Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.4K photos
665 videos
9 files
4.14K links
Update info emas
Download Telegram
BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?

Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan.

Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang perlu digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang.

Emas juga ada susut jadi perlu memikirkan faktor spread sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya.

Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih 3 tahun.    

Sebenarnya, duit yang digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga.

Belajar sesuatu
HARGA EMAS 1GRAM AKAUN GAP (MEI 2024)

01/05/2024 = RM382/GRAM⬇️-RM7
02/05/2024 =RM384/GRAM⬆️+RM2
03/05/2024=RM382/GRAM⬇️-RM2
04/05/2024=RM380/GRAM⬇️-RM2
05/05/2024=RM381/GRAM ⬆️+RM1
06/5/2024=RM381/GRAM↔️
07/5/2024=RM385/GRAM⬆️+RM4
08/5/2024=RM383/GRAM⬇️-RM2
09/5/2024=RM384/GRAM⬆️+RM1
10/5/2024=RM386/GRAM⬆️+RM2

Harga Emas NAIK RM2
RM100 @ 0.2591gram

Top up gap "FOCUS KEPADA MATLAMAT jangan tengok harga 🤗

Terendah 2023-RM329
Tertinggi 2024-RM399

cabar diri join Ekspedisi saving 2024

https://vt.tiktok.com/ZSNvEc5CG/

cara buat simpanan dalam akaungap

https://t.me/talianhayatemas/11221l

Next step lepas daftar :
https://vt.tiktok.com/ZSNoVy69C/
#TabungGaji

PERBEZAAN BIJAK URUS WANG DENGAN TIDAK.

Moga kita semua akan bijak urus wang dengan baik nanti.

Kita semua pernah silap, baiki dan jalani hidup ini.

Paling penting ada kesedaran kewangan awal usia.

Selamat bersedia untuk tahun baru nanti ya

Kredit Tuan Azizul Azli Ahmad
1
SUDAH GAJI..Simpan dulu..!!

Simpan Emas Teknik EPP (Easy Payment Purchase) Ni sama macam 'MAIN KUTU'..tapi ini kutu patuh syariah..

Kita paksa diri untuk menabung emas! Ada emas pasti ada duit

Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan penyimpan emas menggunakan kaedah Syariah EPP (Syariah Easy Payment Purchase).

Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis dan membentuk disiplin dengan jadual pembayaran bulanan.

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar beberapa bulan ke hadapan dengan harga yang sama pada masa hadapan.

Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat invoice pertama. hargatetapsehinggahabisbayar

Video Tutorial lock emas secara EPP:

https://t.me/talianhayatemas/10041

saya bantu lock emas EPP10 boleh wasap ye:

http://www.wasap.my/60129151907/1d10tlg
Hamba Allah ini menulis yang wujud masalah dengan akaun GAP di syarikat PG. Menerut beliau, emas 1 gm terakhir di akaun GAP itu tak boleh diterbitkan sampai bila-bila! Wow!

Pertamanya, memang betul, ada requirement untuk simpan minima 1 gm emas dalam akaun GAP. Requirement ini bukan satu yang pelik; sebagai contoh, kita juga perlu simpan minima RM50 atau RM100 dalam savings account kita di bank.

Tetapi jika kita nak terbitkan that last 1 gm di akaun GAP, boleh sahaja.

Hubungi PG melalui Helpdesk dan beritahu staff PG yang anda nak terbitkan semua emas anda, dan staff PG akan tolong anda di sini. As simple as that.

Jadi statemen yang kita tak boleh terbitkan emas 1 gm terakhir di akaun GAP itu sampai bila-bila adalah tidak tepat sama sekali. Jadi statemen itu salah dan malah a little bit mischievous.

Jadi tidak ada masalah dengan akaun GAP. In fact, I would say simpanan emas di akaun GAP ini bukan sahaja bagus tetapi mudah, cepat dan amat efektif untuk membina kekayaan dalam emas.

Jadi terus menerus menyimpan emas fizikal di Public Gold...

