TASMA Trader Saham
9.32K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
5 Corak Bullish Candlestick

Corak bullish candlestick kebiasaannya terjadi apabila fasa aliran menurun pasaran sudah sampai ke garisan penamatnya disertai dengan fasa pembetulan pada pergerakkan harga pasaran.
Hammer

Candlestick Hammer ini terbentuk dengan badan candle yang pendek dan mempunyai bayang dibawah yang panjang yang menyerupai ekor. Hammer candlestick akan berada di fasa aliran menurun di dalam pasaran.

Hammer ini menunjukkan bahawa terdapat tekanan jualan pada hari tersebut. Namun di pengakhiran sesi dagangan, tekanan belian daripada pembeli telah berjaya menolak naik semula harga saham. Warna hammer ini selalunya tidak begitu penting tetapi Hammer berwarna hijau adalah lebih baik berbanding merah.
Inverse Hammer

Sama seperti candlestick hammer, cuma bentuk candlestick ini terbalik daripada candlestick hammer. Badan candlestick ini pendek tetapi mempunyai bayang yang panjang di atas menyerupai toncet.

Candlestick ini meggambarkan terdapat tekanan belian pada pembukaan pasaran dan diikuti dengan tekanan jualan pada akhir sesi dagangan. Namun, tekanan jualan ini tidak berjaya untuk menolak harga menjadi lebih rendah daripada pembukaan. Candlestick inverse hammer ini menjangkakan para pembeli akan mengawal pasaran kelak.
Bullish Engulfing

Candlestick Bullish Engulfing ini terbentuk hasil daripada dua bentuk candlestick. Cadlestick yang pertama adalah candle yang berwarna merah yang berbadan pendek yang akan diliputi sepenuhnya oleh candle berwarna hijau pada hari selepasnya.

Pembukaan harga pada candle kedua akan lebih rendah berbanding harga penutupan untuk candle pertama. Namun, tekanan belian untuk candle kedua ini telah menolak harga saham naik lebih tinggi sehingga membentuk candle hijau yang panjang dan meliputi candle sebelumnya.
Morning Star

Candlestick Morning Star ini memberi harapan ketika pasaran yang suram berada dalam fasa aliran menurun. Candle Morning Star ini terdiri daripada tiga candlestick di mana ada satu candle yang kecil menyerupai bintang kecil berada di tengah antara dua candle panjang berwarna merah (pada sebelumnya) dan hijau (pada selepasnya). Kebiasaanya, candle berbentuk bintang tersebut tidak akan bertindih dengan dua candle yang panjang tersebut. Ini kerana jurang harga ketika pasaran dibuka pada hari berkenaan dengan harga pasaran ditutup pada hari sebelumnya.

Apabila corak ini berlaku, ianya menandakan bahawa tekanan jualan sudah  mula reda dan fasa aliran menaik bakal menyusul.
Three White Soldiers

Corak pembentukan candlestick Three White Soldier terhasil dalam masa tiga hari berturut-turut. Corak ini terhasil apabila candle hijau yang panjang terjadi selama tiga hari berturut-turut dan candle tersebut sedang membuat fasa kenaikan sepanjang tiga hari tersebut.
Right issue adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga tertentu, biasanya lebih rendah pada harga semasa.
.
Right issue ini hanya ditawarkan kepada pelabur sedia ada sahaja dan mempunyai nisbah ratio bergantung pada pengumuman syarikat tersebut.
.
Sebagai contoh 2:5 yang bermaksud setiap 5 unit saham yang dimiliki layak untuk membeli 2 unit saham right issue.
Sebab utama right issue dikeluarkan adalah apabila syarikat mempunyai masalah cash dalam pegangan dan memerlukan suntikan modal untuk melebarkan jaringan perniagaan.
.
Bagi syarikat yang tidak tersenarai dalam papan bursa, mereka boleh melakukan terbitan IPO, manakala bagi syarikat yang sedia ada tersenarai dalam papan bursa, mereka menggunakan Right Issue untuk mendapatkan modal.
.
Saham right issue juga harus mengeluarkan prospektus untuk dibaca oleh para pelabur tentang mengapa syarikat memerlukan suntikan modal sama ada untuk membayar hutang sedia ada ataupun melakukan pelaburan pengembangan perniagaan pada masa akan datang.
[contoh]

📌Secara amnya, apabila right issue dilaksanakan ia memberikan gambaran negatif terhadap aliran tunai syarikat tersebut dan mengakibatkan harga saham tersebut akan jatuh.
.
📌Oleh itu jika anda tidak mahu pening kepala, jual sahaja saham tersebut dan beli semula pada masa akan datang jika fundamental syarikat itu masih positif.
5 Corak Bearish Candlestick

Corak candlestick bearish terjadi ketika fasa aliran menaik di dalam pasaran. Ini menandakan fasa aliran kenaikan sudah berada di penghujungnya dan fasa aliran menurun bakal bermula.
Hanging man

Candlestick Hanging Man ini mempunyai bentuk serupa dengan candlestick hammer, cuma candlestick ini muncul pada aliran fasa kenaikkan.

