TASMA Trader Saham
9.09K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
1. Scalper
Trader jenis ini disebut juga sebagai intraday, atau ODT (One Day Trading). Jadi kalau di group saham ada yang menyebut, “intaday dulu…”. Ertinya dia ingin melakukan transaksi jangka pendek. Contohnya beli dan jual pada hari yang sama atau hingga sesi esok. Trader jenis ini memerlukan Analisis teknikal yang kuat untuk scalping. Orang yang rutin hariannya melakukan ini disebut sebagai full time trader.

Kadang kala tak perlu jadi full time trader pun untuk scapling. Boleh saja anda melakukan ini untuk mengisi waktu, menghabiskan cash tak terpakai, atau sekadar suka-suka. Banyak teknik untuk menambah wang harian anda dengan scalping ini, misanya mencari IPO, cari dividen atau kenaikan harganya, cari capital gain atau boleh rujuk kepada TEKNIK INTRADAY TASMA.

Perlu anda ingat bahAwa untuk melakukan ini anda perlu mengawasi pergerakan saham (atau gunakan auto order). Hanya gunakan maksimum 5% dari modal anda. Hati-hati dengan info dari group yang tidak jelas. Perlukan analisis sendiri yang paling penting. Rancang trading plan anda sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain. Kita disuruh beli padahal mereka yang jual. Jangan sampai terperangkap.
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Apa yang trader perlu tahu berkenaan Swing Trading?

Nak swing berapa lama?
Sanggup ke tunggu lama sebelum capai TP kita?
Syok beli kat akar, TP kat pucuk. Betul ke? Kalau Kita 'TER'beli kat pucuk?

Ingat, swing pun kena Ada Trading Plan ya.
Entry Price, Target Price, Stop Loss, RRR ..Semua ni kena Ada.
2. Swing trader

a. Swing
Para trader ini mencari keuntungan ketika harga bergerak naik dan turun di timeframe tertentu. Jika anda perhatikan, harga sesuatu kaunter akan bergerak naik dan turun (zig-zag) dalam tempoh masa beberapa minggu atau bulan. Jadi walaupun fundamental bagus, tidak mungkin harga akan bergerak lurus kan?

Anda boleh membayangkan pergi ke kawasan bukit / gunung, jalan yang kita lalui pastinya akan naik turun. Untuk swing kita ambil posisi di lembah dan jual di puncak bukit istilahnya begitu.

Untuk melakukan ini anda perlu menganalisis teknikal dan setidaknya analisis fundamental walaupun tidak terlalu mendalam. Analisis boleh dilakukan ketika pasaran bursa tutup (malam hari) atau hujung minggu.

Jika sudah selesai melakukan analisis, kita bolehlah setkan auto order agar dapat merge sendiri harganya. Teknik yang digunakan biasanya seperti trade on break out, beli di support, pakai elliot wave, memanfaatkan trend komuditi yang sedang naik, dsb.

Jika anda adalah trader ini, jangan ragu-ragu untuk melakukan cut loss. Saya sering menemukan trader yang menjadi investor secara tiba-tiba gara-gara harga turun terus, tapi trader itu takut untuk cut loss kerana berharap suatu hari nanti harga akan naik. Ya betul, kalau naik, kalau tak naik?

b. Position / Core
Trader jenis ini boleh digelar setengah swing dan setengah investor. Cara trade nya seperti swing biasa, tapi target jualnya adalah puncak swing terbesar. Sehingga lama waktu hold posisi sehingga berbulan-bulan.

Jika dianalogikan, maka swing jual di puncak bukit, sedangkan position jual di puncak gunung. Jadi ketika melewati bukit dan lembah kita boleh beli terus-terusan. Nanti kalau trend harga turun maka kita selamat.

Jangan lupa kalau in position, setidak-tidaknya harga disemak sehari atau beberapa hari sekali. Tak sampai 1 minit pun. Waktu malam pun boleh. Hal ini untuk memastikan agar tidak ada masalah.

