TASMA Trader Saham
9.08K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Bullish engulfing terhasil apabila sesuatu harga saham sedang berada pada fasa menurun (downtrend) dan apabila bullish engulfing ini terbentuk, ianya menandakan fasa aliran bakal membuat pembetulan dan dijangka akan bertukar menjadi fasa kenaikan (uptrend).

πŸ“ˆBullish Engulfing

SyaratΒ²:
1. Muncul semasa market downtrend
2. Body candle kedua harus "menelan" atau lebih besar dari candle pertama.
3. Candle first adalah bear dan candle second adalah bull.

Kita dapat lihat bullish engulfing terbentuk pada chart ketika harga saham ini sedang membuat fasa penurunan.Selepas terbentuknya corak bullish engulfing ini, harga saham ini naik selama lima hari berturut-turut sebelum berehat semula.
Bearish engulfing pula sifatnya berlawanan dengan bullish engulfing. Ianya terbentuk dengan dua candlestick tetapi candlestick hari kedua adalah merah. Candlestick merah ini dibuka lebih tinggi berbanding candlestick pada hari sebelumnya namun ditutup lebih rendah berbanding candlestick hijau sebelumnya. Kita lihat seolah-olah candlestick merah ini menelan candlestick hijau pada hari sebelumnya.

πŸ“‰ Bearish Engulfing

SyaratΒ²:
1. Muncul semasa market uptrend
2. Body candle kedua harus "menelan" atau lebih besar dari candle pertama.
3. Candle first adalah bull dan candle second adalah bear.

Chart di atas pula menunjukan saham corak bearish engulfing terbentuk. Ianya terjadi pada fasa kenaikan dan selepas terbentuknya corak bearish engulfing ini, fasa uptrend dilihat tidak diteruskan.
πŸ‡²πŸ‡Ύ SALAM KEMERDEKAAN DARI KAMI,TASMA TRADERπŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA‼️
MERDEKA‼️
MERDEKA‼️
Jenis-jenis Moving Average

Moving Average merupakan indikator dalam analisis teknikal yang cukup popular. Ada banyak versi Moving Average yang digunakan sebagai indikator Analisis Teknikal, iaitu contohnya:

πŸ“ŒSimple Moving Average (SMA)
πŸ“ŒWeighted Moving Average (WMA)
πŸ“ŒExponential Moving Average (EMA)
Gambar di atas menunjukkan perbandingan ketiga-tiga jenis MA tersebut dengan period yang sama. Dapat terlihat dari ketiga-tiga jenis MA tersebut yang paling sensitif dengan pergerakan harga adalah WMA, disusuli dengan EMA kemudian yang terakhir SMA.

πŸ“ŒKerana sifatnya ini, WMA dan EMA sering dipakai untuk trading dalam jangka pendek, sedangkan SMA dipakai oleh investor jangka panjang.
Penggunaan Moving Average

Penerapan yang paling umum dari MA adalah untuk:

πŸ“ŒMengenalpasti trend harga saham.
πŸ“ŒMengetahui pembalikan arah trend.
πŸ“ŒMenentukan support level dan resistance.
Assalamualaikum & selamat pagi semua..
Hari ini saya nak share perkara asas yang semua trader perlu tahu : BASIC
Trend

πŸ“ŒUptrend di mana kaunter dalam fasa kenaikan,
πŸ“Œdowntrend di mana kaunter dalam fasa penurunan.
πŸ“Œsideway pula di mana kaunter berada di dalam keadaan mendatar.

Untuk mengaut keuntungan sudah tentu kita inginkan kaunter yang dalam fasa uptrend, membeli kaunter dalam fasa downtrend adalah membahayakan, manakala kaunter yang berada di fasa sideway memerlukan sedikit kesabaran kerana ianya tidak dapat diketahui lagi bila akan berubah trend.
Support dan Resistance (SNR)

Support adalah harga lantai dalam sesebuah kaunter saham. Membeli pada aras support adalah timing yang paling terbaik kerana harga masih lagi murah. Manakala menjual (cut loss) pula adalah apabila harga telah memecah paras support tersebut. Resistance pula adalah harga siling dalam sesebuah kaunter saham.

