Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.29K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
Weekly Meetup bersama AmazingJE24K. Setiap Selasa, 9pm. Bersama rakan-rakan dealer PG yang ohsem.

Topik - 3 Powers by MamaGold

Pada rakan-rakan dealer di bawah mentorship saya, pastikan minggu depan ada muka anda semua dalam zoom in ya. Hihi!.

#amazingje24k #emasviral

Azril Hisham
Bismilllah.

Alhamdulillah. Siapa sangka disebalik covid-19 yang melanda seluruh negara, ada peluang baik dan rezeki yang mencurah untuk saya dan rakan-rakan.

Berikut adalah ringkasan pencapaian saya bagi tahun 2020/2021 (April 2020 - Mac2021) yang telah diumumkan di dalam ARN Public Gold (10 Julai 2021)

❤️ 12 bulan berturut-turut Platinum Producer Public Gold (Personnel sales melebihi 100k).

❤️ Club 365. (Perkenalkan lebih 365 orang untuk mula simpan emas di Public Gold).

❤️ Founder Master Dealer (Punyai direct customer/dealer melebihi 500 orang dan personnel sales melebihi 500k).

❤️ 1 Star Founder Master Dealer. (Punyai empayar customer/dealer melebihi 1ribu orang). Kini menuju 2 Stars Founder Master Dealer, InsyaAllah.

❤️ Million Dollar Producer (Personnel Sales melebihi 1juta).

❤️ 2 tiket SIP ke Russia Percutian VVIP yang ditaja sepenuhnya oleh Public Gold. (Personnel sales melebihi 2juta dan group sales melebihi 6juta).

❤️ Vaksin. Sudah selesai 2 dos. Terima kasih KKM dan kerajaan Malaysia. Ini saja je saya tambah. Hihi!.

Siapa yang mahu turut serta dengan simpanan dan pelaburan emas /perak, tak kira la untuk diri sendiri atau menjana pendapatan, saya jemput semuanya untuk bersama-sama saya.

Bimbingan akan diberikan dengan menggunakan pelbagai saluran yang saya dan kumpulan saya ada #amazingje24k supaya kita semua boleh berjaya. Menuju Puncak!. Ala-ala akedemi fantasia gitu. Haha!.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua penyimpan emas dan rakan dealer di bawah bimbingan saya yang sentiasa memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Mari sama-sama buat sampai jadi.

Semoga momentum ini terus berterusan dan berterusan dengan izin-Nya. Insya Allah.

Matlamat saya adalah untuk membimbing seberapa ramai mungkin dan berkongsi ilmu emas ft. kewangan kepada sesiapa saja yang berminat. Jom mula gais.

Akhir kata, terima kasih pada ibu, isteri tercinta, Founder PG; Dato' Wira Louis Ng, Tuan Syukor Hashim, LeaderShip Mentor; Mama Azizah Hassan, staf-staf Public Gold terutamanya Susan & Jason dari cawangan Ampang dan ramai lagi insan hebat yang secara langsung / tidak langsung membantu saya dalam mengecapi kejayaan ini. Buat semua Leader AmazingJE24K, teruskan semua rancangan yang telah kita rancang. Moga semuanya dipermudahkan.

Nak tambah ilmu berkenaan emas ft. motivasi kewangan, lekas join official telegram channel:

https://telegram.me/publicgold_my

Azril Hisham
1 Star Founder Master Dealer
Local Speaker Public Gold
(PG Code: PG00064616)

2 ticket SIP Qualifier ke Rusia in real. Bukan cobaan lagi. Dream big and fight for it.
Tahniah kepada rakan-rakan Dealer di bawah Mentorship saya #emasviral #amazingje24k

Club 100 (Perkenalkan lebih 100 orang customer baru).

(1) Nurul Fauziyan
(2) Perez
(3) Nuur Afiefah

Kalian semua memang ohsem!
Tahniah Nurul Fauziyan Samsudin. Sekarang dah bergelar Master Dealer. Bangga la.