Boleh semua?
3. Investor / Jangka panjang

Target sahamnya boleh jadi tahunan, misalnya 5 tahun. Para trader ini sangat memerhatikan fundamental analisis sesuatu syarikat / kaunter sedetail mungkin. Trader jenis ini sebaik-baiknya juga harus tahu analisis teknikal ringkas. Contohnya faham cara menggunakan indikator, tahu bila harga terendah dan tertinggi itu di mana. Sehingga memaksimumkan profit.

Jika investor / Trader jenis ini sudah entry position, mereka tidak peduli harga bergerak zig-zag di bukit, mereka tahu titik akhir harga. Kalau dianalogikan dengan pergunungan tadi, maka investor beli di dasar gunung dan jual di puncak gunung tertinggi. Jika sudah ada position, jangan lupa juga semak saham misalnya sebulan sekali. Kalau ada berita besar tentang penawaran pegangan saham tersebut sebaiknya kita cakna tentang prestasi atau potensi sahamnya. Bermaksud, ianya boleh jadi uptrend atau Downtrend. Take note ya!
Initial Public Offering(IPO)

IPO merupakan proses permulaan tawaran saham syarikat swasta kepada orang awam dalam menebit saham baru. Syarikat swasta yang ingin menjual Saham secara awam haruslah membuat pengumuman kepada awam melalui “prospectus” syarikat bagi memberi pengenalan dan menyatakan kedudukan kewangan syarikat kepada awam. Pelabur akan membuat pembayaran secara terus kepada syarikat melalui agensi- agensi terbabit seperti sahammitionline untuk permohanan saham IPO bumiputra, atau melalui bank yang dilantik untuk memohon saham IPO awam. Setiap individu yang memohon akan melalui proses pengundian bagi menentukan pengesahan tawaran pemilikan. Hanya pemohon yang mempunyai kelayakan dan akaun saham (akaun CDS) dibenarkan untuk memohon IPO.

Syarikat yang mempunyai potensi untuk mengembang lebih besar akan memberikan pulangan yang tinggi semasa penyenaraian IPO melalui pasaran utama. Umum mengetahui pelaburan melalui IPO adalah berisiko rendah dengan potensi pulangan yang tinggi. Namun, kajian kewangan syarikat dan potensi syarikat haruslah dititikberatkan semasa pembelian IPO. Para pelabur boleh mendapatkan maklumat mengenai IPO syarikat, anda boleh pergi ke laman sesawang rasmi Bursa Malaysia. Disana anda akan mengetahui update senarai syarikat yang akan menawarkan IPO, jangkaan tarikh terbitan berserta jangkaan harga jualan seunit.

Seperti yang anda tahu, sebelum anda membeli IPO sesebuah syarikat anda haruslah membaca prospektus terlebih dahulu.

Apa yang dimaksudkan dengan prospektus?

Prospektus merupakan satu dokumen yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan syarikat mereka di dalam Bursa Malaysia. Daripada syarikat berstatus sendirian berhad (sdn bhd) kepada berhad (bhd) / awam.

Prospektus ini diterbitkan bertujuan untuk menarik orang ramai untuk membeli saham syarikat mereka. Maklumat yang disediakan di dalam prospektus haruslah lengkap dan relevan mengenai syarikat tersebut.

Tidak semua saham yang anda laburkan akan memberi keuntungan malah akan memberi kerugian jika anda tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membeli saham sesebuah syarikat itu. Anda boleh mengkaji prospektus menggunakan teknik kajian fundamental. Antaranya adalah:

Maklumat perniagaan
Maklumat kewangan
Pemegang saham, pengarah, dan pengurusan
Pertimbangan risiko
Hala tuju syarikat

Semoga bermanfaat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat hari raya aidilfitri daripada seluruh warga TASMA. Maaf zahir dan batin..
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perutusan Khas Aidilfitri dari Peneraju TASMA Group.
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua..
Harap semua dah ready utk minggu yg baru.. selepas cuti Hari Raya..
Sy kongsikan Cara pembelian saham Pre-opening Dan juga Pre-closing ..
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Apa itu Candlestick

Pemahaman ke atas candlestick merupakan perkara yang paling asas yang perlu difahami dalam analisa teknikal.