Harga sasaran adalah apabila harga mencapai paras atau memecah resistance. Ini adalah masa yang terbaik untuk menjual kaunter tersebut. Harga bergerak dalam keadaan zigzag. Harga akan mencari arah di sekitar paras SNR ini sahaja. Jadi, jangan tersilap antara keduanya. Beli di Support, jual di Resistance
Risk Reward Ratio

Teknik ini boleh dikatakan teknik pengurusan risiko iaitu sama ada berbaloi atau tidak kita membeli sesebuah kaunter tersebut. Jika kita membeli kaunter dengan risiko yang tinggi untuk rugi, lupakanlah hasrat tersebut.

Cari kaunter lain yang lebih berpotensi. Di sinilah pentingnya trading plan masing-masing iaitu harga beli, harga jual, dan harga yang perlu kita cut loss.

Untuk permulaan, nisbah ratio yang dicadangkan adalah 1:2 , tetapi bagi trader yang lebih berpengalaman, kebiasaannya mereka akan mencari kaunter2 yang memberikan keuntungan 1:3 . Terpulang kepada trading plan masing2.
Volume Analisis

Bila volume meningkat dari kebiasaannya, ini menunjukkan minat pelabur dalam sesebuah kaunter saham tersebut. Kaunter ini lebih mudah cair dan sesuai bagi yang ingin berdagang.

Pelaburan saham juga adalah seperti teori ekonomi di mana semakin banyak demand (beli), semakin tinggi harga akan naik. Manakala semakin tinggi supply (jual), harga semakin jatuh. Ini adalah basic Volume analisis.

πŸ“Œ Price ⬆️ , Volume ⬆️ = Signal Bullish πŸš€ βœ…
πŸ“Œ Price ⬆️ , Volume ⬇️ = Signal Bullish 🚲 βœ…
πŸ“Œ Price ⬇️ , Volume ⬆️ = Signal Bearish πŸ›©βŒ
πŸ“Œ Price ⬇️ , Volume ⬇️ = Signal Bearish 🚲 ❌
Trend Saham

Trend bermaksud pergerakan keseluruhan harga bagi sesuatu sekuriti atau saham. Didalam chart anda boleh lihat pembentukan trend terdiri daripada pembentukan Higher High dan Higher Low ataupun Lower Low dan Lower High

3 jenis trend dalam saham
⬆️ UPTREND
⬇️ DOWNTREND
↔️ SIDEWAYS

Antara indikator yang boleh membaca trend adalah seperti berikut :
πŸ“ŒMoving Average
πŸ“ŒBollinger Band
πŸ“ŒParabolic Sar
πŸ“ŒAverage Directional Movement Index
πŸ“ŒChart Pattern
Boleh play video berkenaan mengenalpasti trend di channel Youtube Tasma Trader πŸ‘‡
Gap Up , Gap Down ?

Gap adalah satu pergerakan harga yang tidak berterusan dengan harga sebelumnya. Sebagai contoh, hari Isnin price close pada RM 1, namun pada hari Selasa, price open pada RM 1.10. Ianya boleh terjadi sama ada menaik atau menurun. Di dalam chart, anda akan dapat lihat ada ruang kosong antara candlestick.
Kenapa Gap Berlaku?

Gap biasanya berlaku disebabkan order yang tiba tiba spike mendadak. Disebabkan order yang melantun lantun inilah yang menyebabkan terjadinya gap up ataupun gap down. Anda bayangkan harga close price semalam RM 1, tiba2 hari ini ada 1 juta lot order buy yang investor placing dalam market depth. Disebabkan order yang melimpah ruah ini, maka gap up terjadi supaya broker boleh fill order yang pelabur buat.

Kenapa gap dalam saham yang terjadi disebabkan limpahan order ini berlaku? Biasanya terdapat catalyst sama ada baik dan buruk telah diumumkan. Oleh itu, mereka secara menggelabah cuba untuk react dengan news tersebut. Akhirnya ia akan berakhir dengan gap.

Sebagai contoh, saham ABC umumkan QR report diorang merosot, maka yang pegang saham ABC untuk jangka pendek pasti hilang pedoman dan terus nak jual saham mereka untuk meminimakan kerugian kononnya. Disebabkan inilah ia telah membentuk gap pada keesokan harinya.
Empat jenis gap yang perlu anda tahu :
πŸ“ŒBreakaway Gap (Gap Up)
πŸ“ŒExhausted Gap (Gap Down)
πŸ“ŒCommon Gap
πŸ“ŒRunaway Gap (Continuation Gap)