Kredit Tuan Azizi Ali
[ P E M I K I R A N  S I N G K A T ]

“Buat apa simpan emas atau duit banyak-banyak. Kerja penat-penat, tapi duit gaji hanya untuk disimpan. Kalau tiba-tiba kita jatuh sakit kan rugi tak dapat guna duit untuk diri sendiri semasa sihat”

Bila terdengar jawapan ini, saya terus mengucap panjang. Kerja dah hampir 10 tahun, tapi masih tak cukup berhibur lagi? Hanya 10% daripada gaji diperuntukkan untuk menyimpan, 90% digunakan untuk komitmen dan berhibur lebih 7 tahun, masih tidak puas?

Alasannya adalah takut tak sempat untuk gunakan duit gaji semasa sihat. Tak takut pula bila sakit nanti menyusahkan orang terdekat?

Bukan meminta, tapi mengingatkan.

Jika kita tiada simpanan dan tidak ambil polisi income replacement/ hibah, etc, bila berlaku kecelakaan dan tak boleh bekerja lagi, nak guna duit siapa untuk :-

1. Beli keperluan diri semasa sakit seperti pampers, susu, alat bantuan etc.

2. Kos pengangkutan dari kediaman ke pusat rawatan atau hospital.

3. Kos upah individu untuk menjaga diri kita yang terlantar sakit. Takkan nak harap orang tua jaga kita?

Dari usia sehari sehinggalah usia dah cecah lebih 30 tahun masih mengharap orang tua dan adik beradik jaga kita?

Jika tak mampu untuk memberi kepada orang lain, cukuplah dengan tidak menyusahkan mereka dikemudian hari.

Dapat sesuatu?

Kredit Cik Norsuraya
HARGA EMAS 1GRAM AKAUN GAP (MEI 2024)

01/05/2024 = RM382/GRAM⬇️-RM7
02/05/2024 =RM384/GRAM⬆️+RM2
03/05/2024=RM382/GRAM⬇️-RM2
04/05/2024=RM380/GRAM⬇️-RM2
05/05/2024=RM381/GRAM ⬆️+RM1
06/5/2024=RM381/GRAM↔️
07/5/2024=RM385/GRAM⬆️+RM4
08/5/2024=RM383/GRAM⬇️-RM2
09/5/2024=RM384/GRAM⬆️+RM1
10/5/2024=RM386/GRAM⬆️+RM2
10/5/2024=RM392/GRAM NAIK TENGHARI +RM6⬆️
11/5/2024 =RM391/GRAM⬇️
-RM1

Harga Emas TURUN RM1
RM100 @ 0.2558gram

Top up gap "FOCUS KEPADA MATLAMAT jangan tengok harga 🤗

Terendah 2023-RM329
Tertinggi 2024-RM399

cabar diri join Ekspedisi saving 2024

https://vt.tiktok.com/ZSNvEc5CG/

cara buat simpanan dalam akaungap

https://t.me/talianhayatemas/11221l

Next step lepas daftar :
https://vt.tiktok.com/ZSNoVy69C/
1
#ilmuemasdankewangan

Perkongsian dari Pakar Kewangan Malaysia No 1
Tuan Azizi Ali tentang jual emas atau buat pajakan mana lebih untung.

--------------------------------------------------------
1. Mana yang lebih menguntungkan – pajak atau jual emas?

2. Mari saya jelaskan. Pastikan anda baca post ini sampai habis kerana jawapan saya mungkin akan memeranjatkan anda.

3. Assuming yang anda memilik 10 gm emas di akaun GAP di Public Gold. Anda boleh pajak emas ini – boleh buat secara online – kepada PG dan anda akan dapat wang berjumlah 70% daripada nilai emas ini. Sebagai contoh, nilai 1 gm emas pada 26 Apr 24 ialah RM389 per gm. Jadi anda akan dapat RM389 x 10 gm = RM3,890 x 70% = RM2,723.

4. Jika pajakan dibuat sebelum jam 4 petang, duit pajakan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda keesokan harinya waktu bekerja (jika akaun Maybank). Jika selepas 4 petang, maka wang pajakan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 2 hari bekerja.

5. Jadi ambil wang itu dan gunakannya untuk menangani isu yang menghantui anda.

6. Next, oleh kerana ini pajakan (arrahnu), anda akan dikenakan storage fee 1% sebulan; dalam contoh ini - RM38.90.

7. Jadi jika anda pajakan emas itu selama 6 bulan, maka anda perlu membayar balik RM38.90 x 6 bulan = RM233.40 + RM2,723 = RM2,956.40 kepada PG semasa menebus emas itu nanti.