Seorang yang terus mula tanpa banyak soal. Dah mula baru dia tanya aku macam-macam. Haha!. Terima kasih sebab percaya dan yakin.

So, sesiapa yang nak mula simpan emas atau nak buat pembiayaan dengan BSN, lekas hubungi dia. Kasi jadi

#AmazingJE24K
#emasviral #teamemasviral

Azril Hisham

Boleh follow saya di Facebook juga.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4475087389191004&id=100000693623417
SIMPANAN PAKSA & LUPA DENGAN EMAS
[Biar Sedikit Asalkan Berterusan]
-------------------------------------

Bagi sahabat yang nak jadikan emas sebagai simpanan, saya cadangkan mula dengan 1 GRAM 1 BULAN dulu. Disiplinkan yang itu dulu. Simpan sedikit-sedikit tetapi berterusan lebih baik berbanding beli banyak dan terus diam.

Kelebihannya:

(1) Ia akan jadi simpanan paksa. Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji, paksa diri beli 1 gram melalui Akaun Emas GAP (supaya dapat harga termurah), selebihnya terpulanglah nak simpan di mana.

(2) Ia akan jadi simpanan dilupakan. Simpan emas tak macam simpan duit. Kita tak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (sebab "nombor" telahpun hilang), bahkan kita rasa nak kumpul lagi dan lagi sebab keseronokkan kita dengan emas ialah pada mengumpulnya. Sedar-sedar, 1 tahun sudah ada 12 gram.

(3) Penyimpan emas yang beli secara berkala tak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun memuratakan kos. Kalau beli 3 kali; RM260, RM270 dan RM280 segram, maka kos purata hanyalah RM270. Harga emas naik kita seronok, harga turun lagi seronok! Kan?

Memang inilah salah satu cara saya paksa diri menyimpan. Bila terima apa sahaja pembayaran, mesti tambah simpanan 1 gram dahulu. Selebihnya terpulang samada nak tambah lagi gram emas atau buat simpanan yang lain.

Satu hari nanti, berapa jumlah gram emas yang sudah kita miliki pun kita tak pasti sebab kita hanya cek setahun sekali sahaja iaitu bila sampai masa untuk keluarkan zakat. Ia benar-benar jadi simpanan untuk dilupakan.

Lekas mula sekarang. Klik www.wasap.my/60196690809/sayanaksimpanemas

#1gram1bulan #publicgold #gap #amazingje24k #emasviral
Alhamdulillah, malam semalam dapat latest update tentang perjalanan bisnes Publicgold.

Ada orang kata, introducer ni tak penting. Daftarlah dengan siapa-siapa pun, anda akan berjaya dalam platform Publicgold sebagai customer mahupun dealer. Takde introducer pon tak pe.
.
Maaf. I agree to disagree. Jika kita tiada insan yang pimpin tangan kita, lebih-lebih lagi mereka yang arif tentang update terbaru dari PG bagaimana mungkin kita nak berjaya.
.
Introducer adalah mereka yang sudah berkecimpung lama dalam industri ini. Jika anda baru seminggu jadi dealer, amat penting untuk duduk 'melekat' dengan mentor team anda, merekalah yang akan bantu anda ketika anda hampir lemas. Sekurang-kurangnya akan ada bot penyelamat datang membantu.
.
Jika tiada siapa-siapa. Bayangkan. Anda keseorangan dalam bot kecil. Kiri dan kanan anda penuh dengan kapal besar. Jika tidak terkena kapal pun, gelombang air dan percikan nya sahaja pon mampu membalikkan bot kecil anda.
.
Terima kasih kapal besar #AmazingJE24K

Kali ini ada wakil MD dari team saya sendiri. Yeah!.
Alang-alang nak menyimpan duit, lebih baik simpan emas.

Alang-alang dah jadi boros, lebih baik boros beli emas.

Esok dah gaji, moh la kita simpan sikit.

