TASMA Trader Saham
9.26K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
TASMA Trader Saham
Kaunter Kajian CITAGLB . Alhamdulillah harga sudah Naik ke paras resistance. Insyaallah Akan menembusi harga Dan break resistance mengikut kepada momentum volume. . Bagi yg follow kaunter ni, alhamdulillah dapat sedikit profit. Ini bukan buycall ya, untuk…
Kaunter Kajian CITAGLB
.
Harga dah Fly once dah breakout Resistance. Kita dah remark kaunter ni pada 22/12/2022 dan harini dah nampak hasil apabila dah cecah price 0.355 pada sesi pada sesi pagi. Alhamdulillah kajian berhasil.
.
Banyak lagi yang kita akan sharing kaunter2 berpotensi pada 2023 ini. insyallah konsisten Profit. Bukan buycall ya, kajian sahaja.
kaunter kajian SWSCAP
.
Nampak menarik, kaunter berkeadaan UPTREND. Cuma mungkin mengambil masa sedikit untuk cuba memecahkan Resistance (TP = 0.415). Akan berlaku retracement sedikit, cari peluang Entry.
.
MACD di zone Positive, persilangan Golden Cross pun baru berlaku, Line biru bersilang di atas Line Merah, so far so good untuk perhatikan kaunter ni.
Boleh remark sebagai kaunter Kajian ya. Bukan Buycall.
Ada apa dengan DIVERGENCE?

Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu aset bergerak berlawanan dengan indikator teknikal dan kebiasaannnya indikator dari kelas oscillator, ataupun berlawanan dengan data data yang lain.
.
Divergence juga ingin memberi amaran bahawa trend semasa mungkin semakin melemah dan reversal trend akan berlaku pada bila bila masa sahaja.
Terdapat dua jenis divergence iaitu :
1. Bullish divergence
2. Bearish divergence.
.
Bullish divergence menunjukkan kebarangkalian untuk uptrend reversal terjadi selepas pergerakan downtrend manakala bearish divergence menunjukkan uptrend semakin melemah dan reversal downtrend bakal terjadi.
Kaunter Kajian SLVEST
.
Harga berada di sekitar Resistance 0.900. Insyaallah akan cuba memecahkan resistance. Once dah pecah resistance, cari peluang entry, sebelum harga pergi ke harga 0.975.
.
Cuma mengambil masa sedikit sebelum harga achieve Target Price. ini untuk tujuan Kajian sahaja ya, bukan buycall.
TASMA Trader Saham
Kaunter Kajian SLVEST . Harga berada di sekitar Resistance 0.900. Insyaallah akan cuba memecahkan resistance. Once dah pecah resistance, cari peluang entry, sebelum harga pergi ke harga 0.975. . Cuma mengambil masa sedikit sebelum harga achieve Target Price.…
Alhamdulillah, Kaunter Kajian minggu lepas SLVEST
.
Dah Hit TP 0.975 harini. Selepas Breakout 0.900 sebelum ni. Ada yang Follow buat kajian sama2? Ada yang Entry? Ada yang buat Profit dari kaunter Ni? Alhamdulillah ada rezeki awal tahun 2023.
.
Sharing kaunter beserta huraian kenapa dan mengapa kaunter2 ini menarik untuk dibincangkan. Bukan Buycall ya.
Next, Kaunter Kajian MESTRON
.
Apa yang kita nampak? Harga semakin membuat New High dan break Resistance sebelumnya.
Apa yang kita belajar? Apabila harga Breakout, harga akan Fly lagi.
.
Jadi? Cari peluang Entry dan kira RRR sama ada berbaloi ataupun tidak. TP1 0.490, TP2 0.510.
Ini untuk tujuan kajian sahaja, bukan Buycall.
TEKNIK GARTLEY semudah TEKNIK ABC? Ye ke ni?
.
Ikuti penerangannya Dalam video yg sy kongsikan Di bawah 👇
.
Apa yg bestnya teknik ni? Tak pernah dengar pun. 🤔
.
Teknik ini menggabungkan harmonic pattern bagi pola2 harga, Dan juga menggunakan Fibonacci untuk meramal pergerakan harga serta menentukan harga entry (EP) Dan juga harga Target (TP).
Kaunter Spot Kajian PELIKAN.
.
Pagi ni kita dapat detect 1 kaunter yang boleh kita pelajari di mana sedang cuba untuk menutup Gap setahun yang lepas (awal 2022).
.
Terdapat peningkatan Volume sejak Oktober 2022 sehingga kini. Kaunter berkeadaan Uptrend, dan dah sudah Touch harga SBR 0.460 sebelumnya.
Indikator MACD juga telah bersilang line Biru di atas line merah (rujuk nota MACD).
.
Harga akan membuat retracement dan turun naik, jadi cari peluang entry, TP pada paras 0.520. Sekadar sharing kajian, bukan Buycall.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TRADING EDUCATION

7 PERKARA TRADER PERLU UNTUK TAMBAH BAIK TRADING

Dalam trading mesti ada profit dan ada juga loss, jadi cara yang macam mana boleh buat kita sentiasa konsisten profit walaupun ada loss ?

Saya sediakan 7 perkara yang wajib trader rujuk diatas untuk menambah baik lagi cara trading harian kita.

Make sure kita sebagai trader jangan pernah rasa kita dah tahu semua perkara, mesti akan ada perkara yang kita tak tahu ataupun terlepas pandang, dengan itu, cuba improve dan mantapkan diri kita supaya dapat menjadi trader yang lebih konsisten.
Tasma Trader mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA.
.
GONG XI FA CAI
Apa itu IPO?
.
Initial Public Offering (IPO) adalah situasi di mana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam. Kenapa ramai Trader yang kejar IPO ni?
.
Kebiasaannya harga IPO pada hari pertama penyenaraian akan melambung tinggi. Betulkah begitu? Di sini kami senaraikan beberapa rekod kaunter IPO yang baru disenaraikan pada awal tahun 2023 ini. Sila buat pemerhatian ya.
Kaunter yang MENAIK ⬆️
Kaunter yang MENURUN ⬇️