8. Jika anda jual emas 10 gm itu terus kepada PG pula, anda akan dapat RM3,570, yang sudah tentu lebih tinggi daripada RM2,723. Tapi emas itu kini tidak ada di tangan anda lagi.

9. Jadi yang mana satu yang lebih menguntungkan anda? Jawapannya bergantung kepada situasi anda pada waktu itu. Jika anda menghadapi masa-masa kecemasan dan memerlukan wang dengan segera, anda boleh gadai emas itu. Dan tebusnya balik kemudian apabila anda mendapat wang di tangan.

10. Tetapi jika anda tak pasti yang anda boleh mendapatkan wang untuk menebus emas itu dalam masa 6 bulan, saya berpendapat lebih baik anda jual sahaja emas itu. Jual, dapat cash, dan gunakan cash itu untuk menangani masalah anda.

11. Saya nak tambah satu poin di sini. Ingat yang kedua-dua situasi ini hanya wujud jika anda memiliki emas di tangan. Jika anda tidak ada emas, situasi ini tak wujud pun! No gold, no talk, no honey!

12. Jadi inilah lagi satu sebab mengapa anda perlu melabur dalam emas.

So jadi penyimpan emas yang berilmu supaya kita dapat maksimakan keuntungan dalam simpanan emas.

Kredit Tuan Azizi Ali
Macam mana nak dapatkan sekeping 1gram macam ni?

Bajet RM100/bulan : menabung dalam akaun GAP selama 8bulan. Cukup 2 gram, boleh keluarkan sekeping.

Bajet RM200/bulan : menabung dalam akaun GAP selama 4bulan. Cukup 2 gram, boleh keluarkan sekeping.

Bajet RM400/bulan : menabung dalam akaun GAP selama 2bulan. Cukup 2 gram, boleh keluarkan sekeping.

Harga emas makin mahal. Kalau nak kekal menabung #1gram1bulan mungkin agak mencabar sekarang.

Dulu 1 gram tak sampai RM300. Sekarang dah hampir RM400.

Penyelesaiannya, menabunglah ikut BAJET.

Kalau dah allocate RM300 sebulan untuk menabung emas, kekal sahaja menabung melalui Akaun Emas GAP dengan bajet RM300+- sebulan.

Kredit Pn Nadira

Refer video Cara toupop gap https://t.me/talianhayatemas/11221
Tak perlu pelik pun.

Majoriti masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Ia datang secara “ansuran”.

Contohnya orang yang mempunyai masalah simpanan, bermakna selama ini dia langsung tidak mempunyai tabiat menyimpan.

Jika tabiat menyimpan ini diamalkan daripada muda, contohnya RM100 sebulan, tak sampai setahun sudah ada RM1,000, dalam akaun simpanan.

Malah, jika simpan RM10 sebulan pun, tak sampai 10 tahun akan ada RM1,000 dalam simpanan.

Kenapa tidak mampu menyimpan?

Ramai yang memberi komen kos sara hidup tinggi, harga barang naik, gaji naik dan seumpamanya.

Tapi sebenarnya ada punca yang lebih utama iaitu tiada kesedaran dan tindakan kenapa perlu menyimpan.

Kita lebih cenderung untuk berbelanja setiap kali dapat gaji dan hasilnya tiada simpanan dibuat di hujung bulan.

Jadi, masalah majoriti rakyat Malaysia bukanlah tidak ada simpanan, tetapi tidak ada tabiat menyimpan yang betul.

Sama juga dengan masalah keberhutangan yang tinggi. Ia bukan berlaku secara tiba tiba.

Orang yang mempunyai masalah hutang, “dipupuk” tabiat tersebut sejak daripada kali pertama dapat gaji.

Contohnya apabila sejak muda hendak memiliki kereta melebihi setahun gaji apabila terpengaruh dengan orang lain. Mula-mula hutang kereta, selepas setahun tidak ada duit untuk bayar renew road tax dan takaful kereta, kita apply kad kredit. Buat hutang baru.

Selepas itu, kita bayar hutang kad kredit paling minima sehingga ia mencecah limit. Selepas beberapa tahun apply pula personal financing 10 tahun untuk buat total settlement hutang kad kredit.