Beli emas duit habis, tak beli emas pun duit habis juga gais 🤣

#EmasViral
#AmazingJE24K
𝗕𝗲𝗿𝗵𝗶𝗮𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗳 𝗜𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲 - 𝗣𝗚 𝗝𝗲𝘄𝗲𝗹

Baik goldbar mahupun barang kemas, masing-masing mempunyai peminat serta kelebihan tersendiri.

Tetapi ada juga yang berpendapat, barang kemas bukanlah pelaburan terbaik.

Mungkin benar mungkin tidak pendapat ini.

Untuk itu, minggu ini , kami bawakan khas kepada anda Official Speaker PGJewel dari team #amazingje24k dalam membongkar kelebihan barang kemas sehingga #surirumahbelirumah

Kami di #AmazingJE24K senantiasa mengutamakan ilmu sebelum membuat apa-apa pelaburan. Kini kami datangkan, kuliah emas secara atas talian, khas untuk anda, walau di mana sahaja anda berada. Anda hanya perlukan capaian internet yang baik. Ilmu emas akan terus sampai kepada sampai kepada anda.

Kami telah sediakan platform terbaik abad ini. Tugas anda, terus jalan, buang alasan. Jumpa anda di kemuncak kejayaan.

Jom sama-sama kita saksikan dan kutip permata ilmu dari speaker-speaker hebat di Public Gold.

🌺🌺 🌺🌺
Lokasi FB Page :
𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝘄𝘄𝘄.𝗳𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸.𝗰𝗼𝗺/𝗔𝗺𝗮𝘇𝗶𝗻𝗴𝗝𝗘𝟮𝟰𝗞

Daftar disini PERCUMA dan berpeluang menang lucky draw
https://bit.ly/Oct21AmazingJE24KMegaSeminar

Seminar akan berlangsung secara live di FB page
𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝘄𝘄𝘄.𝗳𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸.𝗰𝗼𝗺/𝗔𝗺𝗮𝘇𝗶𝗻𝗴𝗝𝗘𝟮𝟰𝗞
Sila kongsikan dengan bahagia...

LIKE | SHARE | JOIN US
#AmazingJE24K
Bagaimana Boleh Menjadi Kaya dengan Emas

1. Mula menyimpan
2. Perlahan menyimpan sedikit demi sedikit
3. Teruskan menyimpan
4. Menyimpanlah terus
5. Teruslah tanamkan semangat untuk menyimpan
6. Jangan mengalah & menyerah yang penting Terus Menyimpan
7. Istiqamah dan terus Istiqomah Menyimpan

#SimpanEmas
#bangkitdenganemas
#AmazingJE24K
Bisnes / PGBO tetap jalan seperti biasa gais. Malam ini dijemput semua dealer di bawah rangkaian saya dan #amazingje24k untuk sama-sama kita kongsi dan tambah ilmu.

Jumpa anda semua jam 9pm. Link zoom akan dikongsikan dalam group ya. Atau boleh hubungi saya untuk dapatkan akses. TQ.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4964435726922832&id=100000693623417
#TabungEmas

Bersedia untuk tahun baharu???
Jom sertai Cabaran 12 Bulan #TabungEmas !!!

Cabaran ini pasti akan buatkan kalian menjadi lebih konsisten, sistematik, penyabar, berdisiplin, malah dah tak boros 😍😍😍.

Semestinya sangat menguntungkan bila lihat hasil pada akhir tahun nanti .

Semoga lebih bersemangat untuk simpan emas!

Kongsikan kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama jadi lebih pandai mengurus kewangan dan simpan aset kecil bernilai tinggi ini 🔥.

Semoga memberi manfaat!!

Terima kasih Nabilah Shahrel #AmazingJE24K buatkan poster cun melecun ini.

Azril Hisham
Al kisah pajak gadai.

Kelihatan masih ramai orang yang beratur di pajak gadai dan kadang-kadang sampai menunggu giliran diluar. Kedai emas penuh. Pajak gadai pun penuh.

