TASMA Trader Saham
9.04K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Tips Sebagai Swing Trading

1. Sedar Diri Dengan Modal Yang Ada
Ini perkara utama yang kena kita kena clear. Sedar diri. Modal kena realistik. Mindset cepat kaya kena buang jauh-jauh. Modal RM2,000 untuk mula di Bursa Malaysia itu agak realistik.

2. Mencari Saham Yang Mempunyai Momentum
Menjadi swing trader, kita tidak akan fokus kepada buy and hold position. Mindset kita adalah winning position.
Oleh itu penguasaan ilmu Teknikal Ananlisis adalah amat penting.

3. Entry Hanya Bila Market Betul Steady Dan Ada Entry Atau Reversal Signal
Selain daripada teknikal analisis, ambil kira juga fundamental analisis untuk menentukan market betul steady. News daripada platform pelaburan seprti investing.com, tradingview, dll perlu dipertimbangkan.
Di Bursa Malaysia, news tentang minyak memang bagi kesan pada saham yang ada hubungkait. Senang untuk meluncur naik dan senang untuk meluncur jatuh.

4. Jangan Kejar Harga
Ini pantang larang untuk menjadi swing trader. Jika anda kejar harga, takut terciduk dengan pasaran. Kebanyakkan mereka yang terkena sebab kejar harga, tiba-tiba berubah menjadi seorang “Pelabur Jangkamasa Panjang”. Gara-gara hope, sedapkan hati bisnes saham syarikat yang dibeli bagus.

5. Disiplin Take Profit Dan Cut Loss
Untuk swing trading, kita mesti ada target take profit dan cut loss. Range take profit adalah sekitar 10% – 30% setiap trade. Dan range cut loss tidak lebih daripada 10% – 20%.
Kesilapan biasa yang sering berlaku kepada swing trader adalah tidak cut loss secepat mungkin tetapi take profit sepantas mungkin. Hal ini menyebabkan portfolio mereka semakin teruk dan modal semakin ciput.
Heiken Ashi merupakan sebuah indikator yang akan menunjukkan purata harga harian pada sesuatu timeframe.

Di dalam heiken ashi terdapat dua jenis candle iaitu bullish candle dan bearish candle sahaja.

Yang menariknya mengenai heiken ashi, anda tidak perlu untuk menghafal berbagai-bagai jenis pattern candle untuk menentukan continuity ataupun reversal sesuatu harga.
Asas Bacaan Teknik Trading Dengan Heiken Ashi

📌Buy apabila indikator menunjukkan candle berwarna Hijau
📌Sell apabila indikator menunjukkan candle berwarna merah
📌Candle tanpa shadow berlawanan menunjukkan momentum yang sangat kuat
📌Candle dengan shadow berlawanan menunjukkan momentum sedang melemah
Teknik T+ (Box Trading)

Sesuai untuk short term trading dengan melihat kepada beberapa Candlestick selama 3 hari.
Sebab perlu tunggu tiga hari selepas kenaikan yang mendadak kerana mengandaikan lepas tiga hari, harga akan naik dan boleh keluar dalam keadaan profit. Ada yang jenis masuk masa T3, ada yang jenis masuk T4. Tapi ramai yang masuk kat T3 sebab kalau kat T4 harga dah tinggi. Tetapi ada syarat2 tertentu berkaitan dengan Volume.
.
Tak faham? Play Video Di bawah 👇
Hari ini semua Indeks Dan juga Paras Pasaran saham jatuh.
.
Ada yang mengambil inisiatif untuk rileks sementara , tunggu pasaran pulih dahulu sebelum mula aktif kembali Dalam jualbeli saham.
Ada juga pelabur yang tahu bila nak beli apabila harga saham sedang berada di paras diskaun atau “Beli Rendah”.
.
Ini membawa Kita kepada soalan seterusnya: Kenapa pelabur bijak begitu yakin untuk beli saham apabila harga jatuh?
.
Tepuk dada, Tanya hati. Nak ikut yang mana? Anda tentukan...
Ambil pendekatan "Tengok Dahulu" atau "Rebut Peluang"? Jangan lupa Trading Plan.
Jenis-jenis Moving Average

Moving Average merupakan indikator dalam analisis teknikal yang cukup popular. Ada banyak versi Moving Average yang digunakan sebagai indikator Analisis Teknikal, iaitu contohnya:

📌Simple Moving Average (SMA)
📌Weighted Moving Average (WMA)
📌Exponential Moving Average (EMA)
Gambar di atas menunjukkan perbandingan ketiga-tiga jenis MA tersebut dengan period yang sama. Dapat terlihat dari ketiga-tiga jenis MA tersebut yang paling sensitif dengan pergerakan harga adalah WMA, disusuli dengan EMA kemudian yang terakhir SMA.

