Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.28K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
PG sudah ada team untuk solve isu2 tracking ya
ISU TRACKING NUMBER GIT TAKDE PROGRESS.

Saya nak bagi tips jika tracking number GIT anda takde progress (maksudnya tracking number ada tapi statusnya tak bergerak atau pending handover etc).


Cara yang betul dan terpantas untuk melaporkan perkara ini adalah dengan melaporkan terus kepada team GIT di HQ.



Team GIT di HQ akan semak dan menjawab soalan tentang status parcel tersebut.



Cara-caranya (Sila tonton video ini)



1) Login kedalam akaun anda di website Public Gold. Dapatkan nombor tracking GIT anda di bahagian My Shipment > klik nombor GIT ID tersebut. Anda akan nampak maklumat berikut (Shipping Agent dan Tracking number)

2) Copy tracking number tersebut dan semak status terkini parcel GIT anda di website shipping agent tersebut.

3) Jika 7 hari status masih tak ada pergerakan terhadap parcel anda, maka anda terus hantarkan feedback kepada team Public Gold GIT melalui help desk.

4) Untuk ke helpdesk, mula-mula anda kena login dalam akaun anda di website www.publicgold.com.my (masukkan PGcode dan password anda)

5) Cari menu Helpdesk > Ticket list dan tekan butang + untuk buat ticket.

6) Pilih menu "GIT Status - Tracking info no update"

7) Di dalam kotak summary, sila tulis kan "tolong semak status parcel GIT saya. Nyatakan 2 maklumat berikut (nombor GIT ID anda dan Tracking Numbernya)

8) Klik butang SUBMIT

9) Team GIT akan menyemak dan menjawab ticket anda dalam tempoh selewat-lewatnya 2 hari (mungkin lebih awal lagi). Jadi anda hanya perlu semak status jawapan kat ticket anda.

10) Itu sahaja, Sila kongsikan maklumat ini dengan team member dan customer anda.

Terima kasih.

Admin.
Melalui pemerhatian saya selama 6 tahun berada dalam dunia emas dan selama itulah saya dapati belum ada tempat terbaik yang boleh menandingi Public Gold dalam urusan jual beli emas.

Kita nak beli emas bukan saja menilai dalam satu aspek seperti contoh pada harga semata-mata. Kita perlu menilai dari aspek lain juga, supaya kita tidak kecewa dengan emas yang kita dah beli tu.

Bila kita mula rasa kecewa, selalunya kita buat andaian beli emas ni tak bagus, sedangkan bukan emas yang tak bagus tapi syarikat tempat kita beli emas yang kurang bagus.

Sebab tu saya selalu tekankan, kalau nak beli emas pastikan ada 5 kriteria yang boleh dinilai secara pakej dan bukan hanya ambil satu-satu aspek saja.

Apa kriteria tu?

* Harga Murah
* Spread Nipis (% susut kecil)
* Cawangan banyak
* Mampu supply stok (walau belian jutaan ringgit)
* Jamin membeli semula

𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗠𝗨π—₯𝗔𝗛
Biasanya mesti ramai diantara kita kalau nak beli emas mesti nak harga yang murah. Tapi perlu diingat, harga murah tak semestinya menguntungkan sebab kita perlu mengambil kira aspek-aspek lain. (baca selanjutnyaπŸ‘‡)

𝗦𝗣π—₯π—˜π—”π—— π—‘π—œπ—£π—œπ—¦
Spread tu bermaksud perbezaan harga jual dan harga beli atau dalam bahasa biasa orang guna pakai iaitu "susut nilai". Peratus perbezaan ni sangat memainkan peranan yang penting dalam pembelian emas. Jika peratusnya besar maka kerugian yang besar terpaksa kita tanggung semasa menjual semula nanti (bergantung situasi).

𝗖𝗔π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—”π—‘π—¬π—”π—ž
Cawangan juga perlu diambil kira dalam urusan jual beli. Sebab melalui pengalaman saya selama ni, saya pernah jumpa orang yang beli emas tapi bila perlukan tunai, dia jadi terpinga-pinga tak tahu dimana nak jual. Akhirnya jual di kedai luar dan emas tu dibeli pada harga jauh lebih murah (dikira used gold).

𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 π—¦π—¨π—£π—£π—Ÿπ—¬ π—¦π—§π—’π—ž
Ada sesetengah syarikat emas dia hanya mampu supply stok emas ketika harga emas tinggi, tapi bila harga emas rendah (paras lantai) tetiba dia kata stok habis. Tapi bagi Public Gold, harga tinggi ke rendah ke, ia tetap mampu supply stok cuma mungkin faktor masa saja yang membataskan (cepat atau lambat saja).

π—π—”π— π—œπ—‘ π—•π—˜π—Ÿπ—œ π—•π—”π—Ÿπ—œπ—ž
Dan untuk pengetahuan, ada sesetengah tempat jual emas, dia hanya menjual saja, tapi jaminan beli semula belum dijamin. Jika emas didapati rosak, calar, bengkok, kemek ada yang langsung tidak beli semula. Kadang tu perlukan resit asal belian untuk dijamin beli semula, jika tiada mereka tolak spread dengan kadar yang tak masuk akal. Untuk produk Public Gold ianya diberi jaminan beli semula, biarpun rupa bentuk asal emas telah berubah asalkan bila diuji ianya tulen.

Jadi inilah antara sebab kenapa saya katakan Punlic Gold adalah tempat terbaik untuk kita beli emas. Ini kerana kelima-lima kriteria yang saya sebutkan diatas ada pada Public Gold.

Jika anda ingin cuba bandingkan dengan syarikat lain, silakan. Tapi saya yakin dan pasti, anda mesti berpatah balik dan memilih Public Gold.

Terima kasih kepada Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng kerana telah menyediakan platform jual beli emas yang paling terbaik setakat ini di Malaysia dan ini adalah syarikat pembekal emas simpanan (pelaburan) TERBESAR di MALAYSIA.

Begitulah.
Impian Emas
===
Letak impian nak ada 10gram emas seketul macam dalam gambar. Berangan kan PERCUMA sajaπŸ˜€.

Setiap bulan alihkan duit gaji pada emas. 1bulan 1gram. Buat belian melalui akaun emas GAP.

Buat berterusan selama 1tahun. Gram terkumpul akan ada 12gram. Sedar tak sedar dah ada banyak. Kalau tak mula simpan, duit pun habis juga.

Masa ini, bolehlah ambil emas fizikal 10gram dimana-mana cawangan Public Gold. Atau kalau terlalu sibuk dan tinggal jauh dari cawangan Public Gold, ambil pakej penghantaran (GIT - Gold in Transit).

Emas akan diposkan ke alamat anda dan ianya dilindungi insurans.

Murah, mudah dan patuh syariah.

Azril Hisham
Dealer Public Gold yang aktif.
Tips Elak Kebocoran Duit
[Emas Sebagai Harta / Aset]
=====
Kalau kita ada duit simpanan jangka panjang, adalah lebih baik kita tukarkan duit itu kepada harta / aset sebenar seperti tanah, rumah dan emas. Jangan biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai yang banyak kecuali duit untuk dana kecemasan.
.
Percaya atau tidak, duit yang terbiar dalam akaun tidak akan bertahan lama. Tidak kisahlah kita simpan dalam institusi kewangan yang mana sekalipun. Ada buku akaun dan ada link dengan akaun simpanan. Ada sahaja yang nak dibelanjakan sebab duit simpanan ini kita boleh keluarkan dengan mudah.
.
Berbeza pula dengan EMAS. Kalau dibandingkan antara emas, tanah dan umah, emas adalah harta / aset yang mudah dimiliki. Ini kerana emas ada dalam bentuk yang kecil (1gram). Sudah pasti semua orang boleh miliki harta / aset ini dengan mudah tanpa perlukan dokumen yang banyak.
.
Pada pandangan saya, mulakan kumpul harta / aset walaupun dari hanya 1gram emas. Konsisten kumpul pasti akan buat anda tersenyum nanti. Emas ada aura yang tersendiri dimana anda akan rasa sayang nak jual melainkan ianya betul-betul penting. Anda sudah pasti tidak akan jual emas semata-mata nak tukar langsir baru ataupun sport rim kereta baru. Betul x?...
.
Saya hanya pemudahcara. Khidmat nasihat / bimbingan yang berterusan bagi mereka yang berminat. Tahukah anda, emas 1 gram ini boleh dimiliki di Public Gold???. Call/whatsapp saya untuk miliki emas (harta / aset) anda hari ini.
.
Azril Hisham
Pembimbing Emas/Perak
PG00064616
0196690809

#gold #publicgold #1bulan1gram #tipskewangan
Peluang baik datang lagi. Harga emas jatuh lagi. Nak kunci harga bolehlah.

