Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.28K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
Gais. Ini promo yang ada ketika ini. Valid sehingga 30.4.22 jam 11:59malam.

Jangan leka. Lekas grab peluang baik ini. Mula simpan emas atau jadi Dealer Emas seperti saya.

Klik www.wasap.my/60196690809/PGOfferApril
Saya ingin menjelaskan satu misconception dan salah faham oleh segelintir rakyat Malaysia.

Ada orang Islam yang mengelak daripada melabur dalam emas kerana mereka perlu membayar zakat emas.

Memang betul kita diwajibkan membayar zakat emas. Tetapi zakat itu hanya perlu dibayar apabila beratnya melebihi 85 gm (angka ini mungkin berbeza di negeri yang berlainan) dan apabila tempoh pelaburannya cukup setahun. Jika salah satu daripada requirement ini tidak dicapai, maka kita tidak perlu membayar zakat emas.

Salah faham di sini ialah mereka ini berfikir yang mereka tidak perlu membayar zakat jika melabur dalam pelaburan lain, sebagai contoh saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB.

Pendapat ini SALAH, tuan puan semua!

Kita masih perlu membayar zakat apabila nilai pelaburan dalam saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB mencapai 2 kriteria di atas (nilai pelaburan tersebut melebihi nilai 85 gm emas dan tempoh pelaburan lebih setahun). Malah, kita wajib membayar zakat walaupun wang tersebut ada dalam akaun simpanan sahaja!

Jadi jangan takut untuk melabur dalam emas.

Anyway, kadar zakat kekayaan hanyalah 2.5% sahaja! Tak ada seorang Islam di Malaysia pun yang pernah jatuh bankrap atau ditimpa kesusahan kerana dia membayar zakat! Malah ribuan orang Islam yang menjadi kaya raya dan hidup tenang dan aman kerana mereka membayar zakat.

Finally, membayar zakat bukan satu bebanan; sebenarnya ianya satu priviledge. Ianya bukan sahaja mensucikan wang kita tetapi hati kita, serta menjadi bekal di akhirat.
Saya ada pengalaman 15 tahun dengan emas.

Saya telah melalui fasa strong uptrend 2008 - 2011 (gambar A)

Pada waktu ini, antara teknik yang popular ialah teknik 1+2 dan masuk arrahnu.

Anda beli 1 gold bar, company “bagi free 2 ketul gold bar” lepas tu semua 3 ketul masuk Ar-Rahnu. Duit pinjaman tu semua company ambil.

Jadi pelabur “dapat 3 ketul emas”, tetapi semua dalam Arrahnu dan hutang atas nama pelabur. Company dah dapat balik modal sebab hasil gadaian 3 ketul (termasuk yang pelabur punya mereka ambil).

Bila harga naik, company ajar buat overlap surat baru. Dapat duit lebihan, tapi pelabur tak sedar bahawa overlap surat tu = tambah hutang atas nama dia.

Teknik kedua ialah rempit.

Teknik yang popular tahun 2008 - 2011 (Tengok gambar A) Iaitu beli emas dengan modal besar, contohnya 20k nilai emas, lepas tu gi gadai dan dapat duit 85%.

Duit tu beli lagi emas, lepas tu gi gadai lagi, pastu dapat duit lagi 85% dan beli lagi emas, pastu gi gadai lagi dapat 85% duit, pastu beli lagi emas.

Cycle ini diulang-ulang sampai surat gadai tu penuh satu folder.

Namun bila trend harga emas menurun daripada tahun 2012 - 2015 (B), maka kesemua teknik ini bungkus habis. Tak relevan dengan trend harga emas yang semakin jatuh.

Waktu nie, skim cepat kaya naik macam cendawan. Pengelola cakap “Buat apa kau beli emas dan simpan? RUGI!! Baik kau labur dengan syarikat kami (skim cepat kaya).

Kami akan ehem! ehem! dagangkan emas anda dan akan kongsi keuntungan dengan anda. Masa nie keluarlah skim ETA, pilot, pisang, kotak dan macam-macam istilah lagi.

Lepas tu. Tahun 2014, semua skim cepat kaya jatuh habis satu persatu. Nama nama popular seperti tok b**k dan k* b* semua lingkup. Kerugian dianggarkan berpuluh juta RM. Yang kena tipu majoriti orang Melayu.

Tahun 2015 - 2018 (C), harga emas sideway.

Waktu nie orang tak berapa minat nak beli emas. Sebab takde trend yang jelas. Naik sikit, jatuh balik. Naik sikit jatuh balik. Memang slow orang beli emas.

Tahun 2019 - 2020 (D) gold strong uptrend balik, faktor trade war us china, us vs iran dan covid-19 menyebabkan harga emas naik banyak dan cepat. Emas jadi trending balik.

Jadi banyak syarikat emas aktif kembali/ditubuhkan.

Macam macam-macam investment produk masuk pasaran.

Ada yang konservatif dan ada yang offer leverage. Ada yang offer gadaian murah takde tarikh luput.

Banyak nasihat dan skill pelaburan yang didendangkan oleh konsultan emas. Banyak yang perlu disemak akan kebenarannya.

Sekarang 2022 (E). Apakah trend harga emas? Adakah produk-produk investment baru mampu bertahan dengan trend? Kita tunggu dan lihat.

Namun satu perkara yang saya nampak sepanjang 15 tahun dengan emas nie.