Tujuannya ialah untuk memajak barang berharga (biasanya emas) untuk mendapatkan duit segera.

Di sini saya nak bagi sedikit tips.

Gunakan pajak gadai Islam (ArRahn). Ada 2 sebab.

Sebab pertama adalah untuk mengelakkan terlibat dengan riba.

Arrahn pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah/riba atas pinjaman sebaliknya mengenakan upah simpan keatas barang yang digadaikan. Riba adalah dosa besar dalam Islam. Jangan terlibat.

Kedua, yang penting penting penting (got it?) ialah bagi mengelakkan daripada penindasan.

Dah ler orang yang pergi gadai tu biasanya susah dan kesempitan duit, jika mereka tak boleh bayar dalam tempoh yang ditetapkan maka risiko penindasan sangat tinggi.

Contoh penindasan adalah jika anda gagal membayar pinjaman dan faedah, biasanya pajak gadai konvensional akan mengambil barangan anda menjadi milik mereka dan anda tidak mendapat sebarang pampasan. Zero.

Arrahn pula tidak sesekali berbuat demikian.

Jika anda gagal membayar pinjaman dan upah simpan, Arrahnu akan melelong emas anda.

Namun hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk menebus semula pinjaman dan upah simpan (serta kos-kos berkaitan lelongan) dan jika ada lebihan maka lebihan itu akan DIPULANGKAN kepada penggadai.

Arrahn tidak akan mengambil hak anda. Mereka cuma ambil hak mereka.

Namun malang sekali sebab masih ramai lagi orang di luar sana tak tahu menahu pasal pajak gadai Islam Arrahnu.

Mereka masih menggunakan pajak gadai konvensional untuk mendapatkan duit.

Begitulah. Jika ada pandangan lain, sila komen. Sharing is caring.

Azril Hisham
Ada pilihan, pilihlah yang lebih baik

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Ketahui cara terbaik untuk simpan 1gram 1bulan.

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan.

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas.

Azril Hisham
Simpan biar konsisten, baru ada hasil

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Ramai yang terkejut dan bertanya kenapa harga emas naik mendadak pada hari Jumaat (11.2.2022). Hampir menyamai harga tertinggi dalam tempoh 2 bulan; sekitar 1865Usd/Oz.

Ceritanya begini gais.

Perkara ini disebabkan amaran bahaya yang dikeluarkan oleh pihak USA yang diketuai oleh Penasihat Keselamatan Negara (White House); Jake Sullivan. Berkemungkinan besar pihak Rusia akan menyerang negara jiran mereka iaitu Ukraine; pada bila-bila masa. Tinggal nak tekan butang je. Kalau di Malaysia, cerita tekan butang ni, hanya berlaku di arena politik. Haha!.

Presiden USA; Joe Biden telah keluarkan arahan kepada semua rakyat Amerika yang berada di Ukraine untuk meninggalkan negara itu dalam tempoh 24-48 jam. Lagi cepat lagi bagus.

Faktor risiko serangan ketenteraan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan harga emas naik mendadak; lebih 30Usd/Oz pada Jumaat (11.2.2022).

Pihak USA pula telah siap sedia dengan anggaran 8,500 tentera dalam mod 'stanby' jika berlakunya perperangan. Manakala Britain pula mendesak negara-negara Eropah untuk kenakan sekatan ke atas Rusia.

Jika ketegangan geopolotik berlarutan, kita akan melihat harga emas akan terus menaik. Orang kampung saya sebut "Uptrend".

Jika berlakunya serangan, kita akan dapat lihat harga emas meroket atau naik dengan sangat laju. Ini orang kampung saya sebut "Fly to the Moon!".

Konflik yang berlaku di dua buah negara ini sebenarnya mampu mencetuskan perang yang besar. Fuhh!. Mungkin ada negara-negara lain yang akan ambil kesempatan untuk jadikan perang yang lebih besar. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Pihak ketiga yang lebih untung.

