Channel ilmu emas Jennyfine
345 subscribers
11.2K photos
653 videos
9 files
4.09K links
Update info emas
Download Telegram
APA NAK BUAT BILA KOMITMEN BULANAN TINGGI?

Harga barang sekarang, bukan level biasa². Baru belanja keperluan dapur, tapi tengok bil boleh tahan!

Belum masuk komitmen lain.. kena bayar sewa rumah, utiliti, hutang dan sebagainya. Duit habis keluar macam air.

Saya percaya bila komitmen bulanan tinggi, mesti sedikit yang tinggal untuk diri sendiri. Cadangan saya, cuba anda semak semula perbelanjaan bulanan anda.

Mana tahu ada subscription atau perkara yang sebenarnya anda boleh hentikan untuk selamatkan duit anda. Contohnya:
1. Online streaming - tukar kepada tonton tv biasa yang tidak berbayar
2. Aircond - guna kipas untuk cara lebih jimat
3. Water filter - mana tahu anda boleh masak air untuk minuman berbanding perlu bayar bulanan

Apa pun, komitmen bulanan tinggi bergantung pada diri anda. Setiap orang pasti ada pandangan berbeza tentang keperluan masing².

Yang pasti, kalau anda mula rasa sesak nafas dengan perbelanjaan, mulalah semak komitmen anda. Adjust apa yang patut😉

#dradamzubir