Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.3K photos
665 videos
9 files
4.14K links
Update info emas
Download Telegram
Kawan-kawan,
Untuk mulakan sesuatu yang baik, kita selalu tunggu sehingga tiba suatu masa yang kita anggap ianya sempurna. Itu apa yang selalu kita amalkan.

Sebenarnya, untuk berubah ke arah yang lebih baik, apa yang sepatutnya kita amalkan ialah mula segera tanpa bertangguh dan perbaiki dari masa kesemasa sehingga kearah kesempurnaan.

Saya ringkaskan,
Mula,
Perbaiki kearah kesempurnaan.
Mudah kan?
.

Kawan-kawan,
Sama juga dengan menyimpan emas. Selalunya kita akan cakap nantilah atau erti kata lain kita mencari alasan untuk bertangguh.

Kita nekad bermula menyimpan emas awal tahun. Kemudian kita tangguh kerana kita cakap banyak komitmen awal tahun.

Kita betulkan semula niat kita untuk mula menyimpan emas pada bulan berikutnya tetapi apabila dapat gaji kita akan cakap #nantilah sebab nak #cover bulan lepas. Hmmmmm.

Tangguh !
Nanti !
Tunggu !
Itulah ayat biasa yang keluar dari kita.

Maka,
Hari berganti hari.
Bulan berjumpa bulan.
Tahun bertemu tahun.
Akhirnya kita tiada langsung simpanan emas.
.

Kawan-kawan,
Ramai diantara kita bertangguh bukan kerana tiada duit tetapi duit yang ada telah pun difikir untuk kegunaan lain.

Bila dikaji semula cara kita mengurus kewangan, disitu kita akan dapati banyak perkara yang tidak sepatutnya kita buat. Dalam kehidupan, kita boleh pilih tiga (3) peringkat kehidupan.

Hidup dibawah kemampuan.
Hidup diparas kemampuan.
Hidup diluar kemampuan.

Kebanyakkan kita cenderung memilih kategori hidup diluar kemampuan.

Jadi saya senaraikan beberapa contoh alasan dan pemikiran yang biasa disebabkan hidup diluar kemampuan.

1. Ulat dalam batu pun boleh makan. Inikan manusia.
2. Duit bonus akan masuk tidak lama lagi.
3. Bila lagi nak merasa #Reward diri sendiri.
4. Gaji bakal naik!
5. Inspirasi untuk berusaha lebih dalam bisnes.
6. Dipaksa oleh kekasih.
7. Untuk keselesaan diri dan orang tersayang.
8. Dan lain-lain.

Antara kesemua yang tersenarai, No 6&7 paling tragis.
.

Kawan-kawan,
Jika benar kita sayangkan seseorang, elakkan berhutang dan memaksa berhutang dengan alasan untuk memberi keselesaan.

Percayalah suatu hari nanti asalan ini akan membunuh kita dan orang sekeliling kita.

Selesa itu subjektif.

Ada orang dapat baju biasa dan mereka sudah selesa.

Ada orang dapat kasut murah tetapi mereka sudah rasa selesa.

Ada orang memang mahukan seluar mahal kerana itu membuatkan mereka rasa selesa.
.

Kawan-kawan,
Coraklah diri kita dengan #Selesa yang tidak memudaratkan diri kita dan orang sekeliling yang kita sayangkan itu.

Usah kita heret mereka juga ke kancah hutang yang kita sendiri bina.

Jangan pula kita ingatkan mereka tentang hutang yang kita bina itu dengan alasan untuk keselesaan mereka.

Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah hidup dibawah kemampuan dan hidup diparas kemampuan.

Itulah istilah yang lebih tepat dan sesuai sebenarnya untuk orang yang kita sayang.
.

Kawan-kawan,
Saya pernah lihat dengan simpanan emas, tabiat seseorang berubah daripada suka boros kepada suka menyimpan.

Saya pernah nampak hidup seseorang lebih ceria kerana telah berjaya mewujudkan simpanan duit dalam bentuk emas.

Saya pernah dengar kisah orang yang bekerja hampir 10tahun tetapi tiada simpanan duit tetapi dengan hanya mulakan simpanan 1gram emas, kini simpanan emas beliau telah pun cecah 100gram (Nilai RM25,000) sedangkan dulu nak simpan RM100 pun susah.

Saya pernah disajikan dengan kisah emas membantu seorang lelaki yang diberhentikan kerja. Oleh beliau pernah simpan emas seberat 50gram (Nilai RM13,000),  beliau dapat meneruskan kehidupan seperti biasa ketika diuji kesusahan.
.

Nampak?
Boleh rasa aura emas?

Emas bukan biasa-biasa. Ada orang cakap sama ja simpan emas dengan simpan duit.

Tidak sama sekali!

Jiwa simpan emas tidak sama dengan simpan duit.

Perasan simpan emas tidak sama dengan simpan duit.

Keseronokan simpan emas tidak sama dengan simpan duit.

Kredit Tn.Fairuz.A