Berikut adalah empat komponen asas dalam pembentukan sesebuah candle stick:

– Harga pembukaan/Open price
– Harga penutupan/Close price
– Harga tertinggi/ Highest price
– Harga Terendah/ Lowest price

Candlestick terbahagi kepada dua warna; iaitu hijau dan merah. Namun, ada juga carta yang menggunakan candle stick putih dan juga hitam sebagai petanda, di mana warna putih adalah merujuk kepada candlestick hijau dan warna hitam merujuk kepada candlestick merah.

Harga penutup yang lebih tinggi berbanding harga pembukaan akan membuatkan candlestick hijau terbentuk. Harga penutup yang lebih rendah berbanding harga pembukaan pula akan membuatkan candlestick berwarna merah terbentuk.

Harga penutupan dan harga pembukaan inilah yang akan membentuk “body” candlestick tersebut.

Garisan berlebihan yang dilihat pada bahagian atas mahu pun pada bahagian bawah sesebuah candlestick itu pula dikenali sebagai shadow. Shadow ini terbentuk hasil daripada pergerakan harga di sepanjang pasaran saham dibuka pada hari tersebut mulai jam 9 pagi sehinggalah jam 5 petang.

Di bahagian atas kedua-dua candle hijau dan merah itu menunjukkan “highest price”, iaitu harga tertinggi yang berjaya dicapai pada hari tersebut, manakala garisan atau shadow di bawah pula menunjukkan “lowest price” yang berjaya dicapai pada hari tersebut. Shadow ini terbentuk disebabkan pergerakan harga yang berlaku, di mana harga tidak dibuka atau ditutup pada harga yang sama, sebaliknya hanya menyentuh pada harga-harga tersebut pada hari itu.

Gabungan candlestick inilah yang akan membentuk pergerakan harga saham pada carta teknikal yang biasa kita lihat dalam screener-screener yang ada.

Contoh carta harga yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa candle stick yang terbentuk.

Dengan merujuk kepada candlestick yang terbentuk sahaja, kita dapat meramal emosi para pelabur pada hari tersebut. Jika yang terbentuk adalah candlestick berwarna hijau, ia membawa maksud bahawa demand melebihi supply, di mana para pembeli sudi membeli pada harga yang lebih tinggi sehingga menyebabkan harga terus meningkat naik.

Di sini kita faham bahawa para pelabur gembira untuk membeli pada hari tersebut. Maka, mereka sudi membeli dengan harga yang lebih tinggi sehingga berlakulah kenaikan harga dan menyebabkan candlestick hijau terbentuk. Inilah juga yang dikenali sebagai “bullish candlestick”.

Perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila candle stick berwarna merah terbentuk, di mana emosi para pelabur adalah kurang baik dan mungkin dalam keadaan takut. Candlestick merah pula dikenali sebagai “bearish candlestick”.

Pernahkah anda mendengar nasihat bahawa masa terbaik untuk membeli saham sesuatu syarikat itu adalah apabila sudah melepasi jam 11 pagi? Apa sebabnya?

Ini adalah berkait rapat dengan emosi para pelabur, di mana pada sekitar jam 9 pagi hingga 10 pagi, emosi para pelabur kurang stabil kerana mereka cenderung untuk berasa tamak dengan berita yang keluar sehingga sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Apabila emosi ini menguasai diri, ada pihak yang mengambil peluang untuk menjual dengan harga yang tinggi sehinggakan harga saham syarikat naik dengan tinggi pada waktu pagi.

Menjelang jam 11 pagi, barulah dilihat bahawa emosi mereka ini telah mula reda dan pada waktu inilah kebiasaannya solid body bagi candlestick itu terbentuk. Pergerakan harga yang berjaya disentuh pada belah pagi itu pada kebiasaannya akan membentuk shadow sahaja pada candlestick tersebut.