Cerita tentang perang saya tak suka. Kalau cerita tentang harga emas naik, tentunya saya suka. Kalau harga emas tiba-tiba turun banyak pun saya suka. Dapatlah borong.

Begitulah.

Apa-apa pun teruskan simpan emas. Sikit atau banyak, bergantung pada bajet sendiri. Masih belum terlambat untuk bermula atau tambah gram. Nantikan update seterusnya dari saya.

Nak info lagi tentang emas. Lekas klik:

www.publicgold.me/azrilhisham
telegram.me/publicgold_my

#AmazingJE24K #emasviral #publicgold

Azril Hisham
Ketika ini (14.2.2022 / 4.30 petang), harga emas diniagakan sekitar 1850usd/oz, turun dari harga tertinggi dalam tempoh 3 bulan; 1865usd/oz.

Kebanyakan pelabur dilihat mengambil untung selepas harga emas naik mendadak pada Jumaat lepas. "Buy low sell high, buy high sell higher".

Namun, dijangka penurunan ini bersifat sementara dan dijangka harga emas akan kembali meneruskan kenaikan ekoran ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine yang masih memuncak.

Kita tunggu sebelah malam pula. Waktu dagangan pasaran emas USA dibuka sekitar jam 8 malam waktu Malaysia. Harga emas akan lebih aktif waktu ini.

Stanby popcorn lebih sikit gais.
,
Nak info lagi tentang emas. Lekas klik:

www.publicgold.me/azrilhisham
telegram.me/publicgold_my

#AmazingJE24K #emasviral #publicgold

Azril Hisham
Seperti dijangka, harga emas kembali naik sehingga mencecah 1874usd/oz setelah pasaran USA dibuka malam tadi. Pagi ini harga emas stabil sekitar 1870usd/oz.

Harga emas di Public Gold hari ini (15.2.2022) naik menjadi RM276/gram. Nak lebih murah harga per gram, pilih item yang besar-besar seperti 50gram, 100gram, 250gram atau 1kg.

Nak info lagi tentang emas, lekas klik:

www.publicgold.me/azrilhisham
telegram.me/publicgold_my

#AmazingJE24K #emasviral #publicgold

Azril Hisham
"Secured profit" bila harga emas naik tinggi. Inilah yang dibuat oleh ramai pelabur emas.

Lagi "best" bila adanya Public Gold yang bersedia 100% untuk beli semula "buyback" emas tanpa ada had mahupun kertas kerja yang banyak.

Inilah antara sebab utama mengapa ramai orang beli dan jual emas di Public Gold.

Bila harga emas rendah atau jatuh banyak, semua orang boleh beli tanpa ada sebarang masalah. Manakala bila harga emas naik tinggi atau meroket, semua orang boleh jual tanpa ada sebarang masalah.

Harga emas boleh dikunci "lock price" secara online atau boleh terus datang ke mana-mana cawangan Public Gold. Nak lebih cepat, terus hubungi Introducer Public Gold masing-masing. InsyaAllah mereka akan bantu sebaiknya.

Inilah yang berlaku pada premium customer saya. Belian emas 1kg (1ketul) dan 250gram (2 ketul) pada Mac 2021 telah membuahkan hasil yang lumayan. Teori beli dan tunggu digunakan dalam pelaburan emas. Bukan tunggu untuk beli ya. Haha!.

Bulan Mac 2022, harga emas melonjak sangat tinggi. Jadi saya syorkan kepada beliau untik "secured profit" dengan menjual emas yang dibelinya 1 tahun yang lalu. Setelah tambah, tolak, darab dan bahagi, untung yang dapat sekitar 54k Terus beliau cakap okay. Hihi!.

Simpan 1 tahun dapat untung 54k atau bersamaan 15% di waktu ekonomi yang tak menentu. Okay ke okay gais?

Inilah "real case study" pelabur emas dibawah bimbingan saya. Bukan biasa-biasa gais.

