Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.3K photos
665 videos
9 files
4.14K links
Update info emas
Download Telegram
April 4, 2023
Kekayaan di tangan kita...

Bukan secara teori. Tapi hakikat nilai kekayaan tu sendiri memang berada di tangan kita selagi emas tu ada di tangan kita.

Emas berbeza dengan aset kewangan yang lain.

Bila beli emas, pastikan dapat emas (fizikal). Kalau sekadar nak bermain dengan nombor, banyak lagi aset kewangan lain yang lebih baik dari emas.

Fungsi paling penting emas melindungi kekayaan kita dari 3 perkara;

1. Bocor sebab diri kita

Boros berbelanja. Nampak duit, asyik fikir nak belanja jer. Itu ini semuanya kita rasa perlu beli bila ada duit.

Bila simpan emas, semua tu tak timbul lagi.

Bila tengok kepingan-kepingan emas yang kita ada, kita asyik fikir nak tambah lagi simpanan kita.

2. Bocor sebab lumrah duit kertas

Lumrah duit kertas, nilainya semakin merosot dari tahun ke tahun.

Nombor masih sama, tapi nilainya menurun disebabkan inflasi. Dan nilainya hilang disebabkan risiko kejatuhan ringgit.

Walaupun bukan salah kita, tapi kekayaan kita tetap bocor…

3. Bocor sebab bencana kewangan

Sama ada bencana kewangan ke atas dunia, negara ataupun ke atas diri kita sendiri.

Walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi apa-apa pun boleh terjadi dalam hidup kita.

Sistem kewangan dunia dan negara boleh runtuh pada bila-bila masa kalau berlaku ketidakstabilan terhadap politik dan ekonomi.

Walaupun bukan salah kita, kekayaan yang kita usahakan bertahun-tahun boleh hilang begitu sahaja pada bila-bila masa!

Bahkan kalau jatuh bankrap atau nama terpalit dengan AMLA (walaupun kita tidak bersalah) seperti yang pernah terjadi kepada saya, semua harta kekayaan kita boleh dibekukan (bahkan dilucutkan hak) pada bila-bila masa!

Apakah harta kekayaan yang tinggal kepada kami sekeluarga pada ketika itu? Hanyalah emas…

Akaun-akaun bank saya dibekukan.

Bahkan Akaun Emas GAP saya juga dibekukan!

Itulah pentingnya kenapa setiap kita kena ada emas. Dan kena tukarkan sebahagiaan kekayaan kita kepada emas.

Supaya apa pun terjadi kepada kita atau dunia, kekayaan itu benar-benar ada di tangan kita… InsyaAllah.

Kredit Mohd Zulkifli Shafie
April 4, 2023
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
April 4, 2023
April 4, 2023
April 4, 2023
April 4, 2023
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
April 4, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023
❗️Hilang RM200,000 dalam masa 20 minit

”Saya tak risau simpan duit dalam bank, duit saya ada perlindungan PIDM.”

Fakta:

PIDM hanya lindungi duit kita jika bank tersebut bankrap dan hanya terhad pada nilai maksima RM250,000 sahaja.

Pelbagaikan lokasi simpanan duit kita atau tukarkan kepada aset mudah cair seperti emas (satu- satunya aset kewangan yg tiada dalam sistem kewangan). Maknanya? Tidak ada siapa tahu berapa banyak kg emas yg kita ada!

Andai berlaku muflis/ akaun dibekukan/ emergency, jual sahaja emas di tangan demi menampung kehidupan.

Bacaan lanjut di sini:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/04/04/lawyer-sues-bank-as-unknown-party-withdraws-rm200000-from-account/

Kredit: Faezah Hamid, Pakar Pelabur Korporat

Tahu tak, sekiranya bankrap, emas kita juga tak akan dibekukan? Sebab ia tiada dalam sistem kewangan dan tidak dikawal kerajaan!

Jadi ketua keluarga, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan sekurangnya 1kg emas demi kelangsungan hidup anak anak dan isteri tercinta di waktu musibah menimpa.
April 5, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023
April 5, 2023