Bayar penuh atau bayar 6x.

Lekas klik www.wasap.my/60196690809/GBMurah
TIADA SIMPANAN, BUKAN SEBAB GAJI TAK CUKUP.

Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi! Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu.
Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP. Itu cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

5 PERKARA PENTING YANG PERLU DIFAHAMI TENTANG AKAUN EMAS GAP (GOLD ACCUMULATION PROGRAM):

1. Boleh mula minima RM100
2. Tiada yuran pendaftaran
3. Tiada caj simpanan emas
4. Boleh beli, jual atau gadai secara online
5. Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa

Jom saya bantu anda daftar akaun emas GAP Public Gold secara percuma. Saya akan bantu sebaiknya.

Lekas klik www.wasap.my/60196690809/sayanaksimpanemas
Berita Baik. EPP10 is now open.

Beli emas dan bayar 10x.

Harga pun dah ni. Lekas klik www.wasap.my/60196690809/PGOffer
Homework wajib buat. Setiap hjung bulan alihkan 1gram ke akaun emas GAP πŸ‘Œ

Jom sama-sama buat gais.
Alhamdulillah. Fasa seterusnya. 😁
#TabungGaji

BILA GAJI NAIK!

"Alhamdulilah, gaji naik nie dapatlah bawa anak isteri jalan jalan".

Teruja saya dengar bila suami utamakan anak isteri bila dapat gaji .

Kawan kawan,

Bila gaji kita naik, belanjalah dengan bijak. Tambah aset bukannya hutang baru.

1. Bila gaji naik jangan nak tukar kereta baru dan tambah orang rumah lagi satu.

2. Selesaikan hutang jahat dulu, belajar menabung bagi cukup dana kecemasan 6 bulan dulu.

3. Jangan tambah apa apa dalam rumah, kekalkan istiqamah.

4. Jangan tambah 'orang rumah'. Belajar hidup berhikmah.

Dari: Dr Azizul

#KecikkanHutangBesarkanSimpananTambahPendapatan
J U A L @ G A D A I

Hari ini saya nak kongsikan ilmu berkaitan dengan jualan balik dan gadaian, dua-dua kaedah ini adalah kaedah untuk penyimpan emas dapatkan duit tunai dengan menggunakan simpanan emas.

Jual emas bermaksud kita tukarkan emas jadi duit tunai ikut pada harga semasa; rujuk harga semasa belian balik (PG buy).

Akan ada sedikit perbezaan harga jual dan beli yang kita panggil (spread), ianya sekitar 6-9% bergantung pada saiz emas fizikal apa yang kita jual.

Makin besar emas fizikal, makin rendah spread. Kita akan dapat untung yang maksimum dengan nilai spread yang rendah.

Gadai emas bermaksud kita cagarkan emas kita untuk dapatkan pinjaman duit tunai. Boleh rujuk harga emas (marhun) semasa di setiap arrahnu.

Kita akan dapat duit tunai diantara 60-80% dari nilai marhun semasa, arrahnu yang terbaik memberikan jumlah pinjaman yang maksimum dan kadar upah yang rendah.

Kadar upah yang perlu dibayar bergantung kepada berapa lama kita gadai emas, tempoh masa maksimum biasanya dalam masa 6 bulan.

Jika tidak mampu tebus dalam masa 6 bulan, boleh β€˜sambung surat’ lagi 6 bulan atau β€˜overlap’ pinjaman lama.

Pastikan kita tahu bagaimana untuk kita tebus balik emas sebelum kita masuk arrahnu, silap perkiraan emas kita ada risiko untuk dilelong.

Tidak perlu masuk arrahnu semata-mata nak tambah gram emas, realitinya kita cuma menambah gram emas dalam masa yang sama kita menambah hutang di arrahnu.

Kaji dulu keperluan duit kita; ada waktu kita perlu jual dan ada waktu kita perlu gadai. Ianya bergantung kepada keperluan semasa kita.

β€œAda emas pasti ada duit.”

Gunakan ilmu ini dengan sebaiknya, semoga bermanfaat guys! 😘