TASMA Trader Saham
9.12K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Apa itu jerung dalam pelaburan saham?
.
Jerung yang saya maksudkan dalam pelaburan saham ini adalah syarikat-syarikat besar seperti unit trust, KWSP, KWAP, PNB, Tabung Haji yang merupakan nama-nama besar dalam saham malaysia BSKL.
.
Syarikat ini mempunyai beberapa kriteria yang anda boleh kenalpasti apabila mereka mulai memasuki sesuatu kounter saham.
.
Antara tanda-tanda awal yang anda boleh lihat apabila syarikat Jerung seperti ini sudah memasuki sesuatu kaunter adalah apabila jumlah VOLUME NAIK MENDADAK dan KONSISTEN selama beberapa hari.
.
Kalau anda dapat lihat tanda-tanda ini di mana-mana saham yang berada dalam watchlist anda, memang inilah peluang yang ditunggu-tunggu.
Bagaimana Nak tau volume Tu NAIK MENDADAK Dan KONSISTEN?
.
Waktu bila nak tgk volume kaunter konsisten Tu?
.
Berapa banyak lot yg Kita Kata volume besar atau tebal Tu?
.
Sy share kn resepi nya pada video Di bawah 👇
.
Jangan Lupa SHARE Dan SUBSCRIBE agar bermanfaat kpd semua.
4 Indikator Analisis Teknikal Paling Popular

Indikator dalam Analisis Teknikal adalah formula yang berfungsi untuk mengetahui bagaimana keadaan market dan juga untuk membantu memberikan signal beli atau jual. Ketika ini ada ratusan atau ribuan indikator yang telah dibuat. Setiap indikator memiliki karaktor dan cara penggunaannya masing-masing.
1. Moving Average

Moving Average adalah indikator yang menghitung pergerakan harga purata dari suatu saham dalam suatu timeframe, misalnya dalam waktu 50 hari atau sering disebut MA50. Semua pun tahu, Moving Average (biasa disingkat MA) memang indikator sejuta umat bagi trader. Silakan tanya pada setiap trader, pasti pernah menggunakan atau setidaknya mengenal Moving Average. Hal ini kerana, indikator ini memang paling sederhana dibanding indikator Analisis Teknikal lain. Cara penggunaan indikator ini adalah dengan melihat posisi harga dibandingkan dengan MA50 tersebut. Apabila grafik harga memotong MA50 ke atas dianggap signal pembelian. Sedangkan sebaliknya, bila grafik harga memotong MA50 ke bawah dianggap sebagai signal penjualan.
2. Relative Strength Index (RSI)

Relative Strength Index (RSI) adalah indikator yang digunakan untuk menghitung perbandingan antara daya tarik kenaikan dan penurunan harga, nilainya berkisar 0-100. Dengan RSI Anda dapat mengetahui apakah suatu harga sudah overbought atau oversold. Pada prinsipnya, penggunaan RSI sangat mudah. Jika RSI bernilai sangat tinggi (di atas 70) ertinya market sudah overbought (terlebih beli) sehingga ada potensi turun, saatnya untuk jual. Sebaliknya jika RSI bernilai sangat rendah (di bawah 30) ertinya market sudah oversold (terlebih jual) sehingga ada potensi naik, saatnya untuk beli.
3. Stochastic

Stochastic adalah indikator yang menunjukkan lokasi harga penutupan terakhir dibandingkan dengan range harga terendah/tertinggi selama tempoh waktu tertentu. Stochastic dikembangkan oleh George C. Lane di akhir 1950-an. Ada tiga jenis Stochastic Oscillators: Fast, Slow, dan Full. Biasanya ada dua garis di Stochastic, iaitu biru dan merah. Signal beli dan jual dapat dilihat dari garis biru dan merah ini. Jika garis biru memotong garisan merah ke atas, bererti signal pembelian. Sedangkan bila garisan merah memotong garisan biru ke bawah bererti signal penjualan.
4. Moving Average Convergence Divergence (MACD)

Moving Average Convergence/Divergence (MACD) adalah indikator yang berfungsi untuk menunjukkan trend yang sedang terjadi dan juga dapat memberikan signal pembelian atau penjualan. Di dalam MACD ada dua garis yang akan Anda temui, iaitu Signal Line dan MACD Line. Jika nilai MACD positif (di atas 0), bererti market bersifat bullish, disarankan untuk beli. Sedangkan jika nilai MACD negatif (di bawah 0), bererti market bersifat bearish, disarankan untuk jual.
Semalam sy share Kan antara 4 Indikator yg boleh digunakan Dalam menganalisis pergerakan sesuatu kaunter itu.
.
Tetapi macamana Nak Guna Dan praktikkan? Nak gabungkan indikator itu , indikator itu macamana?
.
Sy kongsikan video contoh Analisis kaunter2 berdasarkan indikator yg Kita gunapakai 👇.
.
Harap semua nya dapat memahami konsep indikator itu, penggunaan nya utk apa, kemudian Cuba praktikkan Di Dalam chart sebenar menggunakan screening.
Jika ingin belajar secara lebih details tentang indikator2 ini, Nak tau lebih lanjut tentang setup utk setiap indikator, boleh refer Di sini 👇

https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma
Kami juga menyediakan group support utk berbincang berkenaan dengan saham Bursa. Harap ini dapat membantu para traders mendalami ilmu saham ini.
.
Utk bertanya tentang Video Tutorial 2021 ini, boleh pm dgn admin @azmitasma .
Penggunaan Shadow tak akan terlepas dari gaya candlestick. Terlepas dari ciri khasnya, Shadow akan menjadi cermin harga untuk mengetahui kekuatan buyer atau seller yang selalu mendominasi. Tanpa adanya Shadow, maka kekuatan trend semakin menguat dan tekanan trendnya tidak akan terhenti. Mengapa bisa demikian? Untuk menjelaskannya, pertama-tama kita perlu memahami tentang apa yang dimaksud Shadow lebih dulu.

