TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Risiko Melabur Dalam Saham Mahal Vs Saham Murah

Pelabur baru sangat tidak digalakkan untuk membeli saham yang berharga murah terutamanya penny stock.
▪️ Penny stock merujuk kepada saham yang didagangkan pada harga di bawah RM 0.20 sesaham.

⚡️ Ini kerana, risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur atas penurunan harga bagi 1 bid untuk saham berharga murah adalah lebih tinggi berbanding saham mahal.
▪️ Saham mahal merujuk kepada saham yang didagangkan pada harga RM 1.00 sesaham dan ke atas.
⚡️ Dalam pelaburan saham, penting untuk pelabur mengambil kira risiko pelaburan terlebih dahulu sebelum keuntungan.
⚡️ Pengurusan kewangan melalui pengurusan risiko bakal menentukan berapa lama pelabur/pedagang mampu bertahan dalam pasaran saham.
⚡️ Berdasarkan gambar di atas, anda dapat lihat walaupun menggunakan jumlah modal pelaburan yang sama, tetapi risiko pelaburan adalah berbeza bergantung kepada jenis saham yang dibeli.
▪️ Jika anda membeli saham murah, anda menanggung risiko sebanyak 5 % (RM 250) bagi setiap RM0.005 @ 0.5 sen kejatuhan.
▪️ Manakala, jika anda membeli saham mahal, anda hanya menanggung risiko sebanyak 1% (RM 50) bagi setiap RM 0.01 @ 1 sen kejatuhan.
Kesimpulan :
⚡️ High Risk High Return. Segala keputusan pelaburan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Jadi, anda perlu bijak merancang perjalanan anda dalam dunia pelaburan saham ini.
Candlestick & Chart Pattern.
Topik biasa, tapi luar biasa?

Semua org tahu candlestick, tapi faham ke apa yang candlestick tu cuba sampaikan?
Beberapa Candlestick akan membentuk Chart Pattern, tapi faham ke apa yang Chart Pattern tu cuba sampaikan?
.
Dalam banyak2 Candlestick, tahu ke nama2 setiap candlestick? Doji, Hammer, Morubozu, Shooting Star, dah khatam? Selalu jumpa & selalu guna? Faham betul2 maksudnya?
.
Belum masuk topik Chart Pattern lagi, ada Cup & handle, Triple Bottom, Flag & sebagainya.
Tak perlu jawab semua soalan ni. Tanya diri sendiri, jawab sendiri.
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua.
Salam Ramadhan ke 23
Kaunter kajian ..

Tp 1.110
Tp 0.960
TASMA Trader Saham
Kaunter kajian .. Tp 1.110
Alhamdulillah.. awal dah hit TP 1.110 tadi..
Mengenali Supply dan Demand Pada Chart

Untuk mengenali supply atau demand pada chart tergolong cukup mudah kerana membentuk area khusus. Area demand membentuk area yang dikenal dengan Drop Base Rally (DBR) dan Rally Base Rally (RBR). Sedangkan area supply membentuk area Rally Base Drop (RBD) dan Drop Base Drop (DBD). Untuk lebih jelasnya perhatikan ilustrasi berikut ini:
Penjelasan mengenai istilah-istilah di atas sebagai berikut:

⬇️Drop merupakan keadaan dimana terjadinya penurunan harga, pada chart ditandai dengan candle merah atau bearish candle;
↔️Base merupakan keadaan konsolidasi harga yang membentuk sideways. Pada area Base inilah terjadi tawar menawar antara pembeli dan penjual. Di kawasan ini juga terjadi keseimbangan harga seperti pada contoh harga cili di atas.
⬆️Rally merupakan keadaan dimana terjadi peningkatan harga, pada chart ditanda dengan candle hijau atau bullish candle.

Keadaan Rally mahupun keadaan Drop merupakan sebuah signal ketika terjadi ketidakseimbangan harga yang disebabkan oleh keadaan para trader. Keadaan ini dapat menjadi kayu ukur bagi seorang trader Supply And Demand (trader SnD) untuk mengambil keputusan bila harus membeli dan bila harus menjual.
Saham Yang Berkait Rapat Dengan Bulan Syawal (Hari Raya)

Sempena menyambut kedatangan bulan Syawal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi ni, kami nak cerita sikit tentang saham yang mempunyai hubungan positive dengan Hari Raya.
#1: PADINI

Perayaan dan Padini memang tak dapat dipisahkan sebab ia mampu memberi kesan yang besar kepada hasil jualan. Setiap kali Padini mengumumkan prestasi keewangan ‘quarterly’ yang berselisih dengan perayaan, hasil jualan dan profit pasti akan naik mendadak. Selalunya, harga saham akan naik beberapa minggu sebelum perayaan dan ini adalah trend yang normal untuk Padini.
#2: AIRASIA (CAPITALA)

