Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
666 videos
9 files
4.15K links
Update info emas
Download Telegram
Gais.

Berita hangat sekarang.

Ringgit semakin jatuh = kuasa beli pemegang RM semakin kecil.

Kemudian, Bank Negara Malaysia menaikkan OPR 0.25% menjadi 2.5%

Kesannya = kos untuk anda meminjam makin meningkat.

Jika anda peminjam, kesannya = Kos anda membayar pinjaman akan jadi semakin tinggi.

Inflasi Malaysia pula = semakin tinggi, mencapai 4.4%

Bantuan dari kerajaan seperti zaman covid pun dah takde.

Kita sedang masuk zaman yang mencabar gais 😅

#NotaEmasMentor
Gais.

Isu perang perdagangan Donald Trump menjadi pemangkin kenaikan harga emas pagi ini (Isnin)

Pada hari Ahad (waktu US), Trump menyatakan bahawa beliau bakal mengumumkan kenaikan tariff sebanyak 25% ke atas produk besi dan aluminium selain dari mengekalkan tariff sedia ada terhadap kedua-dua item ini.

Pelabur melihat pengumuman ini sebagai pergeseran besar dalam polisi perdagangan US dengan rakan dagangannya.

Pergeseran ini mengundang ketidaktentuan dalam situasi perdagangan dunia.

Jadi harga emas meningkat naik.

Ini kerana, dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Buat masa ini, emas cenderung kepada trend menaik.

Kita kena tunggu pengumuman rasmi daripada Trump.

Waktu tu baru harga emas akan memberikan tindakbalas yang sewajarnya.

Sekian.

#NotaEmasMentor