TASMA Trader Saham
9.26K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Hari ini semua Indeks Dan juga Paras Pasaran saham jatuh.
.
Ada yang mengambil inisiatif untuk rileks sementara , tunggu pasaran pulih dahulu sebelum mula aktif kembali Dalam jualbeli saham.
Ada juga pelabur yang tahu bila nak beli apabila harga saham sedang berada di paras diskaun atau β€œBeli Rendah”.
.
Ini membawa Kita kepada soalan seterusnya: Kenapa pelabur bijak begitu yakin untuk beli saham apabila harga jatuh?
.
Tepuk dada, Tanya hati. Nak ikut yang mana? Anda tentukan...
Ambil pendekatan "Tengok Dahulu" atau "Rebut Peluang"? Jangan lupa Trading Plan.
Jenis-jenis Moving Average

Moving Average merupakan indikator dalam analisis teknikal yang cukup popular. Ada banyak versi Moving Average yang digunakan sebagai indikator Analisis Teknikal, iaitu contohnya:

πŸ“ŒSimple Moving Average (SMA)
πŸ“ŒWeighted Moving Average (WMA)
πŸ“ŒExponential Moving Average (EMA)
Gambar di atas menunjukkan perbandingan ketiga-tiga jenis MA tersebut dengan period yang sama. Dapat terlihat dari ketiga-tiga jenis MA tersebut yang paling sensitif dengan pergerakan harga adalah WMA, disusuli dengan EMA kemudian yang terakhir SMA.

πŸ“ŒKerana sifatnya ini, WMA dan EMA sering dipakai untuk trading dalam jangka pendek, sedangkan SMA dipakai oleh investor jangka panjang.
Bollinger Bands
.
Merupakan antara indikator yang dikenali dan sering kali digunakan oleh trader dalam membaca chart.
.
Terdapat 3 line penting dalam indikator ini:
πŸ“Œupper band
πŸ“Œmiddle band
πŸ“Œlower band
.
Secara ringkasnya, middle band bertindak sebagai Support And Resistance (SNR) dan sebagai penanda aras dalam sesuatu kaunter yang sedang dalam keadaan uptrend mahupun downtrend.
.
Upper band pula bertindak sebagai signal penjualan jika harga melebihi limit daripada bollinger band itu.
.
Manakala Lower band pula sebaliknya.
Selain daripada Teknikal Analisis, Fundamental Analisis, Pengurusan Emosi, 1 bab lagi iaitu Money Management (MM) juga penting.
Nak labur byk2 kaunter ke atau fokus pada 1 kaunter ke atau macamana? Dengan keadaan Pasaran yang belum kukuh ketika ini.
.
Sini ada jawapannya πŸ‘‡
Semoga bermanfaat
Kaunter Kajian VOLCANO.
.
Price dalam keadaan Uptrend yang mana kita perlu ikut arus trend saham, bukan melawan arus.
.
Line biru sedang melewati Line merah dalam indikator MACD dan berada di Zon Positive. Insyaallah boleh naik lagi kerana harga sebelumnya berada di kawasan Outer BB. Jika dilihat pada Market Depth juga menarik untuk dipantau. Cuba cari peluang Entry, TP pada 1.060.
.
Ini adalah untuk tujuan Kajian dan pembelajaran sahaja, boleh sediakan Trading Plan masing2.
Ahlan Wasahlan Marhaban Ya Ramadhan πŸŒ™

Ramadhan kini tiba dan kami setulus hati mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, diberkati dan dirahmati πŸ€²πŸ»πŸ˜‡
Cara Menganalisis Kaunter Menggunakan Moving Average dalam Saham.

Cara menggunakan MA adalah sangat mudah. Memandangkan indikator MA digunakan untuk membaca trend sesebuah kaunter maka ia membantu pelabur untuk melakukan keputusan sama ada Buy atau tidak kaunter tersebut.

πŸ“ˆJika price berada di atas garisan MA, ia bermaksud Uptrend dan pelabur harus mencari peluang Buy
πŸ“‰Jika price berada di bawah garisan MA, ia bermaksud Downtrend dan pelabur harus Sell saham mereka.

Moving average berkesan dalam mencari arah trend pasaran sahaja. Namun, untuk melakukan entry, anda harus mencari indikator lain yang boleh membantu anda melakukan entry pada tahap harga yang mempunayi risk and reward yang lebih menguntungkan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan signal daripada candlestick iaitu Candlestick reversal signal seperti pinbar sebagai signal entri anda.
TRADING TIPSπŸ“

KESABARAN KUNCI UTAMA DALAM TRADING

Punca kenapa trader tidak konsisten adalah terlalu gopoh untuk mencari entry dan kurang kesabaran ketika berhadapan dengan market.

Hari ni saya nak nasihatkan kepada trader supaya kekal tenang dan sabar sebelum mengambil keputusan masuk position dalam market.

Sebagai contoh, apabila berlakunya breakout di zon resistance, jangan terburu-buru untuk entry.. Sebaiknya tunggu market buat correction dan ada breakout setup, baru anda boleh entry.

Semoga ilmu ni dapat membantu anda😊
3 Jenis Gap Yang trader perlu tahu:

1. Breakaway gap terjadi apabila gap tersebut disertai dengan breakout pada paras resistance. Sebagai contoh, harga close semalam adalah RM 1 dan resistance di sekitar RM 1.10. Pada keesokan harinya terjadi gap yang dibuka pada harga RM 1.20. Gap ini dinamakan sebagai breakaway gap.

