TASMA Trader Saham
8.94K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Apa Itu Volume Analisis?
Bagaimana ianya Berfungsi Dan Penting Ke Bila Trade?

PENTING KE VOLUME DALAM TRADING?
Volume adalah salah satu elemen terpenting dalam trading atau dipanggil ibu segala indicator.
Dari segi bahasa ia bermaksud jumlah transaksi atau pun jumlah pembelian dan penjualan yang berlaku pada ketika itu.
.
Jadi, perkara pertama setiap pelabur kena faham adalah pergerakan VOLUME.
Dalam teknikal analisis, volume adalah indicator terpenting dan kita boleh mengukur kekuatan sesebuah trend dengan melihat kepada volume pattern.

πŸ“ŒUptrend yang kuat adalah apabila kenaikan harga saham ⬆️akan diikuti dengan kenaikan jumlah volume ⬆️. Harga saham dan volume mesti berkadar selari.
πŸ“ŒKalau harga saham naik mendadak ⬆️ tapi volume berkurang ⬇️, ini bermakna uptrend itu tak genuine dan berisiko untuk tumbang atau lambat untung. (Fake buy signal)
πŸ“ŒSebaliknya jika harga saham menurun ⬇️ volume menaik ⬆️, itu adalah signal untuk penjualan. Jika ada position, sila buat keputusan segera kerana kemungkinan pergerakan harga akan menjadi bearish.
.
Fungsi utama volume adalah untuk mengukur keaslian pergerakan saham.
Sekiranya saham tersebut bergerak dengan banyak dan diikuti dengan volume yang besar, kita boleh beranggapan yang pergerakan itu adalah pergerakan yang tulen atau genuine.
.
Dan berkemungkinan pergerakan susulan akan berlaku pada keesokkan harinya!
Stochastic Oscillator (Stoch) vs Relative Strength Index (RSI) ?

Stochastic Oscillator dan indeks kekuatan relatif (RSI) sering dibandingkan. Ini sebahagiannya disebabkan populariti mereka. Pedagang profesional banyak menggunakan kedua-dua indicator tersebut.
Namun, selain populariti mereka, mereka mempunyai banyak persamaan.
πŸ‘1
RINGKASANNYA πŸ‘‡

Stochastic: Lebih sensitif, lebih signal dan lebih false signal
RSI: Kurang sensitif, kurang signal dan kurang false signal.
.
Bila kurang false signal kita cenderung untuk buat decision yang tepat tetapi bila kurang signal boleh jadi kita tangkap sesuatu saham tu pada harga tinggi.
.
Kebiasaannya line stochastic akan menghasilkan banyak signal jadi akan berlaku banyak sangat overbought dan oversold berbanding dengan line RSI
πŸ“ŒJadi, nak gunakan Stochastic ke RSI?
.
Tanya diri sendiri. Sesuaikan dengan trading plan masing2. Both Indicator ini adalah sebagai guidance sahaja kepada kita dalam menganalisis kaunter saham. Nasihat saya, jangan tersilap konsep bagi keduanya.
.
Kesimpulannya dengan menggunakan indikator RSI dan stochastic anda dapat mencari di mana oversold dan overbought agar tidak tersalah beli di pucuk, menangis jawabnya. Good Luck Semua!
Dalam kajian teknikal ini, kita akan belajar tentang corak-corak candlestick yang digunakan untuk menjangkakan pergerakan harga di masa hadapan. Di antara corak candlestick yang sangat popular adalah corak Engulfing.

ENGULFING

Engulfing atau dlm bahasa melayu bermaksud "menelan" atau dlm istilah candlestick pettern bermaksud candle yg baru "menelan" atau "memakan" candle yg sebelumnya.

Ianya bergantung di mana engulfing ini berlaku sama ada di uptrend(Bearish Engulfing) ataupun downtrend(Bullish Engulfing).
Bullish engulfing terhasil apabila sesuatu harga saham sedang berada pada fasa menurun (downtrend) dan apabila bullish engulfing ini terbentuk, ianya menandakan fasa aliran bakal membuat pembetulan dan dijangka akan bertukar menjadi fasa kenaikan (uptrend).

πŸ“ˆBullish Engulfing

SyaratΒ²:
1. Muncul semasa market downtrend
2. Body candle kedua harus "menelan" atau lebih besar dari candle pertama.
3. Candle first adalah bear dan candle second adalah bull.

Kita dapat lihat bullish engulfing terbentuk pada chart ketika harga saham ini sedang membuat fasa penurunan.Selepas terbentuknya corak bullish engulfing ini, harga saham ini naik selama lima hari berturut-turut sebelum berehat semula.
Bearish engulfing pula sifatnya berlawanan dengan bullish engulfing. Ianya terbentuk dengan dua candlestick tetapi candlestick hari kedua adalah merah. Candlestick merah ini dibuka lebih tinggi berbanding candlestick pada hari sebelumnya namun ditutup lebih rendah berbanding candlestick hijau sebelumnya. Kita lihat seolah-olah candlestick merah ini menelan candlestick hijau pada hari sebelumnya.