Orang yang konsisten beli dan simpan emas akan untung dalam jangka masa panjang.

Straight forward beli dan simpan.
Ini catatan dari posting Dr Yazeed Hair Johari.

Jangkaan beliau akan berlaku hyper inflation tahun hadapan.

Cash is king. Simpan cash.

**

Tahun depan yang merisaukan.

Kenapa ramai orang kaya dah mula start projek berkebun?

Dia orang macam dah boleh hidu sesuatu eh?

Ada rahsia yang dia orang tau lebih awal ke?

Aku tau kenapa dia orang ni semua tengah invest dalam perladangan dan pertanian.

Meh aku cerita kenapa dia orang dah start plan projek berkebun atau pertanian ni semua.

Tahun ni Alhamdulillah, ada Pengeluaran Khas KWSP RM10K. Ramai yang dapat bernafas semula.

Tapi yang paling merisaukan adalah tahun depan.

Sekarang pun, duit mata wang RM sedang jatuh lebih teruk jika dibandingkan dengan US dollar dan Singapore dollar.

Pemulihan ekonomi yang perlahan menyebabkan ramai investor luar dah mula angkat kaki.

Ada pengilang-pengilang yang dah mula menggantikan tenaga kerja dengan automachine.

Ramai pekerja dibuang untuk mengurangkan kos.

Dulu kilang Audi dekat Germany ada 78,000 pekerja. Disebabkan dah banyak digantikan dengan automated machine, pekerja kilang Audi hanya tinggal 18,000 pekerja sahaja sekarang.

Tahun depan lebih menakutkan.

Pakar ekonomi menjangkakan hiperinflasi.

Di mana inflasi kita akan naik meroket.

Dan akan menyebabkan harga asas seperti bahan makan akan meningkat dan mahal.

Tahun ini sahaja, kalau tanya rata-rata peniaga dah mula merasakan susutnya untung dalam perniagaan kerana buying power dah mula kurang.

Kalau boleh break even pun dah cukup bagus sebenarnya.

Kawan aku seorang ni ada 16 kedai rangkaian mamak, 10 daripadanya sudah pun ditutup.

Kawan aku ada 8 kedai car wash, 6 dah ditutup.

Ramai kawan aku yang dah mula jual kereta mewah, rumah-rumah, aset-aset yang tak digunakan.

Ramai yang tak perasan, tapi dia orang dah bertindak dengan lebih awal.

Semuanya nak stand by cash di kala inflasi meningkat. Maybe untuk diversify.

Tahun depan tak mungkin ada lagi Pengeluaran Khas KWSP yang akan dibenarkan.

Mana lagi nak cekau?

Yang mana ada tanah tu, memang aku suggest sangat kau orang mula bercucuk tanam.

Sebab aku dah start tengok, ramai kawan-kawan aku yang dah kaya ni pun dah mula start projek kebun secara besar-besaran.

Sebab dia orang pun berpendapat macam tu juga. Semua tengah start stand by button.

Cuma ramai orang je yang tak perasan atau tak ambil tahu tentang isu ni.

Kalau yang mana dah biasa dalam bidang perniagaan, mata wang dan analist ekonomi, mereka semua tengah bersedia lebih awal.

Tony Fernandes pun dah mula tak ambil perhatian pada airlines. Tumpuan dia lebih kepada kapital lokaliti.

Keadaan ini amat menyeramkan.

Just tarik seat belt. Berhati-hati.

Let’s pray for our future.

Wallahualam.

Dengarkanlah. Di sepanjang malam aku berdoaaaa.

https://www.facebook.com/yazeedhairi/posts/10166611231775232
1. Salah satu realiti kehidupan ialah inflasi. Dan sepertimana kita semua tahu, inflasi mengurangkan kuasa belian wang kertas dan punishes savers like you and me. Sebagai contoh, semasa saya di sekolah rendah dulu, pocket money saya ialah 20 sen! Walaupun susah nak percaya, duit itu cukup untuk beli minuman dan snack! Hari ini, saya rasa kita tak boleh beli apa pun dengan harga 20 sen!

2. Lagi satu realiti ialah keadaan ini akan berterusan kerana inflasi akan sentiasa bersama kita. Hari ini, esok dan selamanya.

3. Worse, oleh kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang, nilai ringgit telah jatuh dari paras sekitar $1 = RM3 tujuh lapan tahun lepas ke paras sekitar $1 = RM4.34 sekarang. Ini adalah prestasi yang buruk sekali. A serious devaluation.

4. And by the look of things, situasinya tidak akan menjadi lebih baik dalam masa-masa terdekat. Malah ianya mungkin akan menjadi lebih buruk di masa depan.

5. Sebagai rakyat, kita tak dapat membuat apa-apa untuk menahan kejatuhan tersebut. Masalah itu adalah luar di kawalan kita.

6. Bagaimanapun, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk melindungi diri dan keluarga daripada kesan-kesan buruk ini. Salah satu langkah tersebut ialah dengan MENUKAR WANG KERTAS KEPADA ASET SEPERTI CRYPTOCURRENCY TERPILIH, HARTANAH DAN EMAS. Ini adalah kerana ketiga-tiga aset ini akan mengekalkan nilainya walaupun ketika wang kertas jatuh nilai.

7. Dan kita PERLU MENGORAK LANGKAH INI DENGAN SECEPAT MUNGKIN. Lebih lama kita tunggu, lebih pedihlah tamparan inflasi itu.