TASMA Trader Saham
9.02K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
gbgaqrs pennant.. insyaallah ada potensi.
GBGAQRS ada potensi besar.. chart pattern
Assalamualaikum semua. Selamat Pagi.
.
Boleh review kaunter TANCO ni, cuba melepasi paras Resistance 0.575 yang kuat beberapa kali. Once Breakout, insyaallah akan naik lagi. Cari peluang Entry ketika harga membuat retracement di RBS nanti.
.
Untuk kajian sahaja. Bukan Buycall.
Bahaya False Breakout / Bull Trap

False Breakout / Bull trap adalah situasi di mana pergerakan harga saham memberikan petunjuk belian yang palsu dengan melakukan breakout dari paras harga tertinggi dan harga saham seakan bakal meneruskan pergerakan uptrend.

Namun, apabila situasi bull trap berlaku, harga saham berjaya melakukan breakout tetapi tidak berjaya meneruskan pergerakan uptrend. Sebaliknya, harga saham kembali turun di bawah paras breakout tersebut dan meneruskan pergerakan downtrend.

Ianya digelar bull trap kerana pergerakan harga sebegitu banyak membuat pedagang dan pelabur tersilap percaturan dengan membuat belian ketika breakout terjadi dan akhirnya terperangkap dengan membeli pada harga yang tinggi.

Situasi ini juga mengakibatkan pedagang dan pelabur hanya mempunyai dua pilihan, iaitu :
i) cut-loss
ii) Terus memegang saham tersebut dengan berharap harga saham akan kembali meningkat pada masa akan datang.
Ada apa dengan DIVERGENCE?

Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu aset bergerak berlawanan dengan indikator teknikal dan kebiasaannnya indikator dari kelas oscillator, ataupun berlawanan dengan data data yang lain.
.
Divergence juga ingin memberi amaran bahawa trend semasa mungkin semakin melemah dan reversal trend akan berlaku pada bila bila masa sahaja.
Terdapat dua jenis divergence iaitu :
1. Bullish divergence
2. Bearish divergence.
.
Bullish divergence menunjukkan kebarangkalian untuk uptrend reversal terjadi selepas pergerakan downtrend manakala bearish divergence menunjukkan uptrend semakin melemah dan reversal downtrend bakal terjadi.
Indikator

Indikator memainkan peranan yang sangat penting dalam menganalisa carta teknikal dan biasanya lain indikator akan memberikan signal belian yang berbeza .

Ini merupakan antara fungsi asas Dan juga peranan setiap indikator popular ini bertindak. Setiap indikator mewakili maksud Yang berbeza. Jangan tersalah faham.

Kita juga boleh menggabungkan beberapa Jenis indikator, untuk lebih menguatkan pemahaman Kita Dalam menganalisis kaunter saham.
Time Frame Yang Sesuai Untuk Beli Saham

Pemilihan time frame adalah penting mengikut kepada strategi trading mereka (intraday, swing, Mid-Term atau Long-Term). Dalam menganalisis chart, trader boleh memilih menggunakan time frame weekly, daily, 30 minit, dan 1 minit mengikut kesesuaian & trading plan masing2.

Di dalam menganalisa chart, fasa uptrend, sideway dan downtrend boleh berbeza-beza mengikut pemilihan time frame. Oleh itu, time frame yang lebih pendek akan berlaku pengubahan fasa yang lebih cepat. Ini kerana time frame yang lebih pendek bergerak lebih pantas berbanding time frame yang lebih panjang.
🎯Trader INTRADAY boleh gunakan tick chart atau minit chart (5,15,30 minit) atau hourly chart. Golongan ini lebih suka membeli dan menjual kurang dari satu jam, terkadang hanya untuk beberapa minit. Mereka mampu melakukan 2-3 transaksi dalam satu jam.

🎯Trader DAILY boleh gunakan hourly chart dan daily chart. Golongan ini sukakan pergerakan market pada hari yang sama. Kebiasaanya beberapa jam sahaja, akan trade sebanyak 2-3 kali sehari.

🎯Trader SHORT-TERM boleh gunakan daily chart. Golongan ini suka beli dan jual dalam beberapa minggu, kadangkala sehingga sebulan. Melakukan trade beberapa kali dalam seminggu.

🎯Trader MID-TERM boleh gunakan daily chart atau weekly chart kerana pergerakannya tidak terlalu agresif dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Golongan ini suka meletakkan pegangan mereka sehingga beberapa bulan, terkadang sehingga hampir setahun. Melakukan trade sebanyak 2-3 kali sebulan.
TREND IS YOUR FRIEND βœ…

Trend market ada 3.
Uptrend, downtrend dan sideway.

Hari ni saya nk kongsikan salah 1 cara utk kita kenalpasti trend market & cara utk kita follow trend market.

Salah 1 cara adalah menggunakan indikator Moving Average (MA). Untuk setting MA boleh gunakan Exponential Moving Average 20 & 50.

Entry position dalam market bila terjadinya persilangan antara EMA20 &  EMA50

Semoga bermanfaat semua🀝
Que Buy & Que Sell.
Apa yang kita perlu faham?
.
Kenapa perlu Que? Kenapa tidak kita terus Buy atau terus Sell?
Hal ini ada kaitannya dengan Volume Analisis untuk mengkaji sama ada kaunter ini mempunyai momentum ataupun tidak.
.
Rujuk Video yang sy sediakan di bawah untuk lebih kefahaman πŸ‘‡
Contoh Chart Pattern Yang Selalu Hadir Dalam Market

πŸ“Œ Contoh Chart Pattern Double Top,Double Bottom, Triple Top dan Triple Bottom
Assalamualaikum & selamat pagi traders.

Update terkini senarai kaunter2 baru shariah & non-shariah buat rujukan semua.

Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum & selamat pagi semua.
.
Sesetengah trader hanya fokus kepada body Sahaja, tetapi mengabaikan kepentingan Shadow. Shadow juga memainkan peranan Dalam memberikan gambaran sebenar prestasi Kaunter, Dan juga momentum harga bagi Kaunter tersebut.
.
Ikuti penerangan nya. πŸ‘‡

Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum Semua 😊

TRADING TIPS HARINIπŸ“

3 CARA UNTUK JANGKA PERUBAHAN TREND MARKET

1️⃣ Market gagal untuk break ketinggian harga sebelumnya (higher high) yg menandakan momentum menaik/bullish
semakin berkurang.

2️⃣ Market melepasi harga terendah sebelumnya (higher low)

3️⃣ Market buat pullback dan membuat bearish correction dan ada trendline breakout yg menandakan confirmation market akan terus turun.

Semoga bermanfaat kepada trader yang belum konsisten profit