πŸ“‰ Bearish Engulfing

SyaratΒ²:
1. Muncul semasa market uptrend
2. Body candle kedua harus "menelan" atau lebih besar dari candle pertama.
3. Candle first adalah bull dan candle second adalah bear.

Chart di atas pula menunjukan saham corak bearish engulfing terbentuk. Ianya terjadi pada fasa kenaikan dan selepas terbentuknya corak bearish engulfing ini, fasa uptrend dilihat tidak diteruskan.
πŸ‡²πŸ‡Ύ SALAM KEMERDEKAAN DARI KAMI,TASMA TRADERπŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA‼️
MERDEKA‼️
MERDEKA‼️
Jenis-jenis Moving Average

Moving Average merupakan indikator dalam analisis teknikal yang cukup popular. Ada banyak versi Moving Average yang digunakan sebagai indikator Analisis Teknikal, iaitu contohnya:

πŸ“ŒSimple Moving Average (SMA)
πŸ“ŒWeighted Moving Average (WMA)
πŸ“ŒExponential Moving Average (EMA)
Gambar di atas menunjukkan perbandingan ketiga-tiga jenis MA tersebut dengan period yang sama. Dapat terlihat dari ketiga-tiga jenis MA tersebut yang paling sensitif dengan pergerakan harga adalah WMA, disusuli dengan EMA kemudian yang terakhir SMA.

πŸ“ŒKerana sifatnya ini, WMA dan EMA sering dipakai untuk trading dalam jangka pendek, sedangkan SMA dipakai oleh investor jangka panjang.
Penggunaan Moving Average

Penerapan yang paling umum dari MA adalah untuk:

πŸ“ŒMengenalpasti trend harga saham.
πŸ“ŒMengetahui pembalikan arah trend.
πŸ“ŒMenentukan support level dan resistance.
Assalamualaikum & selamat pagi semua..
Hari ini saya nak share perkara asas yang semua trader perlu tahu : BASIC
Trend

πŸ“ŒUptrend di mana kaunter dalam fasa kenaikan,
πŸ“Œdowntrend di mana kaunter dalam fasa penurunan.
πŸ“Œsideway pula di mana kaunter berada di dalam keadaan mendatar.

Untuk mengaut keuntungan sudah tentu kita inginkan kaunter yang dalam fasa uptrend, membeli kaunter dalam fasa downtrend adalah membahayakan, manakala kaunter yang berada di fasa sideway memerlukan sedikit kesabaran kerana ianya tidak dapat diketahui lagi bila akan berubah trend.
Support dan Resistance (SNR)

Support adalah harga lantai dalam sesebuah kaunter saham. Membeli pada aras support adalah timing yang paling terbaik kerana harga masih lagi murah. Manakala menjual (cut loss) pula adalah apabila harga telah memecah paras support tersebut. Resistance pula adalah harga siling dalam sesebuah kaunter saham.

Harga sasaran adalah apabila harga mencapai paras atau memecah resistance. Ini adalah masa yang terbaik untuk menjual kaunter tersebut. Harga bergerak dalam keadaan zigzag. Harga akan mencari arah di sekitar paras SNR ini sahaja. Jadi, jangan tersilap antara keduanya. Beli di Support, jual di Resistance
Risk Reward Ratio

Teknik ini boleh dikatakan teknik pengurusan risiko iaitu sama ada berbaloi atau tidak kita membeli sesebuah kaunter tersebut. Jika kita membeli kaunter dengan risiko yang tinggi untuk rugi, lupakanlah hasrat tersebut.

Cari kaunter lain yang lebih berpotensi. Di sinilah pentingnya trading plan masing-masing iaitu harga beli, harga jual, dan harga yang perlu kita cut loss.

Untuk permulaan, nisbah ratio yang dicadangkan adalah 1:2 , tetapi bagi trader yang lebih berpengalaman, kebiasaannya mereka akan mencari kaunter2 yang memberikan keuntungan 1:3 . Terpulang kepada trading plan masing2.
Volume Analisis

Bila volume meningkat dari kebiasaannya, ini menunjukkan minat pelabur dalam sesebuah kaunter saham tersebut. Kaunter ini lebih mudah cair dan sesuai bagi yang ingin berdagang.

Pelaburan saham juga adalah seperti teori ekonomi di mana semakin banyak demand (beli), semakin tinggi harga akan naik. Manakala semakin tinggi supply (jual), harga semakin jatuh. Ini adalah basic Volume analisis.

πŸ“Œ Price ⬆️ , Volume ⬆️ = Signal Bullish πŸš€ βœ…
πŸ“Œ Price ⬆️ , Volume ⬇️ = Signal Bullish 🚲 βœ…
πŸ“Œ Price ⬇️ , Volume ⬆️ = Signal Bearish πŸ›©βŒ
πŸ“Œ Price ⬇️ , Volume ⬇️ = Signal Bearish 🚲 ❌