Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.4K photos
665 videos
9 files
4.15K links
Update info emas
Download Telegram
November 22, 2023
November 22, 2023
Bagi seorang "Gold Saver" buang masa kalau terlalu memikirkan (fokus) kepada turun naik harga emas.

Emas tu kalau harganya naik turun ke tetap kita akan simpan selagi mana ia belum lagi memerlukan kita jual.

Kebiasaanya bagi "gold saver" mereka akan menjual emas bila berada dalam 3 situasi yang dimaksudkan seperti didalam gambar.

Secara asasnya tak kisah berapa pun harga emas ketika nak menjual, tapi bila berada dalam tiga situasi yang dimaksudkan itu adalah masa yang terbaik dan harga terbaik bagi "gold saver" untuk menjual emasnya.

Selain menjual kita sebagai "gold saver" ada pilihan lain iaitu boleh saja pajak untuk dapatkan tunai segera.

Tapi apapun perlu kenalpasti sumber kewangan kita dimasa depan yang membolehkan emas itu ditebus semula selepas dipajak. Supaya kita tidak ada masalah selepas memajak emas tu.

Simpan emas biar bermatlamat yang jelas, supaya kita tidak berada dalam situasi yang "lemas" bila melihat naik turun harga emas.

Kredit Cik Azalia Arisha
November 22, 2023
November 22, 2023
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Student pun boleh beli emas. Emas aset mampu milik. Keistimewaan emas boleh dibeli sikit sikit.

Kita kumpul aset sikit sikit sampai mampu beli hartanah.

https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00405833&lang=ms
November 22, 2023
November 23, 2023
PENYIMPAN VS PELABUR EMAS.

Sama tapi tak serupa, terma antara pelabur dan penyimpan sering kali mengelirukan pelanggan emas. Ramai yang tidak dapat membezakan antara posisi pelabur dan penyimpan emas.

Penyimpan bermaksud, anda telah menukarkan duit menjadi emas. Menyimpan emas fokus pada penambahan gram emas dalam simpanan sedikit demi sedikit secara konsisten tanpa terlalu fokus pada naik turun harga emas bagi mencapai matlamat.

Contohnya, simpanan emas 1 gram 1 bulan untuk 1 keluarga. Selepas setahun ada sudah ada 12 gram.  Penyimpan emas yang bermatlamat mempunyai target dan durasi masa untuk menyimpan emas dalam tempoh yang panjang biasanya 3 tahun ke atas.   

Terdapat juga penyimpan yang aktif membeli emas tapi tidak aktif menjual. Mereka adalah penyimpan emas tegar. Tujuan penyimpanan adalah untuk memperbanyakan gram emas. Kebanyakan mereka tidak mempunyai modal yang besar.   

Manakala pelabur emas perlu membeli emas dalam gram yang besar untuk memaksimumkan keuntungan dengan kenaikan harga emas. 

Mereka miliki  emas dengan bajet yang besar iaitu 100 gram sehingga 1 kilogram.

Pelabur perlu fokus pada naik turun harga untuk memastikan bila masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Memiliki emas tidak dalam tempoh masa yang terlalu lama dan sesuai untuk mereka yang mahir dalam pelaburan .
November 23, 2023
November 23, 2023
November 23, 2023
November 23, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023
Kenapa perlu simpan emas dengan ilmu?
Dari dulu orang simpan emas ok je.

Meh saya jawabkan. Sebenarnya bukan emas saja. Apa pun pelaburan atau aset yang kita dapatkan dengan ilmu akan lebih menguntungkan, lebih berhasil dan yang paling penting kurang risiko mendapat kerugian.

Contohnya orang yang simpan RM100k dalam tabung dah tentu berbeza dengan orang yang simpan RM100k dalam ASB.

Jadinya walaupun simpan emas nampak mudah, tanpa ilmu kita mungkin tak tahu tentang berberapa perkara yang jangan dibuat dengan emas. Kali ni saya kongsikan 4 perkara jangan buat dengan emas.

1) Jangan beli emas guna duit kecemasan.
Duit kecemasan adalah duit yang kita nak gunakan dalam masa terdekat sekiranya berlaku kecemasan. Walaupun emas boleh dijual namun emas ada spread value.

2) Jangan beli emas guna duit pinjaman.
Ada orang yang risau nanti harga emas naik dah tak mampu beli, jadinya dia buat pinjaman bank dan duit tu buat beli emas pula. Duit pinjaman ada interest bermakna beli emas belum untung, hutang dah bertambah. Harga emas pula belum tentu meningkat dalam masa kurang dari 2 tahun. Sedangkan interest dah kena bayar setiap bulan.

3) Jangan Pajak emas sesuka hati.
Pajak emas bermakna kita berhutang. Kita perlu menilai jumlah pajakan yang mampu kita bayar semula. Jangan ambil jumlah pajakan emas lebih dari kemampuan untuk bayar balik dalam tempoh 6 bulan atau paling lama 1 tahun. Setiap bulan yang bertambah ada upah yang perlu dijelaskan selain dari nilai pinjaman.

4) Jangan beli emas kalau nak jual dalam masa kurang dari 2 tahun.
Beli emas perlu guna duit yang nak disimpan lama. Harga emas memang meningkat untuk jangka masa panjang, namun untuk tempoh yang singkat ada naik dan turunnya. Waktu nak jual semula juga ada spread value. Ni yang kebanyakan orang silap dan buat sangkaan beli emas rugi sebab jual semula harga jatuh. Sedangkan sebenarnya dia perlu simpan lebih lama.

Kredit Tn.Mohd khairur Anuar
November 24, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023
November 24, 2023