TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
5. Ketika market tidak aktif. Masa itu, pergerakan harga sudah berhenti dan dia mempunyai masa yang sesuai untuk melakukan analisa dan mula akan placing order apabila harga mula bergerak ketika waktu market aktif. Biasanya mereka akan memasukkan order mereka untuk beli saham waktu malam kerana sistem trading sekarang akan placing secara auto pada keesokan harinya.
6. Beli ketika berlakunya signal entri berdasarkan kepada apa yang anda buat kajian secara teknikalnya. Ingat, jangan ,mengikut kepada emosi atau tekanan kerana yang kita buat dagangan ini merupakan duit lebihan, bukan duit harian. Pastikan anda faham dan tahu akan risiko yang akan ditanggung dalam pelaburan saham ini.
7. Beli semasa trading at last. Trading at last bermula pada jam 450 petang dan transaksi akan berlaku pada harga yang telah dikunci pada masa tersebut. Kebanyakan trader yang mengamalkan BTST akan cuba buy pada waktu tersebut. Dengan membeli cara seperti ini, mereka akan cuba tangkap mana-mana kaunter yang berpotensi untuk membuat gap pada keesokan harinya.
Jika sy buat video kaunter review setiap minggu nak x? Sy post video di telegram ni je. Ulasan sy utk minggu ini dan kaunter spot untuk minggu depan.
Anonymous Poll
98%
Berminat πŸ‘πŸ»
2%
Tak minat
TASMA Trader Saham
Tp 0.310
Kaunter JETSON pagi tadi hit TP pada 0.310 .. βœ…
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kaunter review minggu ini. 12 Jun 2022
Antara kaunter2 pilihan TASMA untuk Swing. Kita Akan pantau keadaan kaunter dalam minggu ini, Dan Akan review pada hujung minggu. Semoga kajian ini berhasil. 🀲
Apa itu swing trading?

Swing trading adalah sebuah strategi transaksi saham untuk memperoleh keuntungan maksimum. Strategi ini banyak digunakan untuk trading kerana konsepnya memang berusaha mendapat untung dalam waktu sesingkat mungkin. Jika dilihat dari namanya, swing trading memiliki konsep dasar "beli saat swing low dan jual saat swing high".

Maknanya, swing trading adalah strategi yang akan membeli suatu saham ketika harganya rendah dan menjual saham tersebut ketika harganya naik. Tidak semua jenis keadaan dapat mengaplikasikan swing trading kerana ada beberapa teknik yang perlu diperhatikan.

Trader perlu melakukan analisa teknikal dengan cermat dan tepat untuk mengenalpasti waktu yang tepat untuk membeli atau menjual saham. Analisis teknikal juga akan membantu trader untuk mendapatkan penilaian risiko yang objektif dan terukur dan menghindari penilaian yang subjektif, seperti faktor emosi.

Selain itu, trader juga perlu memperhatikan karakter saham yang diinginkan serta menggunakan analisis fundamental, keadaan pergerakan harga di pasaran saham, dan trend pasaran saham.
7 Salah Faham Pelaburan Saham.

Melabur Saham Adalah Judi.
Harga saham tidak ikut nasib.
Ia bergantung kepada banyak faktor seperti ekonomi, politik dan sebagainya.

Melabur Saham Dapat Jadi Jutawan Segera.
Saham sama seperti sebuah perniagaan. Kita boleh menghasilkan wang, dan dalam masa yang sama kita juga boleh kehilangan wang. Semua bergantung dengan apa kita belajar dan pengalaman.

Saham Untuk Orang Kaya Dan Elit.
Buka akaun CDS bernilai RM10. Dengan modal RM100 pun dah boleh mula. Harga saham pun ada yang di bawah 10 sen. Tak semestinya perlu membeli saham yang mahal.

Pelabur Berjaya Perlu Ada Hubungan Dengan Mereka Yang Terkenal.
Terlalu banyak pelabur yang berjaya telah membuktikan bahawa, tanpa perhubungan dengan individu terkenal pun, mereka mampu meraih pulangan yang baik. Terima kasih kepada internet!

Perlu β€˜Power’ Dalam Ilmu Kewangan.
Ia bukan penentu, Ini kerana, ramai pelabur sebenarnya kantoi kerana mereka gagal mengawal emosi. Bila dah beli saham, tak ikut Trading Plan. Harga saham
Cara Cepat Untuk Buat Duit.
Cara terbaik adalah bermula dengan modal yang kita berani untuk hilang sepenuhnya, dan lakukannya secara berperingkat. Guna duit lebihan, bukan duit harian. Kejayaan bermula dengan kegagalan. Sabar.

Nak Untung Melabur Saham Semudah β€˜ABC’.
Nak berjaya dalam pelaburan saham tidak semudah membeli dan menjual. Mengenal pasti dua perkara utama ini, memerlukan usaha, penyelidikan dan analisa. Belajar daripada kesilapan dan pengalaman.
Assalamualaikum semua.. selamat pagi.
Sharing kaunter intraday πŸ‘‡
Tp 0.860
Tp 0.650
Salam semua, selamat petang. Petang2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Mengapa Pelaburan Saham?

Satu hukum yang anda perlu faham di dalam dunia pelaburan ialah.... keuntungan yang tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan yang rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return).

Di bawah ini graf perkadaran antara kadar risiko dan juga kadar pulangan keuntungan yang boleh diperolehi bagi setiap jenis pelaburan dalam tempoh tahunan..
Anda boleh lihat, pelaburan yang berisiko rendah seperti Deposit Tetap (Fixed Deposit), hanya akan mampu memberikan kadar pulangan yang rendah, iaitu dibawah 5% setahun kerana risiko untuk anda kehilangan duit anda juga sangat-sangat rendah.

Jika anda simpan sahaja duit anda di ASB atau Tabung Haji, kadar pulangan yang boleh anda perolehi setahun adalah sekitar 5-10%.

Manakala, jika anda melaburkan duit anda dengan membeli emas atau hartanah, potensi untuk duit anda membiak adalah sekitar 20% setahun... namun anda perlu pegang ("hold") pelaburan tersebut dalam tempoh yang sedikit lama, biasanya sekitar 10-20 tahun.

Unit amanah pula, adalah salah satu instrumen pelaburan yang bagus juga. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang lebih gemar melabur secara pasif, iaitu mereka yang lebih suka "letak dan biar" duit mereka.
πŸ“ŒManakala, jika anda jenis yang suka membuat analisis, suka melihat carta, suka membaca laporan dan berita serta mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi wang anda... Maka, PELABURAN SAHAM adalah lebih sesuai untuk anda.
Dalam Trading ada 3 perkara penting :
1) Mindset (40%):
Set target berapa nak capai sama ada dalam nilai wang ringgit ataupun percentage (%). Sebagai contoh ada orang target seminggu nk capai 10% daripada kapital. Ada jugak org yang target nak capai RM 200 sehari. Lepas identify your target then only boleh select teknik "magic" yg kita familiar as well as berapa kapital yang perlu guna.