Jadi, kepada semua yang di luar sana, jom sama-sama kita simpan emas sebagai aset / simpanan dan pelaburan di masa depan. Ingat, beli dan tunggu. Bukan tunggu untuk beli.

Kongsikan pengalaman ini dengan orang lain. Moga lebih ramai yang simpan emas dengan selamat bersama Public Gold.

Nak tahu lagi, lekas klik www.publicgold.me/azrilhisham

#AmazingJE24K #emasviral #publicgold #gold #goldsaver #goldinvestor

Azril Hisham
Introducer pilihan ramai.
𝗡𝗘𝗪 𝗗𝗘𝗔𝗟𝗘𝗥 𝗢𝗥𝗜𝗘𝗡𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 | Bagi New Dealer Public Gold seluruh Empayer Amazing JE24K anda di syorkan menghadiri program khas yang dianjurkan oleh Leadership Team Amazing ##JE24K iaitu New Dealer Orientation yang diadakan setiap bulan.

Saya rasa seminar ringkas ni amat penting supaya setiap dealer dapat bermula dengan betul yang akan dibimbing oleh Founder Master Dealer Pn Arifah Yanez Yacob yang berpengalaman.

Rujuk jadual di poster untuk maklumat lanjut

NDO #AmazingJE24K 10 April 2022
Hari/Masa : Ahad 9 pagi - 1 petang
Tempat : Online Zoom
Bayaran : RM10
Link Pendaftaran: Boleh wasap saya terlebih dahulu ya. www.wasap.my/60196690809/NDO
Sertai cabutan bertuah emas berketulenan 999.9 dan kredit C-Wallet di link berikut :
https://bit.ly/Apr22JE24KMegaSeminar

PG Mall : Forever Casback & Unlimited Passive Income? Wow! Menarik Seminar AmazingJE24k minggu ini.

Anda berminat untuk menambahkan pendapatan pasif sekarang? Sila rujuk orang yang memperkenalkan (introducer) anda kepada seminar ini.
#AmazingJE24K #abangpgmall

Panel kita, Founder Master Dealer Abang PG Mall akan berkongsi dengan mendalam dan terperinci bagaimana platform e-dagang PG Mall bolehkan anda memperoleh cashback selamanya dan menambahkan passive income secara unlimited.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, kedua-duanya memberikan impak positif kepada pendapatan individu mahupun keluarga.
Jom set temujanji kita dalam seminar minggu ini.
Tajuk : PG Mall : Forever Cashback and Unlimited Passive Income
Tarikh : 9 April 2022
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Siaran langsung ini ditayangkan di dua platform serentak iaitu di :
Facebook :
https://facebook.com/AmazingJE24K
Youtube :
https://youtube.com/channel/UCuQiI25YuPkQG-nDcVB3VAg
[ FAKTA DUIT DAN EMAS ]

Bertahun-tahun simpan kekayaan dalam bentuk duit semata-mata, apa yang kita dapat?

1. Duit sentiasa bocor dibelanjakan.
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun (inflasi).
3. Tak sempat kumpul dana kecemasan asbab duit selalu bocor.

Tapi, apa kita akan dapat kalau tukar duit kepada aset seperti emas ?

1. Simpanan tak bocor.
2. Nilai emas semakin meningkat.
3. Mudah nak capai dana kecemasan dan bertahan ketika gawat.

Kata pakar, orang yang ada duit tak semestinya ada emas.

Tetapi orang yang ada emas, sudah tentu ada duit.

Dah gaji kan tu.
Apa kata asingkan 10% dari gaji / pendapatan anda dan tukarkan duit tu kepada emas, aset pengekal nilai jangkamasa panjang.

Jom simpan emas !

www.publicgold.me/azrilhisham

www.publicgold.me/azrilhisham/indonesia

#amazingje24k #je24k
#emasviral #publicgold
#publicgoldmalaysia
#publicgoldindonesia