📌Kerana sifatnya ini, WMA dan EMA sering dipakai untuk trading dalam jangka pendek, sedangkan SMA dipakai oleh investor jangka panjang.
Bollinger Bands
.
Merupakan antara indikator yang dikenali dan sering kali digunakan oleh trader dalam membaca chart.
.
Terdapat 3 line penting dalam indikator ini:
📌upper band
📌middle band
📌lower band
.
Secara ringkasnya, middle band bertindak sebagai Support And Resistance (SNR) dan sebagai penanda aras dalam sesuatu kaunter yang sedang dalam keadaan uptrend mahupun downtrend.
.
Upper band pula bertindak sebagai signal penjualan jika harga melebihi limit daripada bollinger band itu.
.
Manakala Lower band pula sebaliknya.
Selain daripada Teknikal Analisis, Fundamental Analisis, Pengurusan Emosi, 1 bab lagi iaitu Money Management (MM) juga penting.
Nak labur byk2 kaunter ke atau fokus pada 1 kaunter ke atau macamana? Dengan keadaan Pasaran yang belum kukuh ketika ini.
.
Sini ada jawapannya 👇
Semoga bermanfaat
Kaunter Kajian VOLCANO.
.
Price dalam keadaan Uptrend yang mana kita perlu ikut arus trend saham, bukan melawan arus.
.
Line biru sedang melewati Line merah dalam indikator MACD dan berada di Zon Positive. Insyaallah boleh naik lagi kerana harga sebelumnya berada di kawasan Outer BB. Jika dilihat pada Market Depth juga menarik untuk dipantau. Cuba cari peluang Entry, TP pada 1.060.
.
Ini adalah untuk tujuan Kajian dan pembelajaran sahaja, boleh sediakan Trading Plan masing2.
Ahlan Wasahlan Marhaban Ya Ramadhan 🌙

Ramadhan kini tiba dan kami setulus hati mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, diberkati dan dirahmati 🤲🏻😇
Cara Menganalisis Kaunter Menggunakan Moving Average dalam Saham.

Cara menggunakan MA adalah sangat mudah. Memandangkan indikator MA digunakan untuk membaca trend sesebuah kaunter maka ia membantu pelabur untuk melakukan keputusan sama ada Buy atau tidak kaunter tersebut.

📈Jika price berada di atas garisan MA, ia bermaksud Uptrend dan pelabur harus mencari peluang Buy
📉Jika price berada di bawah garisan MA, ia bermaksud Downtrend dan pelabur harus Sell saham mereka.

Moving average berkesan dalam mencari arah trend pasaran sahaja. Namun, untuk melakukan entry, anda harus mencari indikator lain yang boleh membantu anda melakukan entry pada tahap harga yang mempunayi risk and reward yang lebih menguntungkan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan signal daripada candlestick iaitu Candlestick reversal signal seperti pinbar sebagai signal entri anda.
TRADING TIPS📝

KESABARAN KUNCI UTAMA DALAM TRADING

Punca kenapa trader tidak konsisten adalah terlalu gopoh untuk mencari entry dan kurang kesabaran ketika berhadapan dengan market.

Hari ni saya nak nasihatkan kepada trader supaya kekal tenang dan sabar sebelum mengambil keputusan masuk position dalam market.

Sebagai contoh, apabila berlakunya breakout di zon resistance, jangan terburu-buru untuk entry.. Sebaiknya tunggu market buat correction dan ada breakout setup, baru anda boleh entry.

Semoga ilmu ni dapat membantu anda😊
2
3 Jenis Gap Yang trader perlu tahu:

1. Breakaway gap terjadi apabila gap tersebut disertai dengan breakout pada paras resistance. Sebagai contoh, harga close semalam adalah RM 1 dan resistance di sekitar RM 1.10. Pada keesokan harinya terjadi gap yang dibuka pada harga RM 1.20. Gap ini dinamakan sebagai breakaway gap.

Apabila gap up terjadi, kebiasaannya ia akan meroketkan harga. Atau bahasa mudahnya, ia akan memulakan perjalanan uptrend. Jadi, boleh lah amik posisi terbaik untuk entri.

2.Exhausted gap pula jadi waktu dihujung2 trend. Basicallya, gap ini akan fill in yang mana price akan tutup balik gap ni dan reverse. Pada mereka yang degil dan suka berharap, harapnya berhati2. Jangan terciduk di kemudian hari.

3. Dan terakhir adalah runaway gap. Dalam masa anda sedang berlari, tiba tiba anda melompat. Itulah runway gap. Beza runway gap dengan breakaway gap adalah breakaway gap jadi waktu permulaan trend, manakala runway gap terjadi di tengah tengah trend. Ia boleh jadi waktu uptrend mahupun downtrend.
Follow The Trend atau Counter The Trend

Masing-masing mempunyai risk appetite tersendiri. Mengikut kajian, memang ramai yang lebih gemar untuk follow trend berbanding untuk counter trend. Kalau nak counter trend juga, ianya mestilah counter semasa retracement ataupun mengikut directional trend yang lebih besar.

Tetapi ada juga yang berpendapat kalau kita counter the trend adalah lebih menguntungkan apabila bila dalam keadaan diskaun dan harga lebih murah.
Yang Follow Trend

1. Trade pada saham yang sektor sedang hot
2. Dalam keadaan uptrend.

Untuk follow trend ada banyak indikator ataupun drawing tool yang boleh bantu. Contoh macam trendline, equidistant channel, pitchfork, fibonacci. Kebiasaannya, trader perlu mahir dalam analisis teknikal yang asas seperti penggunaan support and resistance, Supply and Demand dan sebagainya.