Ia hanya gali lubang tutup lubang. Masalah kewangan tidak selesai juga, malah bertambah-tambah.

Apabila berlaku begini, kita akan cenderung untuk menyalahkan pihak lain. Kita menyalahkan gaji tak cukup, menyalahkan majikan, menyalahkan kerajaan, menyalahkan Najib / PMX / Hj Hadi / DAP / Zionis / Israel.

Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri.

Kredit wakil rakyat netizen Malaysia page
#ilmuemas

𝟏𝟐 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒

1. Tunggu Harga Emas Rendah
2. Tunggu Duit Lebih
3. Tunggu Gaji Naik Baru Nak Mula
4. Guna Duit Belanja Beli Emas
5. Beli Barang Kemas
6. Takut Harga Emas Turun
7. Berhenti Menabung Emas Bila Harga Naik
8. Berhutang Nak Beli Emas
9. Cari Emas Harga Murah
10. Pajak Emas Tanpa Tujuan
11. Takut Nak Mulakan Tabungan Emas
12. Simpan Emas Tanpa Target

Emas hanya satu alat instrument, apa yang menyebabkan kita kaya bukanlah sebab kita memiliki emas tapi ilmu tentang emas.

Buat apa sahaja tapi kalau tiada ilmu maka kita dalam kerugian, sebelum membuat pelaburan apa-apa pastikan cari ilmu dulu.

Siapa ada duit belum tentu ada emas,
tapi siapa ada emas pasti ada duit.

Pelaburan emas sesuai untuk simpanan jangka panjang 2 tahun dan ke atas.

Dah faham tentang ilmu emas, jom mulakan tabungan dan belian emas bersama public gold :

Klik daftar
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00405833&is_dealer=1
Jangan beli 5gm dari website or apps! sebab mahal

Lebih jimat keluarkan dari akaun emas GAP

🌟 Tips kumpul 5gm BungaMas

1. Buka Akaun GAP Percuma

2. Simpan 1 gram 1 bulan didalam Akaun GAP

3. Ulang simpan 1 gram sehingga bulan ke-6

4. Dah cukup 6gm, keluarkan 5gm BungaMas, hanya perlu bayar caj premium RM10

Kos keluarkan dari akaun GAP = RM1965

Kos beli direct di website atau apps Public Gold Rm2075. Mahal tau!

Anda Jimat RM110!

Sebab tu simpan emas kene ada pembimbing yang ajar cara nak dapatkan emas yang murah🥰

Tetapkan matlamat simpanan emas. Berapa banyak nak kumpul 5gm BungaMas? Ini cadangan:

7 X - Dana haji
15 X - Kahwin
20 X - Beli rumah
30 X - Pendidikan
150 X - Persaraan

Sekarang sudah tahu caranyakan? Ayuh bermula

https://vt.tiktok.com/ZSYJcSVfB/
HARGA EMAS 1GRAM AKAUN GAP (MEI 2024)

01/05/2024 = RM382/GRAM⬇️-RM7
02/05/2024 =RM384/GRAM⬆️+RM2
03/05/2024=RM382/GRAM⬇️-RM2
04/05/2024=RM380/GRAM⬇️-RM2
05/05/2024=RM381/GRAM ⬆️+RM1
06/5/2024=RM381/GRAM↔️
07/5/2024=RM385/GRAM⬆️+RM4
08/5/2024=RM383/GRAM⬇️-RM2
09/5/2024=RM384/GRAM⬆️+RM1
10/5/2024=RM386/GRAM⬆️+RM2
10/5/2024=RM392/GRAM NAIK TENGHARI +RM6⬆️
11/5/2024 =RM391/GRAM⬇️
-RM1
12/5/2024=RM391/GRAM↔️

Harga Emas kekal
RM100 @ 0.2558gram

Top up gap "FOCUS KEPADA MATLAMAT jangan tengok harga 🤗

Terendah 2023-RM329
Tertinggi 2024-RM399

cabar diri join Ekspedisi saving 2024

https://vt.tiktok.com/ZSNvEc5CG/

cara buat simpanan dalam akaungap

https://t.me/talianhayatemas/11221l

Next step lepas daftar :
https://vt.tiktok.com/ZSNoVy69C/