Candlestick Hanging Man ini menggambarkan terdapat tekanan jualan apabila pasaran dibuka, namun tekanan belian oleh pedagang telah berjaya menolak harga naik semula pada penutupan sesi dagangan pada belah petang.
Hanging Star

Candlestick ini menyerupai candlestick Inverted Hammer iaitu mempunya badan candle yang pendek dan mempunyai bayang yang panjang menyerupai ekor. Tetapi candlestick ini terbentuk ketika pasaran berada pada fasa aliran menaik.

Kebiasaanya, terdapat jurang harga ketika pasaran dibuka. Namun, tekanan belian menolak harga naik ke paras tertinggi bagi hari tersebut sebelum ditutup pada paras yang sama seperti ketika pasaran ditutup pada hari sebelumnya. Candlestick ini kelihatan seperti tahi bintang jatuh ke bumi.
Bearish Engulfing

Corak candlestick Bearish Engulfing ini pula berlawanan sifatnya dengan Bullish Engulfing. Corak ini akan berlaku pada penghujung fasa aliran menaik. Candle pertamanya mempunyai badan berwarna hijau yang lebih pendek dan diliputi oleh candle berwarna merah yang panjang pada hari berikutnya.

Ini menandakan kemuncak fasa aliran menaik bakal berakhir dan fasa aliran kejatuhan akan tiba. Semakin rendah harga jatuh untuk candle hari kedua tersebut, semakin kuat sentimen kejatuhan terhadap harga saham.
Evening Star

Candlestick Evening Star ini adalah hasil daripada tiga candle berturut-turut pada fasa aliran menaik. Corak candlestick ini terbentuk apabila satu candle yang badannya pendek dan mempunyai sedikit bayang pada atas dan bawah candle tersebut, dan diapit di antara dua candle panjang hijau (pada hari sebelumnya) dan merah (pada hari selepasnya).

Ini menunjukkan pasaran akan membuat fasa pembetulan dan disambung dengan fasa aliran menurun. Tanda ini menjadi lebih kuat sekiranya candle yang ketiga lebih panjang daripada candle yang pertama.
Three Black Crows

Pembentukan Candlestick ini terdiri daripada kemunculan tiga candle merah yang panjang secara berturut-turut. Setiap kali pada pembukaan sesi dagangan, harga akan dibuka hampir sama dengan harga pada hari sebelumnya sebelum harga tersebut menerima tekanan jualan yang kuat dan menolak harga jatuh ke bawah sehingga pasaran ditutup.

Para pedagang mentafsirkan corak ini sebagai permulaan kepada aliran fasa menurun, kerana tekanan jualan yang kuat telah terjadi selama tiga hari beturut-turut yang membuatkan emosi perdagang bercelaru.
Ada sebuah cara sederhana untuk menentukan support dan resistance, iaitu dengan menerapkan langkah-langkah berikut:

1. Cari history pergerakan harga saham pada suatu waktu tertentu.
2. Cari titik tertinggi dan terendah dari pergerakan harga tersebut.
3. Tarik garis horizontal pada titik tertinggi dan terendah tersebut.
Bagi beginners, menentukan S&R agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk ‘line chart’ terlebih dahulu.
.
Letakkan garisan melintang di puncak atau hujung line chart tersebut. (gambar 1)
.
Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart. (gambar 2)
Apa itu Elliot Wave Theory dan penting tak?

Elliot Waves diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott, seorang akauntan yang hebat dalam data, nombor dan statistik. Teori ini diasaskan pada 1930 an.

Elliot Wave ini terbahagi kepada dua. "Impulse" dan "Correction".

Impulse Waves terbahagi kepada 5. Dan di setiap 5 waves ada sub wave yang perlu anda perhatikan coraknya. Manakala Correction Wave terbahagi kepada 3. Setiap wave mempunyai syarat-syarat atau pun "rules" untuk dipenuhi bagi membentuk Elliot Wave. Sekiranya ia tidak menepati syarat tersebut, maka ia akan membentuk " chart pattern" ataupun bentuk yang lain. Elliot Wave ini juga boleh membentuk secara terbalik di kaunter saham anda

Secara asasnya, teori Elliot Wave ini dapat memberi gambaran besar ke manakah halatuju kaunter saham anda. Seharusnya anda sebagai pelabur mengetahui analisis Elliot Wave ini untuk memastikan saham yang anda pilih menaik dan memperoleh keuntungan.