TASMA Trader Saham
8.97K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Sy kongsikan sedikit input bagaimana kita Nak kawal Emosi Kita Dalam trading saham Bursa Malaysia ni 👇
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua traders..
Pagi ni Kita kongsikan beberapa kaunter kajian ya..
Kita ulangkaji sama2..
Tp 0.370
Tp 0.340
Tp 0.340
Kita pantau 3 kaunter ni..
Kenapa sy Kata tp pada harga begitu?
Rujuk GANN CHART ANALISIS ya. Fahamkan Cara pembacaan gann chart Tu..
Sebagai seorang pelabur saham, mesti biasa dengar istilah Breakout yang sering disebut oleh sifu-sifu saham dan pelabur saham sendiri. Teknik ini memang sangat popular.

Jadi, apa itu breakout sebenarnya? Betul ke teknik Buy On Breakout ni betul-betul hebat? Dan apa jenis-jenis breakout yang ada?

Apa Itu Breakout?

Breakout terjadi apabila harga saham berjaya memecahkan paras resistance yang ada. Semakin sukar harga saham itu untuk memecahkan paras resistance yang ada, semakin kuat resistance tersebut. Namun apabila paras resistance yang kuat itu berjaya dipecahkan, maka harga saham itu dijangka mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih tinggi lagi dan menandakan perubahan fasa akan berlaku.
Utk lebih memahami istilah breakout ni, sy sediakan penerangan Di channel YouTube Tasma Trader. 👇

Semoga bermanfaat. Jgn lupa subscribe Dan share
Forwarded from TASMA Trader Saham
Pembelajaran secara details berkenaan teori 'Elliot Wave' ni Ada dikongsikan Dalam Bab Teknik Intraday.
Boleh rujuk Di sini 👇
https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Moving Average. Indikator yg mudah, tapi berkesan?
.
Ye ke? Sebelum cerita panjang lebar, Moving Average ni apa sebenarnya?
Baik. Moving average ni senang nak faham macamni.
.
Harga bagi 20 hari ke belakang, dibahagi dengan 20. Dapat la kita garisan yg berwarna biru tu. Sama juga dengan garisan warna Ungu, harga untuk 50 hari terkebelakang, dibahagi dengan 50, dapat garisan unggu tu. Ok?
.
Ok dapat. Mcamana nk guna indikator ni?
.
Apabila terdapat persilangan antara garis Biru di atas garisan Ungu, itu merupakan signal pembelian. Sebab apa? Purata harga bagi 20 hari terkebelakang lebih tinggi daripada harga 50 hari terkebelakang, jadi berkemungkinan harga kaunter tersebut akan naik pada hari yg mendatang. Sehingga bila? Sehingga timbul signal penjualan.
.
Signal penjualan? Macamna pula tu? Simple, apabila garisan biru dan ungu tu bsilang tapi secara reverse.
.
Oo, macamtu. Ya, tapi ada sifu2 saham yg menggunakan Moving Average yg berbeza, ada yg menggunakan formasi (5,10), (50,250), dll. Terpulang kepada kesesuaian Teknik masing2.
.
Oo satu lagi, ada juga yg menggabungkan MA dengan bollinger Band (BB), Ada yg menggunakan advance MACD, dan lain2 indikator yg lebih advance. Yang sy kongsikan ini adalah untuk pemahaman secara Simple Moving Average (SMA) sahaja.
.
Semoga bermanfaat. 😊
Sebentar lg bersama sy...

Ada sesuatu sy nak share pd anda.
Apa itu Fundamental Analysis ?

Dalam pelaburan saham, terdapat 2 ilmu penting kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

Apakah saham yang bagus untuk dibeli?
(What to buy?)

Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Bagi menjawab soolan (1) iaitu apakah saham yang bagus untuk dibeli (What to buy?) kita akan tengok apakah itu Fundamental Analysis.

Sumber yang terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan membaca prospektus yang boleh diambil secara percuma di syarikat broker atau secara online di Bursa Marketplace.

Jadi bagaimana caranya untuk menentukan samada saham sesebuah syarikat itu “bagus” untuk dibeli atau pun tidak?

Bak kata pepatah lama, “tak kenal maka tak cinta”. Maka Fundamental Analysis merupakan proses suai kenal dengan syarikat yang tersenarai di pasaran saham.

Kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

A. Formula 3M

Management -> Tengok siapa Pengarah, CEO & Pemegang Utama Saham Syarikat. Pastikan mereka terdiri daripada orang yang berkelayakan dan berpengalaman.

Model Business -> Lebih unik model perniagaannya, peluang lagi cerah untuk syarikat tersebut berjaya. Jika syarikat tersebut merupakan monopoli bagi sesuatu industri, lagi bagus. contoh paling senang MYEG Services Berhad.

Market Price -> Siapa yang tak suka diskaun kan? Melalui analisa yang betul, kita boleh tengok syarikat itu undervalue atau pun tidak.

B. Analisa Prestasi Kewangan Syarikat

Profit & Loss (Keuntungan & Kerugian) -> Pastikan syarikat tersebut untung, dan bukannya mengalami kerugian.

Income Statement (Penyata Pendapatan) -> Syarikat yang mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah tentunya lebih baik.

Balance Sheet (Kunci Kira-Kira) -> Syarikat yang mempunyai banyak aset mengatasi liabiliti (atau tanggungan) adalah lebih kukuh.

Cash Flow (Aliran Tunai) -> Aliran tunai yang positif adalah contoh syarikat yang ditadbir dengan baik.

C. Magic Number

Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi!

Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus.

Net Asset Value (NAV) –> Nilai sebenar asset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga semasa saham tersebut didagangkan, baru boleh tahu saham tersebut di bawah nilai atau terlebih nilai

Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.
Dividend Yield -> Sama seperti ASB, Tabung Haji dan KWSP, syarikat juga boleh beri dividen sekerap yang mungkin, tidak terhad kepada setahun sekali. Lagi tinggi nilai ini, menunjukkan prestasi syarikat dalam keadaan yang baik.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, biasanya barulah anda boleh tentukan sesebuah syarikat tersebut mempunyai prestasi yang baik atau pun tidak.