Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.28K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
Bagaimana Boleh Menjadi Kaya dengan Emas

1. Mula menyimpan
2. Perlahan menyimpan sedikit demi sedikit
3. Teruskan menyimpan
4. Menyimpanlah terus
5. Teruslah tanamkan semangat untuk menyimpan
6. Jangan mengalah & menyerah yang penting Terus Menyimpan
7. Istiqamah dan terus Istiqomah Menyimpan

#SimpanEmas
#bangkitdenganemas
#AmazingJE24K
Bagi orang yang susah nak simpan duit sebab sentiasa berlaku kebocoran, boleh buat simpanan dalam bentuk emas. Susah nak bocor.

Cubalah. Alih RM100 duit jadi emas. Belian melalui akaun emas GAP.

Azril Hisham
Buat kawan-kawan semua, saya baru kehilangan ibu tercinta. Harap maaf ya kalau respons dari saya sedikit lambat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4810215695678170&id=100000693623417
Gais.

Semalam harga emas melonjak tinggi sehingga melepasi paras USD1860 (melebihi 30 USD/oz) dalam masa 2 jam sahaja.

Apa sebabnya?

Jawapannya adalah: Data inflasi Oktober yang terlalu tinggi di US.

Semalam, data inflasi bulan Oktober 2021 di US menunjukkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 6.2% keatas barangan pengguna.

6.2% inflasi ini sangatlah tinggi. Kenaikan harga amat dirasai oleh penduduk US.

Untuk pengetahuan anda, kadar inflasi di US sekarang melebihi 5% untuk 5 bulan berturut-turut.

Jadi, kenapa harga emas naik mendadak?

Pertama sekali, inflasi menyebabkan kuasa beli duit kertas semakin menurun.

Jadi orang yang simpan duit akan dapati nilai duitnya akan mengecil.

Untuk melindung kuasa beli, maka orang / pelabur akan menukarkan cash kepada emas dan perak.

Jadi permintaan keatas emas dan perak akan meningkat dengan mendadak menyebabkan kedua-dua logam berharga ini akan naik harga secara mendadak.

Gais, sekiranya kerajaan US gagal menangani masalah inflasi, kita akan melihat trend kenaikan harga emas dan perak akan berterusan.

Jadi ini berita baik untuk penyimpan dan pelabur emas perak.

Apa pun.. simpan emas dengan senyuman 😁

Simpan emas untuk jangka masa panjang.

InsyaAllah anda akan untung!