Downtrend dan pelabur harus Sell saham mereka.

Moving average berkesan dalam mencari arah trend pasaran sahaja. Namun, untuk melakukan entry, anda harus mencari indikator lain yang boleh membantu anda melakukan entry pada tahap harga yang mempunayi risk and reward yang lebih menguntungkan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan signal daripada candlestick iaitu Candlestick reversal signal seperti pinbar sebagai signal entri anda.
Assalamualaikum dan selamat ptg. Hari ni saya nak share tips berkaitan dengan Candlestick Pattern

APAKAH ITU CANDLESTICK PATTERN?

Candlestick pattern adalah elemen penting dalam teknikal analisis. Setiap trader wajib tahu ilmu candlestick sebagai panduan untuk mereka analisa pergerakan harga di dalam market.

Boleh tengok contoh di dalam gambar diatas, dari bentuk candlestick kita sudah boleh jangka pergerakan harga seterusnya.

Diharapkan anda semua dapat sedikit ilmu dari perkongsian ni😊
Credit : Bank Negara Malaysia
Ada apa dengan DIVERGENCE?

Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu aset bergerak berlawanan dengan indikator teknikal dan kebiasaannnya indikator dari kelas oscillator, ataupun berlawanan dengan data data yang lain.
.
Divergence juga ingin memberi amaran bahawa trend semasa mungkin semakin melemah dan reversal trend akan berlaku pada bila bila masa sahaja.
Terdapat dua jenis divergence iaitu :
1. Bullish divergence
2. Bearish divergence.
.
Bullish divergence menunjukkan kebarangkalian untuk uptrend reversal terjadi selepas pergerakan downtrend manakala bearish divergence menunjukkan uptrend semakin melemah dan reversal downtrend bakal terjadi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum & Selamat Pagi Traders 😊

TRADING TIPS HARINIπŸ“

Setiap teknik yang kita gunakan memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Video di atas menunjukkan contoh cara entry ketika market buat setup Breakout.

Semoga bermanfaat πŸ’ͺ🏻
Apa itu Fundamental Analysis ?

Dalam pelaburan saham, terdapat 2 ilmu penting kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

❓Apakah saham yang bagus untuk dibeli?
(What to buy?)

❓Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Bagi menjawab soolan (1) iaitu apakah saham yang bagus untuk dibeli (What to buy?) kita akan tengok apakah itu Fundamental Analysis.

Sumber yang terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan membaca prospektus yang boleh diambil secara percuma di syarikat broker atau secara online di Bursa Marketplace.

Jadi bagaimana caranya untuk menentukan samada saham sesebuah syarikat itu β€œbagus” untuk dibeli atau pun tidak?

Bak kata pepatah lama, β€œtak kenal maka tak cinta”. Maka Fundamental Analysis merupakan proses suai kenal dengan syarikat yang tersenarai di pasaran saham.

Kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

A. Formula 3M

⭕️ Management -> Tengok siapa Pengarah, CEO & Pemegang Utama Saham Syarikat. Pastikan mereka terdiri daripada orang yang berkelayakan dan berpengalaman.

⭕️ Model Business -> Lebih unik model perniagaannya, peluang lagi cerah untuk syarikat tersebut berjaya. Jika syarikat tersebut merupakan monopoli bagi sesuatu industri, lagi bagus. contoh paling senang MYEG Services Berhad.

⭕️ Market Price -> Siapa yang tak suka diskaun kan? Melalui analisa yang betul, kita boleh tengok syarikat itu undervalue atau pun tidak.

B. Analisa Prestasi Kewangan Syarikat

⭕️ Profit & Loss (Keuntungan & Kerugian) -> Pastikan syarikat tersebut untung, dan bukannya mengalami kerugian.

⭕️ Income Statement (Penyata Pendapatan) -> Syarikat yang mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah tentunya lebih baik.

⭕️ Balance Sheet (Kunci Kira-Kira) -> Syarikat yang mempunyai banyak aset mengatasi liabiliti (atau tanggungan) adalah lebih kukuh.

⭕️ Cash Flow (Aliran Tunai) -> Aliran tunai yang positif adalah contoh syarikat yang ditadbir dengan baik.

C. Magic Number

⭕️ Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi!

⭕️ Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus.

⭕️ Net Asset Value (NAV) –> Nilai sebenar asset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga semasa saham tersebut didagangkan, baru boleh tahu saham tersebut di bawah nilai atau terlebih nilai

⭕️ Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.
Dividend Yield -> Sama seperti ASB, Tabung Haji dan KWSP, syarikat juga boleh beri dividen sekerap yang mungkin, tidak terhad kepada setahun sekali. Lagi tinggi nilai ini, menunjukkan prestasi syarikat dalam keadaan yang baik.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, biasanya barulah anda boleh tentukan sesebuah syarikat tersebut mempunyai prestasi yang baik atau pun tidak.
Sebagai seorang pelabur saham, mesti biasa dengar istilah Breakout yang sering disebut oleh sifu-sifu saham dan pelabur saham sendiri. Teknik ini memang sangat popular.

Jadi, apa itu breakout sebenarnya? Betul ke teknik Buy On Breakout ni betul-betul hebat? Dan apa jenis-jenis breakout yang ada?

Apa Itu Breakout?

Breakout terjadi apabila harga saham berjaya memecahkan paras resistance yang ada. Semakin sukar harga saham itu untuk memecahkan paras resistance yang ada, semakin kuat resistance tersebut. Namun apabila paras resistance yang kuat itu berjaya dipecahkan, maka harga saham itu dijangka mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih tinggi lagi dan menandakan perubahan fasa akan berlaku.
TRADING TIPS HARINIπŸ“Œ

CARA ANALISA MARKET DENGAN MUDAH

1. Marking zon sama ada zon support atau resistance
2. Tunggu market membuat pergerakan yang besar/ impulse.
3. Tunggu sehingga market membuat correction atau retracment
4. Gunakan trendline dan tunggu sehingga berlakunya trendline breakout untuk anda entry position di dalam market

Semoga anda dapat belajar sesuatu dari perkongsian ini..
Assamualaikum & Selamat Pagi😊

TRADING TIPS HARINIπŸ“

LOWER TIMEFRAME SETUP & ENTRY

Ramai trader tidak mengambil kira confirmation setup sebelum buy dalam market. Disebabkan ini ramai trader tidak konsisten profit.

Anda boleh menggunakan timeframe kecil untuk mencari confirmation setup.

Contoh:

Di timeframe H4 ada setup bearish. Kemudian anda boleh cari confirmation market buat structure breakout di  timeframe H1 ke bawah. Bila ada setup breakout, baru anda masuk position dalam market.

Semoga ilmu ni dapat membantu anda.
MACD Indikator
.
MACD ni ialah Moving Average Convergence Divergence. Indikator ini antara Indikator yg penting utk melihat signal Buy Dan Sell. Selain melihat kaunter itu uptrend ataupun downtrend.
.
Macamana ianya berfungsi? Ianya lebih kurang seperti Moving Average biasa tetapi lebih advance.
.
Ringkasannya, anda Akan dpt signal strong buy Dan sell, ataupun weak buy Dan sell, bergantung kepada zone mana berlakunya persilangan itu.
.
Apabila anda belajar, baru anda akan excited berkenaan MACD ni Dan lebih faham akan maksud setiap line biru, line merah, Golden Cross, zone positive Dan zone negative itu.
Boleh Play Video berkenaan MACD Bursa Malaysia di link Youtube πŸ‘‡

https://m.youtube.com/channel/UC_0GlLfoeXR2C6431LVqFzA