Apabila gap up terjadi, kebiasaannya ia akan meroketkan harga. Atau bahasa mudahnya, ia akan memulakan perjalanan uptrend. Jadi, boleh lah amik posisi terbaik untuk entri.

2.Exhausted gap pula jadi waktu dihujung2 trend. Basicallya, gap ini akan fill in yang mana price akan tutup balik gap ni dan reverse. Pada mereka yang degil dan suka berharap, harapnya berhati2. Jangan terciduk di kemudian hari.

3. Dan terakhir adalah runaway gap. Dalam masa anda sedang berlari, tiba tiba anda melompat. Itulah runway gap. Beza runway gap dengan breakaway gap adalah breakaway gap jadi waktu permulaan trend, manakala runway gap terjadi di tengah tengah trend. Ia boleh jadi waktu uptrend mahupun downtrend.
Follow The Trend atau Counter The Trend

Masing-masing mempunyai risk appetite tersendiri. Mengikut kajian, memang ramai yang lebih gemar untuk follow trend berbanding untuk counter trend. Kalau nak counter trend juga, ianya mestilah counter semasa retracement ataupun mengikut directional trend yang lebih besar.

Tetapi ada juga yang berpendapat kalau kita counter the trend adalah lebih menguntungkan apabila bila dalam keadaan diskaun dan harga lebih murah.
Yang Follow Trend

1. Trade pada saham yang sektor sedang hot
2. Dalam keadaan uptrend.

Untuk follow trend ada banyak indikator ataupun drawing tool yang boleh bantu. Contoh macam trendline, equidistant channel, pitchfork, fibonacci. Kebiasaannya, trader perlu mahir dalam analisis teknikal yang asas seperti penggunaan support and resistance, Supply and Demand dan sebagainya.
Yang Counter Trend

Bagi sesetengah trader pula, mereka cukup suka counter trend yang mana beli masa harga betul-betul jatuh. Harga saham yang dia beli selalunya dibawah Intrinsic Value ditambah dengan Margin of Safety (lebih bersifat fundamental)

Bila kita lihat dalam chart, memang menarik untuk beli pada saham yang sedang dalam keadaan downtrend. Tetapi perlu yakin kerana kekuatan fundamental syarikat itu sendiri memberikan satu semangat untuk terus hold. Bila harga jatuh, dibeli lagi, kerana bagi pelabur, harga yang jatuh adalah harga diskaun.

Kebiasaan istilah yang digunakan adalah Tangkap Pisau, High Risk, tetapi tidak mustahil harga akan rebounce semula untuk membuat kenaikan. Yang penting adalah buat kajian secukupnya.
Jadi kesimpulan daripada topik Follow Trend VS Counter Trend adalah:

πŸ“ˆFollow trend sesuai untuk trader
πŸ“‰Counter trend sesuai untuk investor

πŸ“ŒNota

Jangan mencampur adukkan antara investor dan juga trader. Perlu disiplin dalam membuat trading plan keduanya. Perlu selalu rajin buat back test, dan juga forward test, insyaallah akan tahu bila masa nak jadi investor, bila perlu jadi trader.
Cara Menganalisis Kaunter Menggunakan Moving Average dalam Saham.

Cara menggunakan MA adalah sangat mudah. Memandangkan indikator MA digunakan untuk membaca trend sesebuah kaunter maka ia membantu pelabur untuk melakukan keputusan sama ada Buy atau tidak kaunter tersebut.

πŸ“ˆJika price berada di atas garisan MA, ia bermaksud Uptrend dan pelabur harus mencari peluang Buy
πŸ“‰Jika price berada di bawah garisan MA, ia bermaksud Downtrend dan pelabur harus Sell saham mereka.

Moving average berkesan dalam mencari arah trend pasaran sahaja. Namun, untuk melakukan entry, anda harus mencari indikator lain yang boleh membantu anda melakukan entry pada tahap harga yang mempunayi risk and reward yang lebih menguntungkan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan signal daripada candlestick iaitu Candlestick reversal signal seperti pinbar sebagai signal entri anda.
Parameter risk reward ratio

Risk Reward Ratio yang ideal dapat diterima pada angka 1: 3, atau tiga unit pengembalian yang diharapkan untuk setiap satu unit risiko tambahan.

Win rate dimana yang memiliki erti berapa peratus kemenangan dari strategi yang anda gunakan dapat digunakan sebagai indikator tambahan dalam mengira Risk Reward Ratio.

Jadual di atas menunjukkan hubungan antara winrate dengan RRR. Perhatikan baris risk reward 2: 1, terlihat dalam jadual perlu tahap kemenangan sebesar 33% saja. Ertinya andai kata anda trading sebanyak 100 kali dan memiliki ratio 2: 1, maka trading dengan winrate 33% masih dapat diterima.
Que Buy & Que Sell.
Apa yang kita perlu faham?
.
Kenapa perlu Que? Kenapa tidak kita terus Buy atau terus Sell?
Hal ini ada kaitannya dengan Volume Analisis untuk mengkaji sama ada kaunter ini mempunyai momentum ataupun tidak.
.
Rujuk Video yang sy sediakan di bawah untuk lebih kefahaman πŸ‘‡