TASMA Trader Saham
9.41K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Nampak Penting Kan shadow untuk candlestick Tu? Berikut penerangan lebih details tentang shadow berdasarkan time frame Yang berbeza.

Semoga bermanfaat. 👇
Fundamental Analisis (FA)

Biasanya fokus kepada semua data berkaitan sesebuah syarikat. Ia termasuklah laporan tahunan kewangan, laporan ekonomi, kajian sektor, penyata aset dan pegangan pasar.
Tujuan utama (FA) ini digunakan adalah untuk menganalisa semua perkara.

Perkara ini dianalisa untuk melihat kesihatan syarikat, pertumbuhan keuntungan serta kajian sama ada syarikat tersebut boleh berkembang atau tidak.

Antara dokumen penting perlu ada dalam teknik analisis saham fundamental adalah:

i) Penyata imbangan
ii) Penyata pendapatan
iii) Penyata aliran tunai
Faktor Penting Untuk Analisis fundamental (FA)

Terdapat banyak lagi nisbah dan analisis yang dapat digunakan berdasarkan penyata kewangan. Selain melihat angka semasa sebagai contoh, pelabur juga harus melihat perniagaan itu sendiri.

Penting untuk mengetahui siapakah pesaingnya, apakah produk-produk perniagaan mereka dapat bertahan, seberapa besarkan pasaran yang dimiliki dan adakah ahli lembaga pengarahnya bagus dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Jadi, semua ini perlu anda lihat dalam menjalankan analisis saham secara fundamental.
Retracement VS Reversal

Secara dasarnya, retracement adalah keadaan dimana terjadinya pembalikan arah secara sementara untuk kemudian melanjutkan keadaan kenaika awal sebelumnya.

Namun dalam perspektif bursa saham, Retracement adalah pembalikan arah dari sebuah saham. Misalkan ketika saham sedang membuat kenaikkan, terjadi pembalikan arah turun sementara untuk melanjutkan kenaikan, Disebut RETRACE kerana harga menurun kembali kepada area kenaikan awalnya

Beza RETRACEMENT dan REVERSAL?

Reversal cenderung pembalikan arah harga secara kekal. Misalkan dari keadaan uptrend ke downtrend, Biasanya sebelum terjadi perubahan ini dimulakan dengan keadaan sideways.

Retracement lebih banyak dikenali sebagai Pantulan Sementara.
Jom kenali jenis2 market.
Kenapa Ada kaunter yg warna biru, ungu, kuning.
📈MAIN MARKET (PASARAN UTAMA)

Pasaran ini merupakan pasaran terbesar di Bursa Malaysia. Definisi mudah bagi pasaran utama adalah dimana pasaran ini menyenaraikan syarikat-syarikat gergasi yang telah berdiri kukuh dengan modal yang lebih besar. Syarikat-syarikat yang ingin disenaraikan di pasaran utama akan dinilai dari segi market capitalization (nilai syarikat), keuntungan syarikat dan projek infrasturktur.

Jika di Platform Mplus, kaunter-kaunter ini diwakili dengan warna “turquoise”
📈ACE MARKET (PASARAN ACE)

Pasaran ACE yang membawa maksud (‘Access, Certainty, Efficiency’) ialah pasaran yang didorong oleh penaja untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang baik dimana syarikat yang ingin tersenarai akan mencari penaja yang akan menilai prospek perniagaan mereka. Definisi mudahnya dapat kita katakan, pasaran ACE menyenaraikan syarikat-syarikat yang bermodal kecil seperti Revenue, Aemulus, Scomnet dan lain-lain.

Jika di Platform Mplus, kaunter-kaunter ini diwakili dengan warna ungu
📈LEAP MARKET (PASARAN LEAP)

Pasaran ketiga di Bursa Malaysia adalah Pasaran LEAP atau nama panjang nya (‘Leading, Enterpreneur, Accelerated, Platform’). Ia merupakan alternatif kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akses yang lebih besar untuk mendapatkan dana menerusi pasaran modal. Pasaran LEAP hanya boleh diakses oleh pelabur sofistikated yang boleh dikenali sama ada sebagai individu, entiti atau pelabur yang diiktiraf (JERUNG).

Jika di Platform Mplus, kaunter-kaunter ini diwakili dengan warna kuning
Berapa Indikator Patut Digabungkan dalam Trading System?

1. moving average 20,
2. heikin-ashi
3. parabolic SAR,
4. RSI
5. MACD
6. Ichimoku
7. Stochastic
8. Bollinger Bands
9. Dan banyak lagi indikator lain..

Sekadar menamakan beberapa indikator. Persoalannya, kena gunakan semua indikator ke untuk beli saham ni?
Jawapannya tidak. Pilih indikator yang bersesuaian dengan gaya trading kita sendiri.
Kebanyakan indikator menggunakan data, formula dan konsep yang lebih kurang sama.
.
Contohnya RSI atas 50 menunjukkan momentum yang kuat, manakala MACD atas 0 juga menunjukkan momentum yang kuat. Namun, kalau kedua-dua signal berlaku (RSI atas 50 dan dalam masa yang sama MACD atas 0), tidak bermaksud signal dua kali ganda kuat. Begitu juga kalau 3 indikator atau lebih.
.
Jadi walaupun, 3 indikator menunjukkan positif, tetapi ketiga2nya menceritakan benda yang sama, kekuatan signal itu masih dianggap sebagai sekali sahaja.
Adalah lebih baik dalam membuat gabungan indikator atau dipanggil analisa confluence, kita menggunakan konsep yg berlainan dalam penggabungan signal.
.
Contohnya, kita boleh gabungkan 1 indikator momentum + 1 chart pattern + volume.
.
Indikator momentum menunjukkan kekuatan trend semasa saham tersebut, chart pattern menunjukkan psikologi pergerakan harga sesuatu saham, dan volume menunjukkan demand pada suatu jangka masa untuk saham tersebut.
Paper Trade? Apa ni?
.
Ya. Ramai trader yg memandang remeh paper trade ni, yelah kan, papertrade JERRR PUNNN..
.
Tp inilah sebenarnya KILLER SKILL sebelum Kita gunakan Dalam real market.
.
Cuba bayangkan, kita takde pengalaman langsung ni nk tgk berapa percentage untung/rugi , pastu tetibe je Kita laburkan duit dan start trade.
.
Resultnya? Kalau UNTUNG, Alhamdulillah.. kalau RUGI? 😑
.
Sebab Tu, byk Kali sy pesan kt students Tasma, kalau belum yakin lagi, buat PAPERTRADE dahulu.. buat PAPERTRADE dulu sebelum ghairah nk trade kaunter Tu, kaunter ni.
.
Semoga perkongsian ni dpt memberikan anda manfaat.
.
P/s : Cuba dulu baru tau. Selamat beramal. 😊
Fitters breakout.. alhamdulillah..
Apa yang kita perlu tahu berkaitan Fundamental Analisis (FA)

1) Ingat 3M

📌Management -> Tengok siapa Pengarah, CEO & Pemegang Utama Saham Syarikat. Pastikan mereka terdiri daripada orang yang berkelayakan dan berpengalaman.

📌Model Business -> Lebih unik model perniagaannya, peluang lagi cerah untuk syarikat tersebut berjaya. Jika syarikat tersebut merupakan monopoli bagi sesuatu industri, lagi bagus. contoh paling senang MYEG Services Berhad.

📌Market Price -> Siapa yang tak suka diskaun kan? Melalui analisa yang betul, kita boleh tengok syarikat itu undervalue atau pun tidak.