SET MATLAMAT SIMPANAN
Ada yang simpan emas segram, lepas tu tidak buat simpanan lagi.
Selalunya jadi seperti ini sebab mereka tidak ada matlamat yang jelas "mengapa mereka simpan emas".
Matlamat perlu jelas dan logik "kenapa simpan emas?".
Kalau harapkan simpan emas ni boleh jadi kaya dengan cepat, bukan emas lah tempatnya.
Simpan emas tidak janjikan kita boleh jadi kaya, tapi yang pasti kita tidak jatuh miskin.
Simpan emas biar kita ada matlamat yang jelas, bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata, akhirnya kita juga yang lemas tak tahu nak buat apa.
Sebenarnya emas ni hanya salah satu daripada alat kewangan yang lain, dan ia ada fungsinya yang tersendiri mengikut matlamat kita masing-masing.
Apakah fungsi yang boleh kita jadikan emas sebagai alat yang bermanfaat bagi kita?
1. Sebagai simpanan hari tua
Usia kita semakin lanjut (tua), bukannya semakin muda. Untuk menjamin masa tua kita kelak, kita perlu ada duit simpanan. Tapi aku yakin manusia dengan duit selalunya kalah dengan emosi belanja. Jadi tak sempat nak menyimpan sampai tua, habis duit tu kita belanjakan.
Untuk pastikan kita boleh berjaya menyimpan, cuba kita tukar cara simpanan kita daripada simpan tunai kita cuba simpan emas. Insyaa Allah aku yakin pasti berjaya.
2. Sebagai Modal beli Rumah Pertama
Nak beli rumah modalnya agak besar. Kalau nak bayar "downpayment" pun paling kurang 10%. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai simpanan untuk modal beli rumah.
Bila jumlah simpanan emas kita dah banyak dan cukup untuk buat modal beli rumah, masa tu kita boleh samada jual atau pajakkan sementara untuk dijadikan sebagai modal.
Kalau simpan tunai belum tentu cukup untuk kita buat modal beli rumah, dan sampai bila-bila pun kita tak ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menyewa selamanya kan..
3. Sebagai Modal Kahwin
Kalau yang masih bujang, jadikan emas ni sebagai simpanan belanja untuk majlis kahwin atau selepas kahwin nanti.
Aku juga pernah rasai pengalaman bujang simpan duit tapi, duit tak pernah lekat. Asyik belanja yang bukan-bukan saja. Last-last merana simpanan tak ada.
4. Sebagai Modal buat Umrah
Jadikan emas sebagai modal pergi umrah. Cukupkan simpanan emas yang menyamai nilai untuk pergi umrah, boleh jual masa tu untuk bayar kos pergi umrah.
Letakkan matlamat kita simpan emas untuk tunaikan umrah dulu, nak pergi haji tak tahu ada rezeki ke tidak.
Macam sekarang ni, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru kita boleh pergi buat umrah, jadi simpanlah emas dari sekarang.
5. Sebagai Dana Pendidikan Anak
Emas sangat bagus dijadikan sebagai dana pendidikan anak kita yang masih kecil. Sebab dana pendidikan tu bukan simpanan jangkapendek tapi ia jangkapanjang.
Kalau simpan duit tunai untuk jangkapanjang kurang bagus sebab nilai simpanan kita tu sebenarnya semakin kecil kuasa belinya untuk jangkapanjang.
Tapi emas dapat selamatkan nilai simpanan kita. Emas ni kalis inflasi, nilainya kekal sampai bila-bila.
Ini antara matlamat yang sempat aku tulis disini. Setiap orang matlamatnya berbeza.
Jadi letaklah matlamat simpanan emas mengikut keperluan kita sendiri, insyaa Allah aku yakin pasti kita boleh berjaya.
Kredit : Tn Azizi Ali