Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
672 videos
9 files
4.16K links
Update info emas
Download Telegram
INFLASI MEMBAHAM WANG PENYIMPAN

1. Sepertimana kenaikkan suhu dunia memberi efek kepada seluruh mahluk di dunia, inflasi juga memberi efek kepada semua penduduk di dunia. Tidak ada yang berkecuali di sini.

2. Tetapi berlainan dengan efek suhu, inflasi memberi efek berlainan kepada golongan manusia yang bertindak berlainan.

3. Golongan yang menyimpan wang mereka di dalam akaun simpanan atau pelaburan yang memberi pulangan yang rendah (di bawah 5% setahun) akan menerima efek yang amat buruk kerana wang mereka akan kehilangan nilai dengan ketara. Malah, apabila kadar inflasi melebihi 6% setahun, mereka sebenarnya menanggung kerugian. Apa yang lebih tragiknya ialah mereka ini menanggung kerugian walaupun mereka menyimpan wang!

4. Disebaliknya, golongan yang melabur wang mereka di dalam emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih akan mengaut keuntungan kerana ketiga2 pelaburan ini naik nilainya bersama2 dengan inflasi.

5. Sekarang oleh kerana anda sudah mengetahui akan situasinya, langkah yang berikut ialah untuk anda melabur sebahagian daripada wang anda supaya anda temasuk di dalam golongan yang mengaut keuntungan daripada kenaikkan inflasi.

#creditedtuanaziziali
#sumber
1. Diantara berita yang panas hujung bulan November ini ialah kenaikan harga barang-barang makanan termasuk sayur yang naik di antara 40% sehingga 200%.

2. Sebenarnya ini hanyalah satu lagi petanda yang membuktikan kadar inflasi yang sebenar di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kadar rasmi 2.9% pada bulan Oktober.

3. Malah situasi di negara-negara asing termasuk AS juga adalah sama buruknya kerana harga banyak barangan termasuk bahan mentah di negara itu naik lebih 50%. (Kadar rasmi inflasi di AS naik daripada 1.4% pada bulan Januari 2021 kepada 6.2% pada bulan Oktober.)

4. Seperti yang saya tulis sebelum ini, kita sebagai rakyat tidak dapat menahan atau mengawal inflasi kerana ianya di luar kawalan kita.

5. Tetapi kita boleh menyelamatkan kuasa belian wang simpanan dan pelaburan kita daripada di baham inflasi dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun simpanan, FD, Tabung Haji dan malah ASB ke pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi ketika inflasi sedang mengganas. Tiga daripada pelaburan ini ialah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.

6. Dan kita tidak boleh tunggu lama-lama! Kita PERLU menghijrahkan wang ini dengan secepat mungkin supaya kita tidak menjadi mangsa dan tenggelam di dalam gelora inflasi.
#creditedtuanaziziali
1. Grafik berikut menunjukkan kadar inflasi beberapa buah negara di dunia pada tahun 2021. Sepertimana yang awak boleh lihat, inflasi negara Kanada @ 4.4%, Germany @ 4.5%, New Zealand @ 4.9%, USA @ 5.4%, Brazil @ 10.3%, Argentina @52.2% dan melompat ke 1,946% untuk Venezuela! Semua angka2 ini menggerunkan terutamanya when we consider that semua angka ‘official’ telah di masajkan (!) oleh kerajaan berkenaan (untuk nampak lebih indah).

2. Since you asked, kadar inflasi ‘official’ (ehem!) Malaysia pada bulan September 2021 ialah 2.2%.

3. Seperti yang saya telah sebut sebelum ini, kadar inflasi – official dan juga unofficial – ini adalah di luar kawalan kita sebagai rakyat. Tetapi berita baiknya ialah kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk menyelamatkan kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Tiga daripada pelaburan tersebut adalah emas, bitcoin dan altcoin terpilih.

4. Untuk mendiamkan diri (dan tidak bertindak) ialah untuk tenggelam dalam ombak inflasi yang semakin bergelora!

#creditedtuanaziziali