Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.4K photos
665 videos
9 files
4.14K links
Update info emas
Download Telegram
February 9, 2024
恭喜发财 Gong Xi Fa Cai
新年快乐 Xin Nian kuai Le
Kepada semua penyimpan emas Jenn

Ribuan terima kasih atas sokongan & kepercayaan terhadap jenn☺️

Sempena Sambutan 新年快乐
Chinese New Year Jenn berbesar hati memberi Angpaow
🧧🧧🧧🧧🧧🧧🧧🧧

Huat Huat Ong Ong
Semoga Tahun Naga 🐲🐉 bertambah baik

Ikhlas
Jenn 🥰🧧
February 9, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
February 11, 2024
Keratan akhbar lama. Lama x lama mana lah.. Kalau x silap mata saya tahun 2015 rasanya..

*Kisah Dua Kali Miskin*

"Saya teringat gemulah ayah mertua saya, Dia pernah menceritakan kepada saya yg ketika Jepun mendarat di Pantai Sabak, dia berumur 14 tahun.

Dia sudah tidak bersekolah kerana dia tidak naik naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk tiga tahun berturut turut. Dia meminta modal daripada emaknya utk memulakan perniagaan.

Emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di Sg Kelantan.

Mula mulanya dia berniaga budu. Perniagaannya berkembang.

Pada akhir pemerintahan Jepun, dia sudah berniaga bermacam macam termasuklah atap & balak di sepanjang Sg Kelantan. Pada waktu pemerintahan Jepun, antara teman yg ditemui di Kota Bharu ialah Al Marhum Raja Perlis. Baginda ketika itu berniaga manisan ( gula melaka ) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni guni duit gambar pohon pisang yg dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lg.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British & Jepun.

Walaupun Barat kalah di semenanjung, duit pound Amerika tetap laku kerana ia emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun kerana ia kertas
         
Menarik kan cerita ni?
Kongsikan ye dengan kawan2

Artikel tulisan;
YB Husam Musa.
bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan,
Antara tulang belakang kpd kewujudan Dinar Kelantan.

Kredit owner copywriting
February 11, 2024