TASMA Trader Saham
9.32K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
2. Share Split Atau Subdivision

Share split pula biasanya dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan harga saham syarikat menjadi lebih mampu milik. Aktiviti share split ini akan membahagikan satu unit saham yang dimiliki kepada beberapa unit lain mengikut nisbah yang ditetapkan.

Jika nisbah share split adalah 1:2, dengan setiap satu unit saham yang dimiliki, saham tersebut akan terbahagi kepada dua unit. Jika perasan, cara bacaan nisbah untuk share split berbeza dengan bacaan nisbah bonus issues.

Sama dengan bonus issue, share split ini juga akan menyebabkan harga saham syarikat berkenaan berubah mengikut nisbah pecahan yang ditetapkan. Kebiasaannya harga akan jadi lebih murah selepas aktiviti ini dilaksanakan.
3. Share Consolidation

Aktiviti share consolidation adalah berlawan dengan share split di mana beberapa unit saham akan digabung untuk meningkatkan harga saham dan mengurangkan jumlah saham yang diapungkan. Sekiranya nisbah share consolidation adalah 1:10, ini bermakna untuk setiap 10 unit saham yang dimiliki oleh pelabur, saham tersebut akan digabungkan menjadi satu unit.

Harga saham syarikat berkenaan akan naik selepas aktiviti share consolidation ini dilaksanakan mengikut nisbah yang ditetapkan. Namun jumlah unit pegangan pelabur dan jumlah saham yang diapungkan di pasaran juga akan berkurangan.
Candlestick & Chart Pattern.
Topik biasa, tapi luar biasa?

Semua org tahu candlestick, tapi faham ke apa yang candlestick tu cuba sampaikan?
Beberapa Candlestick akan membentuk Chart Pattern, tapi faham ke apa yang Chart Pattern tu cuba sampaikan?
.
Dalam banyak2 Candlestick, tahu ke nama2 setiap candlestick? Doji, Hammer, Morubozu, Shooting Star, dah khatam? Selalu jumpa & selalu guna? Faham betul2 maksudnya?
.
Belum masuk topik Chart Pattern lagi, ada Cup & handle, Triple Bottom, Flag & sebagainya.
Tak perlu jawab semua soalan ni. Tanya diri sendiri, jawab sendiri.
Penjelasan ringkas bagi maksud setiap candlestick 👆

Jangan Lupa LIKE dan SUBSCRIBE Channel Youtube TASMA Trader
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-65 buat seluruh rakyat Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Apa itu Market Depth

Market Depth bermaksud kebolehan pasaran untuk menyerap jumlah order sama ada buyer atau seller dalam setiap tingkat harga. Ia secara langsung akan menunjukkan jumlah que buyer dan seller pada setiap tingkat harga.
.
Dengan melihat berapa ramai que buyer dan seller ini, pelabur tahu dimanakah tingkat harga yang ramai penjual atau pembeli bagi menguruskan aktiviti jual beli. Info market depth ini dikemaskini secara real time.
Terdapat beberapa maklumat yang perlu diketahui oleh para pelabur ketika melihat market depth.

Level : ia menunjukkan senarai tingkat harga terdekat. Kebiasaannya ada 3 tingkat yang diberi percuma dan selebihnya harus dibayar. Paling banyak ada 10 tingkat
Price (Buy or Sell) : Harga yang ingin di jual atau dibeli
Buy/Sell Bar : Kuantiti buyer dan seller yang sedang que
Buy/Sell Volume : Jumlah lot yang ingin dibeli oleh buyer atau seller.

Cara untuk membaca market depth?

📌Cuba andaikan anda adalah seorang buyer, jika anda ingin beli saham tersebut, anda harus lihat kepada que Sell.
📌Jika anda seorang seller maka anda akan lihat pada que buyer.
📌Anda juga harus memastikan bahawa jumlah lot yang ingin dibeli atau dijual mencukupi dengan jumlah lot yang anda ingini.
Jika anda lihat volume lot buyer melebihi seller, maka berkemungkinan price akan naik, manakala jika anda lihat volume lot seller melebihi buyer maka price mungkin turun. Selain itu, anda juga harus melihat kepada jumlah buyer atau seller. Sekiranya volume tinggi tetapi jumlah buyer atau seller sedikit, berkemungkinan adanya trader yang cuba speculate price kaunter tersebut.

Selain itu, anda boleh gunakan market depth sebagai immediate support and resistance. Anda boleh pilih tingkat harga mana yang paling tinggi volume lot dan jadikan ia sebagai SnR. Sebagai contoh pada harga 6.440 ramai Buyer yang ingin membeli iaitu sebanyak 194 lot. Jadi, anda boleh pilih tingkat harga ini sebagai support anda dan berkemungkinan price akan melantun dan menaik adalah tinggi
Kesimpulan

Dengan mempelajari cara membaca market depth chart saham, barulah anda dapat melihat situasi sebenar jual beli dalam bursa saham. Ia adalah topik yang penting untuk anda pelajari supaya anda tahu bagaimana bursa saham berfungsi. Jika sebelum ini anda hanya fokus untuk melakukan analisa teknikal, kini anda sudah tahu apakah yang terjadi disebalik candlestick2 yang dipaparkan.
3 CARA UNTUK JANGKA PERUBAHAN TREND MARKET

1️⃣ Market gagal untuk break ketinggian harga sebelumnya (Higher High, HH) yang menandakan momentum menaik/buliish semakin berkurang.

2️⃣ Market melepasi harga terendah sebelumnya (Higher Low, HL)

3️⃣ Market buat Pullback dan membuat bearish correction dan ada trendline breakout yang menandakan confirmation market akan terus turun.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Review kaunter berpotensi untuk minggu depan..
Kaunter Hibisc
Kaunter syscorp
Dua2 kaunter ini ada dalam video di atas yg saya share pada hari jumaat lepas. dan sy share juga kenapa kaunter ini berpotensi dan bagaimana projection saya
TASMA Trader Saham
Kaunter syscorp
Kaunter SYSCORP Dalam kajian jumaat lepas . Harini dah hit projection. 👍
Kaunter CENGILD Breakout!
.
Kemungkinan harga kaunter ni akan naik lebih tinggi. Boleh pantau kaunter ni untuk kajian.
Kaunter ARTRONIQ .
.
Penampakan Candlestick THREE WHITE SOLDIER menandakan kemungkinan harga akan menaik lagi.
.
Boleh masukkan dalam Watchlist Kajian.