TASMA Trader Saham
9.26K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Kaunter Kajian SYSCORP.
.
Mengikut kepada momentum, Price boleh meneruskan kenaikan cuma mengambil masa. Boleh Entry dan TP pada 0.925.
Jika Breakout, Harga boleh Fly. Setkan juga SL yang bersesuaian pada Support terdekat.
.
Ini adalah kaunter Kajian, bukan Buycall.
Cara Melukis Trendline Dalam Trading

Melukis trendline dalam trading merupakan antara topik paling asas yang didedahkan sewaktu anda mula menceburkan diri dalam bidang trading ini. Ianya merupakan sebuah analisa teknikal yang mana trader mendapat idea bahawa price masih dalam keadaan downtrend ataupun uptrend berdasarkan trendline yang dilukis.
Kata Kunci Dalam Melukis Trendline

📌Sekurang-kurangnya memerlukan dua titik untuk menyambungkan sebuah trendline
📌Trendline haruslah dilihat sebagai area untuk diberi perhatian, bukan signal untuk entry.
📌Trend tak selalunya cantik seperti buku. Kadang-kadang terdapat trend yang bergerak dalam keadaan berombak yang menyebabkan trendline sukar untuk dilukis
📌Jangan paksa harga untuk masuk kedalam trendline yang dilukis.
Cara Tarik Trendline.

1. Dapatkan sekurang-kurangnya dua titik
2. Sambungkan dua titik tersebut menggunakan tool trendline
3. Gunakan timeframe yang besar, sekurang kurangnya TF H1 keatas
Kaunter Kajian : CITAGLB
.
Boleh pantau kaunter ini , cari entry pada level Support atau menghampiri support, harga akan buat retracement terlebih dahulu, sebelum mencari Resistance TP pada 0.305.
.
Untuk kajian sahaja, bukan Buycall ya. Cari peluang.
Kaunter Kajian : HIBISC
.
Harga dalam keadaan Uptrend, insyaallah meneruskan kenaikan. Boleh Setkan TP pada 1.210.
Ingat ya, ini adalah kaunter kajian mid Swing, mengambil masa untuk capai target price.
.
Ini sekadar perkongsian kajian sahaja, bukan Buycall.
Kaunter Kajian : MAYBULK
.
Terdapat gap yang besar daripada harga sebelumnya. Dan terletak pada outer BB menandakan masih terdapat momentum pada kaunter ni.Boleh pantau harga ni dan TP terdekat pada 0.510.
.
Sharing kaunter kajian ya, bukan Buycall. Kajian terbaik adalah daripada anda sendiri.
Assalamualaikum Dan selamat tghari.
.
Semoga Indeks FBM KLCI Kita kembali pulih dan menunjukkan pergerakan yang positive untuk pasaran saham yang sihat.
Kaunter Kajian HEXIND breakout lagi! TP terdekat pada 0.810 mengikut kepada Fibonacchi.
.
Peluang untuk cari entry pada harga support dan insyaAllah akan Fly mencari next New Resistance kaunter ni. Mantap.
.
Cantik kaunter ni, dalam keadaan Uptrend juga. Boleh buat kajian ya, bukan Buycall.
kaunter kajian EDARAN .
.
Harga masih belum Break Resistance Trendline lagi. Tapi boleh masukkan dalam Watching List. Once dah break Trendline, harapnya harga akan membuat Kenaikan mendadak dan Break Resistance Seterusnya.
.
Ini sekadar kajian sahaja, bukan Buycall ya. masukkan dalam Watchlist.
Assalamualaikum Semua 😊

TRADING TIPS HARINI📝

3 CARA UNTUK JANGKA PERUBAHAN TREND MARKET

1️⃣ Market gagal untuk break ketinggian harga sebelumnya (higher high) yg menandakan momentum menaik/bullish
semakin berkurang.

2️⃣ Market melepasi harga terendah sebelumnya (higher low)

3️⃣ Market buat pullback dan membuat bearish correction dan ada trendline breakout yg menandakan confirmation market akan terus turun.

Semoga bermanfaat kepada trader yang belum konsisten profit
Apa itu Margin of Safety

Ia merupakan satu zon yang ditentukan oleh para pelabur sebelum melakukan sesuatu pembelian saham. Semakin besar Margin of Safety maka semakin rendah risiko serta semakin tinggi potensi keuntungan yang bakal dimiliki dan begitulah sebaliknya. Namun, jika terlalu jauh peratusan Margin of Safety yang dipilih berkemungkinan anda tidak sempat untuk membeli harga saham tersebut kerana harganya terus menaik.

