TASMA Trader Saham
9.36K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Tak berjaya break resistance 0.415 harini..berkali2 harga Cuba Nak break resistance tapi gagal.. takpe..Asalkan Masih Dalam trading plan..
Berapa Indikator Patut Digabungkan dalam Trading System?

Adakah dengan banyaknya indikator kata ok, maka saham tu lebih berpotensi nak naik? Jawapannya, tidak semestinya.

Kebanyakan indikator menggunakan data, formula dan konsep yang lebih kurang sama. Contohnya RSI atas 50 menunjukkan momentum yang kuat, manakala MACD atas 0 juga menunjukkan momentum yang kuat. Namun, kalau kedua-dua signal berlaku (RSI atas 50 dan dalam masa yang sama MACD atas 0), tidak bermaksud signal dua kali ganda kuat. Begitu juga kalau 3 indikator atau lebih. Jadi walaupun, 3 indikator menunjukkan positif, tetapi ketiga2nya menceritakan benda yang sama, kekuatan signal itu masih dianggap sebagai sekali sahaja.

Adalah lebih baik dalam membuat gabungan indikator atau dipanggil analisa confluence, kita menggunakan konsep yg berlainan dalam penggabungan signal. Contohnya, kita boleh gabungkan 1 indikator momentum + 1 chart pattern + volume. Indikator momentum menunjukkan kekuatan trend semasa saham tersebut, chart pattern menunjukkan psikologi pergerakan harga sesuatu saham, dan volume menunjukkan demand pada suatu jangka masa untuk saham tersebut. .

Kalau kita hanya bergantung pada konsep yang sama, kita sudah pastinya terdedah kepada "confirmation bias". Dalam konsep "confirmation bias", salah satu ilmu dalam behavioral finance, kita akan lebih bias kepada perkara yang positif saja, tanpa melihat kepada downside atau negatif sesuatu perkara. .

Secara kesimpulan, sebenarnya gabungan dua-tiga indikator/konsep sudah mencukupi. Kebanyakan strategi yang kami test hanya menggunakan jumlah indikator/konsep yang sedikit sahaja tapi performance-nya sangat bagus. Lagi sikit indikator, lagi besar chart utama anda, sebab tu ada yang kaji saham dengan naked chart sahaja.
DALAM menghadapi keadaan pasaran modal (pasaran saham) yang tidak menentu,sesetengah pelabur takut kehilangan wang mereka. Oleh itu, anda seharusnya mengatasi emosi turun naik pasaran ini dengan melabur secara kerap dan fokus
untuk jangka panjang.

Pendekatan yang berdisiplin ini membolehkan kita menjauhkan emosi dalam pelaburan kita. Dan ini memudahkan kita untuk berhadapan dengan apa
jua keadaan turun naik pasaran.

Dalam masa yang sama, pelabur juga harus sentiasa semak semula apakah matlamat asal dan mengapa sesuatu pelaburan itu dibuat. Ini bagi menentukan agar pelaburan kita sentiasa menuju kepada sasaran tersebut.

Setiap pelaburan memerlukan masa untuk berkembang dengan baik. Pelabur juga harus tahu toleransi risiko yang boleh dan sanggup dihadapi. Memahami risiko dalam pelaburan membolehkan pelabur memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian.

Dengan mempelbagaikan jenis pengkelasan aset pelaburan, ia juga boleh menjauhkan emosi dalam pelaburan. Kepelbagaian dan keseimbangan aset pelaburan ini dapat membantu dalam membuat keputusan pelaburan yang baik dan strategik.

Dalam pada itu, kajian semula pelaburan secara berkala juga boleh membantu pelabur membuat
keputusan pelaburan yang bijak.
Sy kongsikan sedikit input bagaimana kita Nak kawal Emosi Kita Dalam trading saham Bursa Malaysia ni 👇
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua traders..
Pagi ni Kita kongsikan beberapa kaunter kajian ya..
Kita ulangkaji sama2..
Tp 0.370
Tp 0.340
Tp 0.340
Kita pantau 3 kaunter ni..
Kenapa sy Kata tp pada harga begitu?
Rujuk GANN CHART ANALISIS ya. Fahamkan Cara pembacaan gann chart Tu..
Sebagai seorang pelabur saham, mesti biasa dengar istilah Breakout yang sering disebut oleh sifu-sifu saham dan pelabur saham sendiri. Teknik ini memang sangat popular.

Jadi, apa itu breakout sebenarnya? Betul ke teknik Buy On Breakout ni betul-betul hebat? Dan apa jenis-jenis breakout yang ada?

Apa Itu Breakout?

Breakout terjadi apabila harga saham berjaya memecahkan paras resistance yang ada. Semakin sukar harga saham itu untuk memecahkan paras resistance yang ada, semakin kuat resistance tersebut. Namun apabila paras resistance yang kuat itu berjaya dipecahkan, maka harga saham itu dijangka mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih tinggi lagi dan menandakan perubahan fasa akan berlaku.
Utk lebih memahami istilah breakout ni, sy sediakan penerangan Di channel YouTube Tasma Trader. 👇

Semoga bermanfaat. Jgn lupa subscribe Dan share
Forwarded from TASMA Trader Saham
Pembelajaran secara details berkenaan teori 'Elliot Wave' ni Ada dikongsikan Dalam Bab Teknik Intraday.
Boleh rujuk Di sini 👇
https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Moving Average. Indikator yg mudah, tapi berkesan?
.
Ye ke? Sebelum cerita panjang lebar, Moving Average ni apa sebenarnya?
Baik. Moving average ni senang nak faham macamni.
.
Harga bagi 20 hari ke belakang, dibahagi dengan 20. Dapat la kita garisan yg berwarna biru tu. Sama juga dengan garisan warna Ungu, harga untuk 50 hari terkebelakang, dibahagi dengan 50, dapat garisan unggu tu. Ok?
.
Ok dapat. Mcamana nk guna indikator ni?
.
Apabila terdapat persilangan antara garis Biru di atas garisan Ungu, itu merupakan signal pembelian. Sebab apa? Purata harga bagi 20 hari terkebelakang lebih tinggi daripada harga 50 hari terkebelakang, jadi berkemungkinan harga kaunter tersebut akan naik pada hari yg mendatang. Sehingga bila? Sehingga timbul signal penjualan.
.
Signal penjualan? Macamna pula tu? Simple, apabila garisan biru dan ungu tu bsilang tapi secara reverse.
.
Oo, macamtu. Ya, tapi ada sifu2 saham yg menggunakan Moving Average yg berbeza, ada yg menggunakan formasi (5,10), (50,250), dll. Terpulang kepada kesesuaian Teknik masing2.
.
Oo satu lagi, ada juga yg menggabungkan MA dengan bollinger Band (BB), Ada yg menggunakan advance MACD, dan lain2 indikator yg lebih advance. Yang sy kongsikan ini adalah untuk pemahaman secara Simple Moving Average (SMA) sahaja.
.
Semoga bermanfaat. 😊