Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.29K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Assalamualaikum.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Moga amalan Ramadhan kita diterima dan Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan pengampunan buat kita semua.

Dari: Azril Hisham Sekeluarga
Photo from azrilhisham
harga emas tak rilex gais. buy GAP now sebelum harga dikemasikini bila2 masa saja.
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
💰 SIMPAN DUIT RAYA ANAK DALAM AKAUN EMAS GAP!

Kebiasaan: Duit raya simpan dalam tabung → mudah bocor & susut nilai.
Pilihan bijak: Simpan dalam Akaun GAP Public Gold → Nilai kekal, elak bocor, boleh tukar emas fizikal!

Nilai kekal & bertambah – Emas kalis inflasi & naik harga jangka panjang
Elak bocor & terguna – Simpanan lebih selamat
Ajar anak menyimpan aset – Bantu anak faham konsep kekayaan sebenar
Boleh keluarkan emas fizikal – Tukar ke dinar/gold bar/ barang kemas 999 (24K) bila cukup gram

Mudah je!
1️⃣ Kumpul duit raya anak
2️⃣ Masukkan ke Akaun GAP
3️⃣ Ulang setiap tahun, bina dana pendidikan tanpa PTPTN!

Nak mula? Saya boleh bantu! Tekan www.wasap.my/60196690809/emasraya
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K
Forwarded from Bank Content JE24K