Pada dasarnya, Shadow candle merupakan garis-garis yang terbentuk di bagian atas dan bawah candlestick. Menurut posisinya, ada dua jenis Shadow dalam anatomi candlestick, yakni Upper Shadow dan Lower Shadow. Ujung Upper Shadow menandai harga tertinggi, sementara ujung Lower Shadow menggambarkan harga terendah dalam suatu periode tertentu.

Apabila kita mengamati bermacam-macam bentuk candlestick yang ada di chart, terlihat bahwa panjang Upper Shadow dan Lower Shadow tidak selalu sama. Bahkan ada beberapa candlestick yang sama sekali tidak memiliki Upper Shadow, Lower Shadow, atau dua-duanya. Prinsip di balik perbedaan-perbedaan tersebut berakar dari perilaku pasar yang menjadi dasar terbentuknya candlestick
Nampak Penting Kan shadow untuk candlestick Tu? Berikut penerangan lebih details tentang shadow berdasarkan time frame Yang berbeza.

Semoga bermanfaat. 👇
Apa Itu saham Waran?

Untuk memudahkan kita faham apa itu Waran, dengan bahasa mudahnya kita boleh anggap saham induk sebagai Mak dan waran sebagai Anak.

WARAN (WARRANT)

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran

Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.

Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

Jika Mak waran patuh Syariah, biasanya Anak waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: PMETAL-WA, PMETAL-WB

2. Waran Opsyen Beli

Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.

Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Walaupun Mak waran patuh Syariah, Anak waran tidak patuh Syariah. Kalau Mak waran tak patuh Syariah, sah-sah Anak waran pun tak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17
3 Kelebihan Membeli Waran

1. Harga Lebih Murah

Kos yang diperlukan untuk melabur dalam waran adalah lebih murah. Dari segi peratusan, waran adalah lebih sensitif kepada pergerakan saham berbanding aset-aset pendasarnya.

Sebagai contoh, kalau saham Mak berharga RM1.00, waran mungkin berharga 20 sen atau 50 sen, jauh lebih murah daripada saham Mak. Dapat juga merasa pegang lot yang banyak.

2. Potensi Untuk Untung Lebih Besar Berbanding Mak

Anak yang baik akan ikut perangai (pergerakan) Mak, jika saham Mak naik sebanyak 5%, saham Anak berpotensi untuk naik 10%. Naik banyak jugak tu, biasanya memang akan mengatasi Mak.

Oleh sebab itu, dengan melabur dalam waran, kita boleh menikmati keuntungan tiada had dengan kos rendah.

3. Lebih Mudah Untuk Diversify

Biasa dengar istilah ‘Don’t put all your eggs in one basket’? Disebabkan harganya yang murah berbanding saham Mak, kita boleh gunakan modal selebihnya untuk melabur di kaunter waran yang lain.

Boleh juga nak labur di tempat lain juga, tak semestinya duit modal yang kita ada tu kena labur dalam saham kesemuanya.
Apa itu Screener Saham?

Screener saham merupakan sebuah tool yang digunakan untuk menyaring ribuan saham yang ada berdasarkan parameter atau karakteristik yang telah ditetapkan oleh pelabur itu sendiri. Dengan melakukan saringan tersebut, maka pelabur akan mendapat set saham yang menepati kriteria yang diingini oleh pelabur itu sendiri.

Senarai Screener Saham Terbaik

Antara screener saham yang terbaik dan percuma yang boleh anda gunakan adalah seperti dibawah:

1. Trading View Screener
2. Malaysia Stock Biz Screener

Jadi selepas anda sign up untuk menggunakan screener ini, anda boleh masukkan parameter yang anda inginkan dari segi technical, fundamental ataupun deskriptif saham itu sendiri.

Jadi, selepas anda meletakkan parameter Yang diingini, maka screener hanya akan memaparkan saham yang mempunyai kriteria yang anda ingini. Selepas mendapatkan set saham yang anda ingini anda boleh simpankan dalam bentuk excel dan masukkan kedalam watchlist anda.
Review berkenaan Screener Saham Tradingview

Selain mempunyai banyak setting yang boleh digunakan, ia juga memberi kemudahan untuk meletakkan watchlist serta informasi yang berkaitan dengan satu klik. Bayangkan, anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat dari berbagai website, tetapi dapat dikumpulkan didalam tradingview sahaja.

Walaupun informasi yang ditawarkan merupakan informasi yang asas, namun sudah mencukupi untuk pelabur baru untuk tahu apakah saham tersebut, core perniagaan yang ditawarkan serta unjuran keuntungan sebelum itu.
Alhamdulillah harini market hijau. Harapnya dapat maintain la momentum sebegini..Mana yg Ada position Tu insyaallah beroleh profit.