TASMA Trader Saham
9.01K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Apa itu Candlestick

Pemahaman ke atas candlestick merupakan perkara yang paling asas yang perlu difahami dalam analisa teknikal.

Berikut adalah empat komponen asas dalam pembentukan sesebuah candle stick:

– Harga pembukaan/Open price
– Harga penutupan/Close price
– Harga tertinggi/ Highest price
– Harga Terendah/ Lowest price

Candlestick terbahagi kepada dua warna; iaitu hijau dan merah. Namun, ada juga carta yang menggunakan candle stick putih dan juga hitam sebagai petanda, di mana warna putih adalah merujuk kepada candlestick hijau dan warna hitam merujuk kepada candlestick merah.

Harga penutup yang lebih tinggi berbanding harga pembukaan akan membuatkan candlestick hijau terbentuk. Harga penutup yang lebih rendah berbanding harga pembukaan pula akan membuatkan candlestick berwarna merah terbentuk.

Harga penutupan dan harga pembukaan inilah yang akan membentuk “body” candlestick tersebut.

Garisan berlebihan yang dilihat pada bahagian atas mahu pun pada bahagian bawah sesebuah candlestick itu pula dikenali sebagai shadow. Shadow ini terbentuk hasil daripada pergerakan harga di sepanjang pasaran saham dibuka pada hari tersebut mulai jam 9 pagi sehinggalah jam 5 petang.

Di bahagian atas kedua-dua candle hijau dan merah itu menunjukkan “highest price”, iaitu harga tertinggi yang berjaya dicapai pada hari tersebut, manakala garisan atau shadow di bawah pula menunjukkan “lowest price” yang berjaya dicapai pada hari tersebut. Shadow ini terbentuk disebabkan pergerakan harga yang berlaku, di mana harga tidak dibuka atau ditutup pada harga yang sama, sebaliknya hanya menyentuh pada harga-harga tersebut pada hari itu.

Gabungan candlestick inilah yang akan membentuk pergerakan harga saham pada carta teknikal yang biasa kita lihat dalam screener-screener yang ada.

Contoh carta harga yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa candle stick yang terbentuk.

Dengan merujuk kepada candlestick yang terbentuk sahaja, kita dapat meramal emosi para pelabur pada hari tersebut. Jika yang terbentuk adalah candlestick berwarna hijau, ia membawa maksud bahawa demand melebihi supply, di mana para pembeli sudi membeli pada harga yang lebih tinggi sehingga menyebabkan harga terus meningkat naik.

Di sini kita faham bahawa para pelabur gembira untuk membeli pada hari tersebut. Maka, mereka sudi membeli dengan harga yang lebih tinggi sehingga berlakulah kenaikan harga dan menyebabkan candlestick hijau terbentuk. Inilah juga yang dikenali sebagai “bullish candlestick”.

Perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila candle stick berwarna merah terbentuk, di mana emosi para pelabur adalah kurang baik dan mungkin dalam keadaan takut. Candlestick merah pula dikenali sebagai “bearish candlestick”.

Pernahkah anda mendengar nasihat bahawa masa terbaik untuk membeli saham sesuatu syarikat itu adalah apabila sudah melepasi jam 11 pagi? Apa sebabnya?

Ini adalah berkait rapat dengan emosi para pelabur, di mana pada sekitar jam 9 pagi hingga 10 pagi, emosi para pelabur kurang stabil kerana mereka cenderung untuk berasa tamak dengan berita yang keluar sehingga sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Apabila emosi ini menguasai diri, ada pihak yang mengambil peluang untuk menjual dengan harga yang tinggi sehinggakan harga saham syarikat naik dengan tinggi pada waktu pagi.

Menjelang jam 11 pagi, barulah dilihat bahawa emosi mereka ini telah mula reda dan pada waktu inilah kebiasaannya solid body bagi candlestick itu terbentuk. Pergerakan harga yang berjaya disentuh pada belah pagi itu pada kebiasaannya akan membentuk shadow sahaja pada candlestick tersebut.
Minggu ni kita monitor kaunter Fitters ni. Baru saja break resistance.. insyaallah..
Satu lg kaunter adalah kaunter mtouch. Permulaan kenaikan. Jika belajar dengan saya cara pemilihan kaunter, anda akan tahu kenapa..
Forwarded from TASMA Trader Saham
Berminat utk belajar trade gaya Tasma, boleh refer Di sini 👇
TASMA Trader Saham pinned «Jom lihat bagaiman sy trade dan profit sehingga 68.64% intraday. . https://vt.tiktok.com/ZSJPDEE2Y/»
Tadi sy masuk sikit untuk cuba teknik buy today, sell tomorrow. Tengok esok apa jadi..
https://vt.tiktok.com/ZSJPUp74u/
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua
Kita Sambung pembelajaran candlestick..

bagaimana Nak buat pembelian menggunakan pembacaan Asas candlestick
Play video ni semua.. Alhamdulillah.
.
https://vt.tiktok.com/ZSJPQkCRs/
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
Apa itu Reversal Candle?

Reversal candle adalah corak candlestick yang cenderung untuk menyelesaikan arah yang berlawanan dengan trend yang berlaku. Corak candle yang kuat sekurang-kurangnya 3 kali lebih mungkin untuk dipecahkan mengikut arah yang ditunjukkan.