Perasan tak bila waktu perayaan atau cuti panjang, harga ticket kapal terbang akan mahal? Itu adalah salah satu indicator yang simple untuk tahu prestasi Airasia. Algorithm akan menentukan kenaikan dan penurunan harga tiket mengikut permintaan. Lagi ramai orang balik kampung lagi masyuk la Airasia.
#3 : F&N

Antara saham yang termahal di Bursa yang didagangkan dgn harga Rm23.00 se-unit. Saham ni agak special sebab dalam tempoh Ramadhan – Syawal, saham F&N akan mencapai paras tertinggi dalam sejarah atau tertinggi dalam se-tahun. Lagi banyak open house kat Malaysia ni, lagi banyak lah hasil jualan F&N sebab product F&N dah sebati dengan rakyat Malaysia.
Assalamualaikum Dan selamat sejahtera traders..
.
Hari ni market merah. Banyak kaunter2 yg harganya Jatuh, sesetengah pelabur mengatakan ini adalah masanya untuk Kita Membeli kaunter Yang sedang 'diskaun' ini.
.
Ya, betul..Tak Salah.. Tapi hati2.. Jangan terperangkap dengan tawaran harga murah ini ya. Buat kajian betul2 Dari segi fundamental Dan juga teknikal Analisis.
Sy kongsikan beberapa QUOTES Dari pelabur terkenal dunia berkenaan ini.
Mutiara Kata Dari pelabur terkenal dunia

Warren Buffett

📌Turun naik harga memberi peluang kepada pelabur untuk beli apabila harga jatuh dan jual apabila harga naik. Pada waktu lain, lebih baik jika beliau lupakan pasaran saham dan memberi tumpuan kepada operasi syarikat
📌Jika anda tidak sanggup memiliki saham selama 10 tahun, jangan fikir untuk memilikinya selama 10 minit.

John Templeton

📌Masa untuk membeli ialah dalam keadaan paling malap dan masa untuk menjual ialah dalam keadaan paling optimistik.
📌Membeli apabila orang lain menjual dan jual apabila orang lain sibuk membeli memerlukan keberanian dan akhirnya memberikan ganjaran paling lumayan.

Ken Fisher

📌Mungkin anda lebih suka dunia tanpa volatility. Tetapi tanpa volatility pulangan pelaburan tak mungkin mengatasi kesan inflasi. Untuk meraih pulangan anda perlu ambil risiko, yang selalunya muncul dalam bentuk volatility.
Saham naik lebih kerap daripada turun.

Peter Lynch

📌Jika anda membeli saham yang betul pada harga yang salah dan masa yang kurang sesuai, anda mungkin mengalami kerugian.

Benjamin Graham

📌Jangan beli saham selepas kenaikan harga ketara, dan jangan jual selepas penurunan harga ketara.

Philip Fisher

📌Menangguhkan pembelian yang menarik kerana bimbang apa yang akan berlaku terhadap pasaran saham adalah merugikan dalam jangka panjang.

John Neff

📌Kita tidak harus beli secara automatik hanya kerana harga saham rendah. Bagi sesetengah syarikat situasi mereka mungkin menjadi lebih buruk

Jelas bahawa bagi pelabur tersohor, kejatuhan pasaran membuka peluang, cuma kita perlu teliti dan berhati-hati dalam usaha kita untuk mengambil kesempatan daripada peluang tersebut.
Apa itu Elliot Wave Theory dan penting tak?

Elliot Waves diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott, seorang akauntan yang hebat dalam data, nombor dan statistik. Teori ini diasaskan pada 1930 an.

Elliot Wave ini terbahagi kepada dua. "Impulse" dan "Correction".

Impulse Waves terbahagi kepada 5. Dan di setiap 5 waves ada sub wave yang perlu anda perhatikan coraknya. Manakala Correction Wave terbahagi kepada 3. Setiap wave mempunyai syarat-syarat atau pun "rules" untuk dipenuhi bagi membentuk Elliot Wave. Sekiranya ia tidak menepati syarat tersebut, maka ia akan membentuk " chart pattern" ataupun bentuk yang lain. Elliot Wave ini juga boleh membentuk secara terbalik di kaunter saham anda

Secara asasnya, teori Elliot Wave ini dapat memberi gambaran besar ke manakah halatuju kaunter saham anda. Seharusnya anda sebagai pelabur mengetahui analisis Elliot Wave ini untuk memastikan saham yang anda pilih menaik dan memperoleh keuntungan.