Untuk mengira margin of safety, anda memerlukan dua maklumat penting iaitu harga pasaran saham semasa dan juga harga intrinsik saham tersebut. Ada berbagai cara yang boleh digunakan untuk mencari nilai intrinsik sesuatu saham namun ia tidak akan diulas di dalam artikel ini demi memberi fokus kepada penggunaan Margin of Safety
Cara Pengiraan

Contohnya, anda mempunyai satu saham yang mempunyai intrinsik value sebanyak RM 1 dan harga saham semasa adalah RM 0.80. Berdasarkan pengiraan menggunakan formula yang diberikan, margin of safety bagi saham tersebut adalah sebanyak 20%. Ini menunjukkan bahawa harga saham tersebut telah mengalami diskaun sebanyak 20%.

Bunyinya sangat mengujakan kerana harga saham tersebut boleh diambil kira sebagai murah dan diskaun sebanyak 20% telah berlaku di dalam kaunter tersebut. Sebagai seorang pelabur anda akan merasakan bahawa harga ini cukup menarik untuk dibeli. Malah kebanyakan pelabur meletakkan margin of safety sekitar 15% daripada harga intrinsic value sesuatu kaunter.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni saya nak share tips berkaitan dengan Candlestick Pattern

APAKAH ITU CANDLESTICK PATTERN?

Candlestick pattern adalah elemen penting dalam teknikal analisis. Setiap trader wajib tahu ilmu candlestick sebagai panduan untuk mereka analisa pergerakan harga di dalam market.

Boleh tengok contoh di dalam gambar diatas, dari bentuk candlestick kita sudah boleh jangka pergerakan harga seterusnya.

Diharapkan anda semua dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini😊
TASMA Trader Saham
Kaunter Kajian : CITAGLB . Boleh pantau kaunter ini , cari entry pada level Support atau menghampiri support, harga akan buat retracement terlebih dahulu, sebelum mencari Resistance TP pada 0.305. . Untuk kajian sahaja, bukan Buycall ya. Cari peluang.
Kaunter Kajian CITAGLB
.
Alhamdulillah harga sudah Naik ke paras resistance. Insyaallah Akan menembusi harga Dan break resistance mengikut kepada momentum volume.
.
Bagi yg follow kaunter ni, alhamdulillah dapat sedikit profit. Ini bukan buycall ya, untuk sama2 buat Kajian.
MARKET CORRECTION, APA YG KITA PATUT TAHU

Dalam dunia saham, manusia mempunyai pelbagai gaya fikir. Ada yg suka beli bila saham di permulaan trend, ada yg suka beli bila saham di pertengahan trend, ada yg suka beli bila saham di puncak trend, ada juga yg suka beli melawan trend.
.
Ini yg mencorakkan harga saham. Sebab itu, jangan pelik kalau hari-hari ada orang beli saham.
.
Kerugian yg paling ketara biasanya berlaku bila pelabur beli ikut trend, tiba-tiba saham tu buat correction! Macam tau-tau dah kau nak beli, lepas tu terus dia buat kejatuhan 10% atau lebih...
.
Correction memang selalu berlaku. sebagai individual investor, kita tak mampu buat apa-apa untuk elakkan correction drpd berlaku.
Paling best sebenarnya correction adalah perfect time to buy! Ikutkan sejarah, walaupun market dah crash banyak kali, tapi index dunia masih terus naik dan mencipta new high.
.
Pelabur boleh melihat major corrections sebagai opportunity utk membeli saham. Short-term trader pula melihat major & minor corrections sebagai peluang untuk terjah masuk pasaran
.
Rujuk Video yang saya sediakan untuk lebih kefahaman berkaitan Correction ini 👇
Konsep Trend adalah pengetahuan penting dalam pendekatan analisis teknikal. Ada banyak alat dalam analisis teknikal yang boleh membantu untuk mencari sebuah trend saham. Ianya bertujuan untuk memasuki saham dengan trend yang dikenalpasti. Sekiranya memasuki saham uptrend, ada kemungkinan kita akan memasuki saham itu dalam keadaan menaik, begitu juga sebaliknya.

Bagaimana untuk mengesan trend pasaran?

Secara ringkasnya, trend adalah arah pergerakan sesebuah pasaran atau saham. Saham tidak bergerak dalam satu garis lurus, tapi dalam bentuk zigzag. Dari pergerakan zigzag ini, puncak (peak) dan dasar (trough) akan terbentuk.

Ketika harga membuat retracement pada Dasar, tidak bermakna harga Akan turun, tetapi berhenti berehat seketika untuk menenangkan pembeli Dan penjual sebelum harga terus Naik sehingga ke puncak.